Wednesday, 26 April 2017

BODY MASSAGE.....ADAKAH IA MEMBANTU MENYIHATKAN BADAN?

salam sejahtera...

kembali bekerja setelah hujung minggu yang panjang di Kedah...

sempena cuti hujung minggu baru-baru ni, kami sekeluarga serta 2 keluarga sahabat lagi mengambil kesempatan bersantai di Thailand.
tujuan utama saya adalah untuk mengurut badan selepas lenguh-lenguh akibat bermain ombak laut dan memanjat bot di Pulau Perhentian.
sejak berkenalan dengan body massage di Thailand beberapa tahun yang lepas, saya sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini.kenapa Thailand? tiada sebab yang spesifik. cuma di sana kosnya lebih murah dan dapat bersantai sambil massage (boleh dilakukan di bilik hotel).setakat ini lokasi massage saya di Thailand adalah di Hatyai.

di tempat-tempat lain adalah seperti Pantai Cenang Langkawi, hotel di Johor Bharu dan massage di rumah (panggil kawan datang ke rumah).pernah buat foot massage di Pulau Pinang tapi ia sangat menyakitkan....serik dah.



APA KEBAIKAN BODY MASSAGE (URUTAN BADAN)


1. MELEGAKAN KETEGANGAN OTOT
pastinya ia adalah untuk melegakan otot yang tegang.memang rasa ringan badan dan selesa selepas berurut terutama sekali jika melakukan urutan menggunakan minyak aromaterapi.


2.MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
stimulasi urutan membantu melancarkan perjalanan darah di bawah kulit kita. ini menjadikan kita lebih bertenaga dan kulit lebih sihat.


3.MENGURANGKAN SAKIT KEPALA/MIGRAIN
aktiviti urutan menggalakkan pengeluaran endorfin yang membantu menghasilkan mood yang ceria dan mengurangkan stress/tekanan


4.MENINGKATKAN IMUNITI BADAN
urutan badan membantu meningkatkan bilangan sel darah putih yang diperlukan dalam sistem pertahanan badan (sistem imun).


5.MEMBANTU TIDUR YANG LENA
urutan akan menghasilkan rasa tenang dan mengurangkan tekanan. dengan itu ia membantu seseorang untuk tidur dengan nyenyak. urutan juga baik untuk membantu mengurangkan keresahan bayi dan mendapatkan tidur yang nyenyak.


6.MENGURANGKAN KERESAHAN
urutan badan secara berkala dan teratur boleh membantu mengurangkan kemurungan dan memberikan ketenangan minda.ia juga boleh mengurangkan emosi marah seseorang.





MEMERLUKAN SUPLEMEN UNTUK MELEGAKAN SAKIT OTOT DAN STRESS?

WASSAP SAYA DI 0107796751

Thursday, 20 April 2017

MASALAH PEMBENTUKAN TEMPURUNG KEPALA

salam sejahtera....

pada setiap kehamilan, setiap bakal ibu & bapa mengharapkan kehadiran bayi yang sihat dan sempurna.



namun ada ketikanya kita diuji dengan perkara-perkara yang tidak dijangkakan.

antara masalah yang mungkin berlaku kepada janin di dalam kandungan adalah masalah ANENCEPHALY



Apa itu Anencephaly

Situasi di mana pembentukan tempurung kepala tidak berlaku dengan sempurna
Termasuk dalam kategori NTD (neural tube defect)
Ia berlaku di peringkat pembentukan embrio (embryonic  phase) di mana neural tube tidak tertutup dengan sempurna (neural tube adalah lapisan sel yang membentuk  otak dan saraf tunjang/spinal cord).

Di dalam rahim, bila tempurung kepala tidak terbentuk dengan lengkap, tisu2 otak akan terdedah kepada cecair amnion (air ketuban) dan menyebabkan ianya rosak.
maka sebahagian besar tisu otak akan hilang dan mengakibatkan gangguan pelbagai fungsi utama bayi tersebut.



Punca Anencephaly

Tidak diketahui punca sebenar namun dipercayai  daripada gabungan tindakbalas genetik dan faktor luaran.
Ia berlaku secara random.
Bukan penyakit keturunan namun risiko berulang pada kandungan seterusnya adalah lebih tinggi.
Didapati ada kaitan dengan kekurangan folate (salah satu komponen vitamin B).
Factor lain adalah seperti kencing manis, obesity, pendedahan kepada suhu yang tinggi di awal kehamilan (demam atau sauna) dan interaksi ubat seperti ubat sawan.
Tidak dapat dipastikan dengan jelas bagaimana perkara-perkara ini boleh menyebabkan berlakunya anencephaly.


Kadar kejadian
Ia agak kerap berlaku namun kebanyakan berakhir dengan keguguran menjadikan kadar kelahiran dengan masalah anencephaly adalah rendah.


Bila ia dikesan?
Boleh dikesan semasa dalam kandungan melalui pemeriksaan ultrasound pada usia kandungan sekitar 10 ke 11 minggu. Namun ujian ultrasound perlu diulang untuk memastikan ianya benar-benar anencephaly.


Pencegahan Anencephaly

Salah satu cara yang dikenalpasti adalah dengan memastikan wanita yang merancang untuk hamil mengambil asid folik yang mencukupi. Suplemen multivitamin yang mengandungi asid folik adalah digalakkan.
Kajian mendapati pengambilan asid folik membantu menurunkan kadar kejadian anencephaly dengan agak signifikan.


Kelahiran
Biasanya apabila pakar mengesahkan ia adalah kes anencephaly, nasihat diberikan untuk menggugurkan kandungan. Ini kerana bayi tidak mempunyai jangkahayat yang panjang selepas dilahirkan. Tambahan pula risiko-risiko kehamilan dan kelahiran lain lebih mudah berlaku.
Air ketuban biasanya melebihi paras normal (polyhydramnions) bila usia kandungan meningkat kerana bayi mempunyai masalah untuk menelan.
Risiko bahu tersangkut semasa kelahiran juga lebih tinggi.
Namun begitu proses menghentikan kehamilan (pengguguran)  tidak akan dilakukan jika tidak mendapat persetujuan ibubapa.




Keperluan asid folik untuk wanita

Untuk wanita yang merancang untuk hamil disarankan mengambil sekurang-kurangnya 400microgram sehari.
Semasa hamil sekitar 600 micrograms sehari.
Bagi yg pernah mengalami kehamilan bermasalah NTD disarankan sekitar 800 micrograms sehari.


Sumber dari makanan
Sayuran berdaun hijau, asparagus, brokoli, bunga kobis, buah-buahan sitrus,bendi, bijirin/kekacang,jagung, karot dan seleri.
Pelbagai makanan mengandungi sumber folate namun ianya mudah hilang jika dimasak kerana ia adalah larut air.



asid folik boleh diperolehi daripada suplemen untuk memastikan pengambilan yang mencukupi.

DI DALAM SETIAP TABLET VITALEA DAN B COMPLEX 
MENGANDUNGI ASID FOLIK SEBANYAK 200mcg


AMALKAN UNTUK KESIHATAN YANG OPTIMA




hubungi saya 
untuk sebarang pertanyaan atau belian 
wassap/sms ke 0107796751



Monday, 20 March 2017

TIADA SUPLEMEN SUPERBEST UNTUK SEMUA

salam sejahtera...
selamat bercuti buat semua warga sekolah.

musim cuti = musim kenduri kahwin.
selamat pangantin baru kepada yang berkenaan.


musim kenduri ni berhati-hatilah semasa menjamu selera. walaupun kita sedang mengambil supertop suplemen, pemakanan tetap wajib diberi perhatian.bila makan tanpa had terutamanya yang tinggi gula dan karbohidrat, kita sengaja mencari padah. tiada suplemen yang mampu menangkis kemasukan bahan-bahan yang merosakkan tubuh badan dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa.ambillah dalam jumlah yang sederhana.lebihkan air kosong....elakkan minuman manis dan buah-buahan jika baru sahaja mengambil karbohidrat seperti nasi.


kesihatan adalah anugerah dan juga amanah.jagai ia dengan sempurna. 

Sunday, 12 March 2017