Tuesday 22 April 2014

KEPENTINGAN AIR UNTUK BADAN MANUSIA

salam sejahtera buat semua..

pernah baca kenyataan seperti ini?
"mulakan hari anda dengan meminum segelas air kosong"

untuk yang berusaha menurunkan berat badan pastinya pernah mendengar ungkapan tersebut.
apakah kelebihan minum air kosong di awal pagi sebelum mengambil sebarang sarapan?

Ini adalah kerana:

1. air mampu mengurangkan selera (appetite suppresant).amalan minum air kosong sebelum makan boleh membuatkan kita merasa kenyang dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan lain.

2. air meningkatkan kadar metabolisma badan di mana kalori lebih banyak dibakar daripada disimpan sebagai lemak.

3. air membantu membersihkan toksin dari badan.air yang mencukupi membantu memperbaiki perjalanan darah yang boleh menyahkan toksin dari badan.Air juga membantu mebina sel-sel kulit yang sihat dan segar.

4. air meningkatkan tenaga kerana kekurangan air mengganggu pengaliran oksigen ke anggota-anggota badan terutamanya organ penting seperti otak.jantung akan bertindakbalas dengan mengepam dengan lebih kuat.ini boleh menyebabkan kelesuan.

5. air membantu kesihatan otot agar dapat berfungsi dengan baik dan mengurangkan gejala kekejangan otot.

6. air dapat mengurangkan ketegangan @ stress kerana kekurangan air/dehydration boleh meningkatkan paras cortisol (hormon) yang meningkatkan rasa ketegangan.air yang mencukupi di dalam tubuh membolehkan badan berfungsi dengan baik.


BERAPA BANYAK AIR YANG PERLU DIMINUM SETIAP HARI?

keperluan adalah berbeza mengikut pelbagai faktor individu dan persekitaran namun secara umum ia adalah antara 2.5 L ke 3 L sehari.


No comments: