Sunday 26 January 2014

VITAMIN TERBAIK UNTUK KULIT

"sehalus dan selembut kulit bayi anda"
semua orang gemarkan kulit semulus kulit bayi.
namun proses penuaan dan pendedahan kepada cahaya dan persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan kulit mengalami kerosakan dengan cepat.
menjaga lapisan luar sahaja tidak mencukupi kerana kesihatan kulit perlu disokong dari dalam.

Kulit merupakan organ terbesar dalam tubuh manusia.sebagai organ paling besar,fungsinya juga besar terutamanya sebagai pelindung atau barrier kepada organ dan struktur badan yang lain.

Fungsi kulit:

* melindungi badan daripada haba,cahaya,kecederaan dan jangkitan kuman
* mengawal suhu badan 
* mengawal kehilangan cecair dari badan
* organ perkumuhan (melalui peluh)
* organ untuk deria rasa
* tempat simpanan lemak,air dan vitamin D

google pic

Struktur kulit

Ia terbahagi kepada 3 lapisan utama iaitu:

1. Epidermis
Lapisan luar yang nipis dan tidak mengandungi saluran darah.terbentuk dari lapisan sel-sel yang dipanggil basal cell dan squamous cell.
Juga mengandungi sel-sel spesifik iaitu Langerhan's cell yang terlibat dalam sistem imun serta Merkel's cell yang berperanan menjadikan kulit sensitif kepada sentuhan.

2. Dermis
Lapisan ke dua yang terletak di bawah epidermis.Ia adalah lapisan yang paling tebal dan mengandungi struktur2 penting bagi kulit seperti saluran darah,saluran limfatik,folikel rambut,kelenjar peluh,kelenjar sebasius (minyak) dan saraf.
Kolagen dan elastin yang menyokong struktur kulit dikeluarkan oleh fibroblast yang terdapat dalam lapisan dermis ini.

3.  Hipodermis (atau subkutis)
Terdiri daripada sel-sel lemak dan tisu adipos yang berfungsi untuk menyimpan haba dan melindungi organ dalam badan.


Pemakanan yang sihat dan seimbang membantu pembentukan struktur kulit yang sihat serta mencegah kerosakan kulit akibat dari pendedahan kepada bahan kimia dan persekitaran yang tercemar.Antara vitamin utama untuk kesihatan kulit ialah:


Vitamin C
antioksida yang membantu melindungi kulit
terlibat dalam pembentukan kolagen untuk menyokong struktur kulit yang sihat
membantu mencerahkan kulit

Vitamin B
antioksida dan meningkatkan aliran darah ke kulit
mengawal minyak berlebihan 
mencegah pembentukan jerawat,kulit kering dan garis kedutan
melindungi kulit dari sinaran ultra ungu
mencerahkan kulit
membantu menyembuhkan masalah kulit seperti eczema dan seborhea

Vitamin E
melindungi kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari
juga sejenis antioksida yang membantu mempercepatkan pemulihan kerosakan kulit
membantu memulihkan jeragat dan kedutan











SET ASAS UNTUK KULIT YANG SIHAT








TAMBAHAN**
##  Selain daripada itu,mineral seperti selenium juga membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat tindakbalas radikal bebas.selenium boleh diperolehi daripada makanan seperti kacang,ikan segar, bijirin dan ayam.

##  ESP juga boleh menghilangkan kesan parut,pimentasi dan jeragat seterusnya  membuatkan kulit cantik berseri. baca tentang ESP DI SINI

##  kolagen membantu pembentukan struktur kulit yang lebih tegang dan anjal



Mempunyai masalah dalam memenuhi keperluan diet anda?

UNTUK PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA
IEDA
0107796751 (SMS/WHATSAPP)
ATAU EMEL
iedasid@yahoo.com.my



No comments: