Monday 23 December 2013

DIA HADIR SETIAP BULAN

MOGA ANDA SEMUA SEJAHTERA HARI INI.....

Dysmenorhea
Di definasikan sebagai sakit semasa kedatangan haid.
Bermula dibhg bawah abdomen dan boleh merebak ke bahagian bawah belakang dan juga peha.
Tahap kesakitan adalah dari sakit yang ringan hingga sakit yag mengganggu aktiviti harian.

Punca:
Dibahagikan kepada 2 kumpulan:

Primer (primary):
Tiada sebarang masalah kesihatan ditemui dalam kes-kes ini.
Ia dikaitkan dengan kehadiran prostaglandin dari tisu rahim yang menyebabkan pengecutan otot rahim yg kuat..ia juga dikaitkan dengan faktor genetik (keturunan)tekanan (stress) dan tabiat pemakanan.
kesakitan jarang berlaku pd kitaran awal haid kerana tiada ovulasi berlaku (anovulatory cycle) tetapi kemungkinan berlakunya kesakitan  meningkat bila berlaku ovulasi di mana paras prostaglandin meningkat.

Sekunder (secondary):
bersangkut paut dgn penyakit spt endometriosis,ketumbuhan spt fibroid dan jangkitan pelvis .

Rawatan;
1.Merawat punca yang dikenalpasti bagi kes-kes sekunder.

2.Ubat tahan sakit contohnya dari kumpulan NSAIDS yang bertindak dengan cara mengurangkan paras prostaglandin.

3.Tuam dan mandi air suam mampu memberi keselesaan.

4.Pil perancang keluarga juga didapati dapat mengurangkan kesakitan kerana ia mengurangkan hormon.Bagaimanapun ia hanya diberikan kepada individu yang juga merancang menjarakkan kehamilan.

Tambahan:
1.Senaman dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorphin iaitu penahan sakit semulajadi dalam badan manusia.

2.Pemakanan:
Mengurangkan pengambilan  lemak,gula,garam,kafein.
Elakkan juga pengambilan daging,makanan segera dan makanan yg diproses sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh kedatangan haid. Garam menyebabkan rasa kembung dan meningkatkan ketidakselesaan semasa haid.
Tabiat merokok juga meningkatkan berlakunya dysmenorhea.

3.Suplemen yg membantu:
i.  Vitamin B6 yang terdapat dalam B complex

ii. Minyak ikan yang mengandungi omega 3

iii.Magnesium.
---magnesium member kesan dengan cara melegakan ketegangan otot rahim.kekurangan magnesium meningkatkan rasa sakit di abdomen dan belakang semasa kedatangan haid.
(disarankan mengambil 250mg magnesium aspartate 1 @ 2 kali sehari  menjelang haid sehingga dua hari pertama haid berlaku. Makanan tenusu mengurangkan penyerapan magnesium dan meningkatkan pembuangan magnesium melalui air kencing.gula halus juga meningkatkan pembuangan magnesium dari badan.

iv. GLA
sejenis asid lemak yang akan ditukarkan oleh badan kepada bahan seumpama hormon yg dipanggil prostaglandin E1 (PGE1).ia mempunyai sifat anti keradangan (anti-inflammatory) serta kesan ‘blood thinner’ dan membuka/membesarkan saluran darah.
Kajian mendapati pengambilan antara 260 ke 550mg GLA sehari mampu membantu menghilangkan kesakitan.

SET SHAKLEE MEMUDAHKAN ANDA

SMS/WASSAP KE 0107796751 UNTUK MAKLUMAT LANJUT


*****PERINGATAN
sila dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk memastikan masalah kesihatan anda
produk SHAKLEE adalah makanan tambahan untuk kesihatan yang optima.Ia bukanlah ubat kepada penyakit anda.


No comments: