Saturday 31 May 2014

CoQ HEALTH SHAKLEE

salam sejahtera buat semua..

pernah dengar tentang CoQ10?
pasti ramai yang pernah dengar tentang produk ini terutama sekali penghidap penyakit jantung dan darah tinggi.ada kalanya doktor menyarankan pengambilan suplemen ini untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan.

Shaklee juga mempunyai suplement CoQ10 yang dinamakan sebagai CoQ Health Plus.Ia mengandungi co enzyme Q10,vitamin E dan ekstrak teh hijau.

apakah Co enzyme Q10?
-ia adalah sejenis bahan seumpama vitamin yang diperlukan oleh sel untuk berfungsi dengan sempurna
-membekalkan tenaga kepada sel 
-antioksida
-terdapat dalam semua sel terutamanya sel jantung dan hati
-boleh dibentuk oleh badan
-juga boleh didapati dari pemakanan seperti daging, hati, telur, bayam, kekacang dan bijirin.
-paras coQ10 di dalam badan semakin menurun bila usia meningkat.
-kekurangannya menyebabkan seseorang merasa lemah dan lesu.


KEBAIKAN CO ENZYME Q10


co enzyme Q10 didapati memberi manfaat kesihatan dalam situasi seperti berikut:

kesihatan jantung dan saluran darah
membantu meningkatkan fungsi jantung untuk mengepam darah dan mengurangkan episod kejadian angina (sakit dada).
pesakit jantung juga akan mempunyai lebih keupayaan untuk melakukan aktiviti.
membantu mengurangkan tekanan darah.
mengurangkan risiko kerosakan saluran darah selepas menjalani pembedahan bypass.
mengurangkan risiko serangan jantung yang kedua selepas satu episod jika coQ10 diambil dengan segera selepas serangan pertama.


lain-lain kebaikan co enzyme Q10 adalah:
1. membantu melegakan masalah gusi bengkak
2. membantu mencegah berlakunya migrain
3. meningkatkan tahap sistem imun pengidap HIV dan AIDS
4. meningkatkan keupayaan fizikal pengidap penyakit  "Muscular Dystrophy"
5. membantu memperlahankan proses penyakit Parkinson dan Huntington's Disease
6. membantu meningkatkan kepekatan dan pergerakan sperma 
7. membantu memberi tenaga kepada pegidap "statin induced myoparthy" iaitu pesakit yang mengambil ubatan statin untuk masalah kolesterol.


secara umumnya
CoQ Health Plus dapat membantu meningkatkan fungsi jantung bagi pesakit-pesakit jantung serta melindungi mereka yang berisiko daripada mendapat serangan sakit jantung dengan cara menguatkan otot jantung,melindungi saluran darah dan mengawal tekanan darah tinggi.


co enzyme Q10 didapati:
1. boleh bertindakbalas dengan sesetengah ubat anti kanser di mana ia mengurangkan keberkesanan ubat tersebut.
2.  meningkatkan pembekuan darah.dengan itu oa tidak sesuai digunakan oleh pesakit yang menggunakan warfarin.
3.  boleh mengurangkan tekanan darah maka pesakit yang mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi harus mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen ini.


TINGKATKAN TENAGA DAN PELIHARA KESIHATAN JANTUNG


 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 

Tuesday 27 May 2014

SET PENJAGAAN RAMBUT PRO SANTE

salam sejahtera...

masih berkisar tentang penjagaan rambut.
jom kita tengok 

set penjagaan rambut Shaklee"PRO SANTE"

set penjagaan rambut yang membantu menjadikan rambut dan kulit kepala lebih sihat.boleh disesuaikan untuk semua jenis rambut.
*rambut nipis
*rambut mudah gugur
*rambut terbelah di hujung
*rambut yang sering terdedah kepada penggunaan bahan kimia
*kegatalan kulit kepala
*kelemumur

tanpa kandungan bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan.


kandungan set penjagaan rambut Pro Sante:

1.nourishing scalp treatment
2.revitalizing shampoo
3.purifying syampoo
4.lightweight conditioner
5.replenishing conditioner
6.long lasting finishing spray





nourishing scalp treatment
mengandungi 10 vitamin,mineral dan herba yang membantu mengurangkan keguguran rambut.
menjadikan rambut lebih lebat dan kuat.
tanpa pewangi,cepat menyerap ke dalam kulit dan tanpa perlu bilasan.
sesuai untuk semua jenis rambut.

revitalizing shampoo
diformulasikan daripada tumbuh-tumbuhan menjadikan rambut lebih licin dan mudah diurus.
tindakan lembut untuk cucian biasa.
menseimbangkan keadaan rambut dan kulit kepala tanpa lebihan kelembapan atau kekeringan.
sesuai untuk rambut rosak dan kering.

purifying syampoo
membantu menghilangkan minyak berlebihan.
juga menghilangkan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam membuat rambut (hair styling) serta bahan pencemaran yang terlekat di kulit kepala.
mencuci lebih mendalam dan melindungi tekstur rambut serta warna dan kelembapan semulajadi.

conditioner
memperbaiki dan melembapkan rambut secara lembut dan menyeluruh
menjadikan rambut lebih lembut,bersinar dan mudah diurus
melindungi daripada kerosakan berterusan.

dua jenis conditioner iaitu:

1.lightweight conditioner
melicinkan dan melembapkan rambut
mengembalikan struktur rambut yang sihat.
memudahkan rambut diurus/dibentuk.
tanpa bahan kimia dan sesuai untuk rambut yang nipis.

2.replenishing conditioner
menguatkan struktur rambut
memperbaiki kerosakan helaian rambut dan hujung berbelah (split end)
menyerap ke dalam struktur rambut untuk memberikan kelembapan dan menjadikan rambut tebal,lembut dan bersinar
sesuai untuk rambut kering dan rosak akibat sering dimanipulasi dengan bahan kimia 
juga sesuai untuk rambut yang menipis supaya kelihatan lebih tebal.


long lasting finishing spray
menjadikan rambut bersinar dan lebih bermaya tanpa kekeringan dan pengelupasan kulit kepala.
rambut mudah diuruskan dan mudah dibentuk.
mengandungi panthenol yang menguatkan rambut agar tidak mudah putus dan menambahkan kelembutan dan sinar rambut.
mengandungi perlindungan uv untuk mencegah kerosakan daripada sinar matahari dan haba berlebihan.
tanpa bauan tambahan.



SESUAIKAN PENGGUNAAN PRODUK PRO SANTE MENGIKUT KEPERLUAN ANDA...
HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT.


##NOTES:






hitam-hitam si buah manggis
biarpun hitam enak rasanya
rambut hitam mudah diurus
beralun menawan sihat bermaya


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Thursday 22 May 2014

JADI AHLI SHAKLEE?????...OH NO!!!!

OH YESSSS!!!

salam & selamat petang...menghampiri hujung minggu...menghampiri cuti pertengahan tahun sesi persekolahan 2014.

nak cerita tentang faedah menjadi ahli Shaklee...

kenapa jadi ahli Shaklee?
*kata dia...
beli kat kawan pun boleh dapat harga ahli...buat apa nak bazir duit bayar yuran keahlian lagi?
*kata dia...
saya bukan nak berniaga...nak guna sendiri saja
*kata dia...
saya baru nak cuba makan...tak perlulah jadi ahli.kot tak sesuai ke nanti,rugi ja duit ahli tu.

hakikatnya...
1.bukan ahli tak boleh beli dengan harga ahli...itu undang-undang dari Shaklee.maka yang jual dengan harga ahli kepada bukan ahli itu telah melakukan kesalahan dan tidak amanah kepada syarikat yang diwakilinya...yang membeli pula telah bersubahat...
berniaga atau bekerja apa sekalipun kita perlu amanah tak kiralah siapa majikan kita.maka kalau nak harga ahli,bayar yuran keahlian dan jadilah ahli untuk sepanjang hayat..tak ada nak kena renew pun.

2.tak semestinya kita jual...makan sendiri pun digalakkan jadi ahli.suplemen atau produk Shaklee ni biasanya kita guna berterusan maka tak ada ruginya menjadi ahli.harga ahli lebih murah dan bila jadi ahli kita berpeluang mendapat bonus andai belian terkumpul melebihi 150 point (uv) setiap bulan.

3.bila dah cuba pasti jatuh hati dengan produk Shaklee ni...yang sekerat jalan tu kebanyakannya yang tiada komitmen untuk menelan suplemen.bila makan sehari dua memang tak ada kesan yang dirasai.produk yang berkualiti dan dijamin keberkesanannya...tak perlu was-was.tak ada kesan sampingan pun.

keistimewaan ahli Shaklee

1.belian pada harga ahli yang lebih rendah dan peluang mengumpul point.jumlah point bulanan akan melayakkan ahli menerima bonus dari Shaklee.

2.boleh menjual kepada orang lain untuk dapatkan untung runcit

3.peluang naik pangkat dan kenaikan peratusan bonus

4.boleh menaja orang lain dan meningkatkan jumlah point jualan secara berkumpulan

5.berpeluang menerima bonus kepimpinan dari syarikat

6.berpeluang menerima bonus kereta

7.layak menyertai program-program tajaan syarikat untuk pengedar serta program tajaan antarabangsa

8.berpeluang menerima insentif seperti insentif pelancongan dan insentif coordinator serta pelbagai insentif lain dari pihak Shaklee.

9.sentiasa berpeluang untuk meningkatkan ilmu tentang kesihatan & perniagaan melalui pelbagai latihan oleh pihak upline (kebanyakannya hanya online dari rumah)

10.berpeluang berada dalam kumpulan rahsia (secret group) yang dinamik dan sentiasa positif dalam menjalani kehidupan.

bukan semua bernasib baik untuk berada dalam kumpulan Shaklee yang cemerlang dan prihatin kepada anak-anak buahnya.
tersalah pilih ketua,anda kecewa.
sertai kumpulan kami dari team Jutawan Shaklee yang jelas dan terbukti gemilang dalam membimbing ahli-ahlinya dari segi kesihatan,kewangan dan amalan rohani...

dengan modal rm65 dan tambahan rm10 untuk kos penghantaran kit perniagaan,anda pasti gembira bersama kumpulan kami di Shaklee.
tingkatkan tahap kesihatan...tingkatkan tahap kewangan...
jom sertai kami...

hubungi saya untuk menjadi ahli.




IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

FOBIA WAD DIRAJA

"RM0.00 SHAKLEE: We are pleased to inform that Advanced Joint Health Tablet (11004) is now available at branch & online. Thank you".....mesej yang berlegar di FB SIDs

tiap-tiap hari my partner akan telan sebiji benda ni (AJHT) dengan 2 biji omegaguard...
malam 2 biji alfalfa.
alhamdulillah, dengan izinNya juga sudah hampir melengkapi 6 bulan "wad diraja" ditutup...sebelum ni hampir tiap2 bulan wad diraja beroperasi...penat tak usah ceritalah..

apa itu wad diraja?
apabila pesakitnya perlu dilayan seperti raja,maka wad itu dipanggil wad diraja..pesakit terbaring...makan minum perlu dibawa ke katil.pergerakan terhad akibat kesakitan.suntikan ubat penahan sakit sekurang-kurangnya sekali setiap episod.kadang kala sehingga dua suntikan diperlukan.satu episod memakan masa sehingga beberapa hari dengan kebiasaannya minima dua hari wad diraja beroperasi.

apa masalah partner saya?
GOUT...antara penyakit paling sakit kot untuk orang lelaki selain batu karang di saluran kencing.saya kata paling sakit sebab bila ia menyerang,memang bahagian yang bengkak itu langsung tidak boleh digerakkan atau disentuh..cuba sentuh kalau nak kena jerkah...hehe.
kalau satu sendi kena bolehlah guna satu kaki lagi untuk menyokong pergerakan (paling urgent kalau nak ke toilet)..tapi kalau dua2 kaki kena?....partner saya pernah kena dua-dua kaki serentak..dia sakit kaki, saya sakit jiwa tengok keadaan dia.larat ke nak makan ubat berpanjangan?ada satu tahap di mana partner saya sampai terkena gastrik gara2 berlebihan ubat penahan sakit.dah kena makan ubat gastrik pula...mujur tak berlarutan.ubat gout juga ada kesan sampingan tersendiri.paling risau adalah uric acid membentuk batu karang dan menempek di buah pinggang..dah satu lagi masalah.
pernah cuba bermacam jenis suplemen yang dikatakan mujarab untuk gout namun tak berkesan."wad diraja" tetap beroperasi.

bila saya mula membaca tentang produk Shaklee dan mula rasa yakin untuk mencuba,saya berikan kepada partner saya...bermula hujung November 2013 sehingga sekarang.bula Disember ada satu episod yang agak teruk namun tidak sampai ke tahap tersadai.seterusnya hanya beberapa episod yang ringan.walau kena serangan dia masih boleh keluar rumah dan masih boleh melakukan tugas harian.ubat penahan sakit tidak lagi menjadi keperluan harian.ubat gout juga hanya diambil sekali sekala.

kenapa tak sembuh secara 100%?
gout sangat berkait rapat dengan pemakanan.mana mungkin ia hilang 100% kalau makanan yang membawa kepada serangan gout tetap diambil.partner saya tidak langsung makan seafood.tapi nasi lemak adalah kegemarannya.bila makan nasi lemak mestilah ada sambal bilis...ikan bilis tidak elok untuk gout.begitu juga dengan kacang tanah dalam nasi lemak.
makanan lain tidak sukar untuk dielakkan namun nasi lemak?...tak boleh tinggal secara total.

aktiviti fizikal juga boleh mencetuskan serangan gout.tambahan lagi jika berat badan berlebihan.bebanan terhadap sendi mencetuskan serangan gout.

alhamdulillah..sekarang saya tak risau lagi bila partner saya outstation atau berkonvoi...balik dari event dia ok2 saja...paling2 pun sengal lutut atau ankle....tak ada lagi episod tersadai diwad diraja...
saya mengharapkan "wad diraja" di dalam rumah ini menjadi sejarah yang tidak perlu berulang lagi.


omegaguard..AJHT...alfalfa



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Wednesday 21 May 2014

MASALAH KULIT KEPALA

 KELEMUMUR.....
adakah anda sering terganggu dengan kegatalan kulit kepala?
adakah kehadiran kelemumur yang jelas kelihatan mengganggu penampilan anda?

kenapa berlakunya kelemumur?
terdapat banyak punca yang boleh membawa kepada masalah kelemumur.kulit kepala yang terlalu kering atau lembap adalah antara punca masalah ini berlaku.selain daripada itu kelemumur juga boleh berpunca daripada jangkitan kulat di kulit kepala serta penyakit kulit seperti psoriasis dan seborhea.

bagaimana mengatasi kelemumur?
1. pastikan kulit kepala berada dalam keadaan yang bersih dan sihat.penggunaan pelbagai bahan untuk mencantikkan rambut seperti krim,spray,gel dan pelbagai syampo boleh menyebabkan kerosakan kulit kepala.bahan-bahan yang digunakan secara kerap itu boleh tertinggal di kulit kepala dan menjadi lapisan kering yang membentuk kelemumur.cuci rambut menggunakan syampo yang sesuai serta hentikan penggunaan bahan-bahan penggayaan rambut dapat menghilangkan masalah kelemumur.

2. dapatkan pendedahan kepada cahaya matahari dalam kadar yang sederhana.
cahaya matahari membantu memperbaiki struktur kulit dalam situasi penyakit seperti psoriasis dan ekzema.namun elakkan pendedahan berlebihan kerana ia juga boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

3. elakkan stress berlebihan.stres/tekanan sangat berkait rapat dengan pelbagai masalah kesihatan.belajar untuk menghadapi dan menangani stres/tekanan dengan sempurna.
CARA MENGHADAPI/MENGAWAL STRES/TEKANAN

4. pemakanan yang sesuai.
zink,omega 3,vitamin B dan selenium sangat membantu dalam mengatasi masalah kelemumur.
minum air dengan mencukupi serta mengambil buah-buahan dapat mengelakkan kekeringan kulit seterusnya mengatasi masalah kelemumur.

usah biarkan masalah kelemumur membelenggu diri.kelemumur yang tidak terkawal boleh membawa kepada keguguran rambut yang berlebihan.dapatkan nasihat pakar untuk mengatasi masalah andai ia berterusan walaupun setelah melakukan perubahan-perubahan seperti yang dinyatakan di atas.

SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE


dari Shaklee, vitamin yang sesuai untuk diamalkan bagi mengatasi masalah kelemumur ialah:
OMEGAGUARD
B COMPLEX
ZINC COMPLEX
ALFALFA 

Shaklee juga menyediakan set penjagaan rambut PRO SANTE yang sesuai untuk anda.


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

TERTEKAN???

salam ceria dan selamat berbahagia...
anda stres atau tertekan dengan masalah hidup?
tekanan tidak semestinya memudaratkan...ia perlu untuk menggerakkan kita agar sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.
namun tekanan yang berlebihan dan tidak terkawal boleh mengundang masalah.

belajarlah untuk menghadapi tekanan dengan rasional.
berusaha untuk mengatasi tekanan dengan cara terbaik.

bagaimana menghadapi/mengatasi tekanan/stres?

1. sentiasa berfikiran positif
2. kendalikan masa dengan baik
3. luangkan masa untuk hobi dan rekreasi
4. cuba kaedah meditasi dan pernafasan yang sempurna untuk ketenangan
5. ketahui tahap pencapaian maksima diri sendiri dan terima seadanya
6. libatkan diri dengan aktiviti fizikal
7. amalkan pemakanan seimbang.kurangkan kafein dan gula.
8. dapatkan bantuan sosial/kaunseling dari pihak yang berkaitan
9. berboncang masalah dengan doktor peribadi anda
10. yang beragama Islam...amalkan ayat-ayat Al Quran dan sentiasa mengadu kepada Allah.

semoga anda semua berjaya menghadapi setiap hari mendatang dengan penuh ketenangan.

google pic

Tuesday 20 May 2014

ZINC COMPLEX

Zink...

merupakan salah satu nutrien yang penting dalam tubuh manusia.
ia membantu kebanyakan enzim di dalam badan untuk berfungsi dengan sempurna.
ia paling banyak di dapati dalam otot dan tulang.

kepentingan zink

1. tumbesaran dan pembahagian sel
dalam kehamilan,zink sangat penting untuk tumbesaran janin.ia juga membantu mencegah kecacatan kongenital dan kelahiran pra matang.
penting dalam menggalakkan tumbesaran kanak-kanak dan remaja

2. kesuburan
bagi lelaki,zink melindungi kelenjar prostat daripada jangkitan (prostatitis) dan pembengkakan.
memastikan kualiti dan kuantiti sperma dalam keadaan optima
membantu mengawal paras hormon testosteron
bagi perempuan, zink dapat membantu meredakan simtom pra haid (PMS)

3. sistem imun
zink meningkatkan fungsi T-cells yang terlibat dalam sistem imun kita.kekurangan zink menyebabkan T-cells tidak mampu melawan sesetengah jangkitan seperti pneumonia dan cirit-birit.zink juga mampu mengurangkan keterukan jangkitan saluran pernafasan yang ringan.

4.kesihatan kulit,rambut dan kuku
mempercepatkan proses pemulihan sel dimana ia mampu mempercepatkan penyembuhan luka,meredakan ruam lampin bayi (krm),mengurangkan jerawat serta mengurangkan gejala psoriasis.
mengurangkan keguguran rambut terutamanya pada ibu-ibu yang baru bersalin.
mengurangkan berlaku uban pada usia muda

5.penglihatan
mengelakkan risiko berlakunya kehilangan penglihatan akibat degenarasi makula yang sering berlaku bila usia meningkat.
membantu mengurangkan kejadian rabun malam dan katarak.

6.mengaktifkan bahagian otak yang menerima dan memproses deria rasa dan bau.ia juga mampu membantu menambahkan selera makan.


semua peringkat umur memerlukan zink yang cukup di dalam tubuh untuk fungsi sel yang sempurna serta memastikan pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan berlaku dengan baik.


antara sumber makanan yang mngandungi zink ialah daging merah,ayam,bijirin dan produk tenusu.juga terdapat dalam sayuran hijau.


kekurangan zink boleh menyebabkan:
1.   mudah mendapat jangkitan seperti pneumonia dan cirit-birit
2.   mengganggu tumbesaran kanak-kanak dn remaja
3.   mengganggu perkembangan intelek dan daya fikir serta memori
4.   menjejaskan kesihatan rambut (kusam dan mudah gugur) dan kulit (kering dan kasar serta berjerawat)
5.   kuku mudah pecah dan bertanda putih
6.   menjejaskan tahap kesuburan lelaki
7.   luka lambat sembuh
8.   lambat beradaptasi di dalam gelap
9.   emosi yang tidak stabil
10. kehilangan deria rasa dan bau

secara umumnya keperluan zink harian adalah mengikut umur seperti berikut:
bayi                            5 mg
kanak-kanak               10mg
wanita                        12mg
wanita hamil              15mg
wanita menyusu         16mg
lelaki                         15mg

paras maksima yang selamat bagi yang berusia 19 tahun ke atas adalah 40mg sehari.


 ZINC COMPLEX Shaklee 

telah diformulasikan tanpa gluten untuk memastikan pengguna yang alah kepada gluten dapat mengambil zinc tanpa sebarang masalah sampingan.

SHAKLEE sentiasa prihatin terhadap setiap penggunanya.


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Sunday 18 May 2014

KLIK-KLIK JANA INCOME

duduk-duduk kat rumah....ngadap internet....sembang-sembang kosong...
masa berlalu tanpa disedari...


apa kata isi masa melayan internet itu dengan sesuatu yang berfaedah dan boleh menjana pendapatan?

malu?
tak pandai?
tak ada modal?
tak tau nak jual apa?


lapangkan dada...tenangkan minda...

tak perlu keluar cari customer..
tak perlu pujuk-pujuk orang cari downline...
modal pun tak sampai RM100....
bayar sekali seumur hidup..
hanya perlu rajin..
(kerja apa pun mesti rajin kannn?)

ilmu diberi secara online...duduk rumah pun boleh belajar..

sambil ulik anak pun dapat ilmu..
tak perlu yuran mahal-mahal untuk dapatkan ilmu..
bayar bil internet saja..


halal ke?

mestilah...
kita jual barang bukan ambil duit orang.
barang baik...untuk kesihatan..
sambil bisnes kita beribadat dengan cara membantu orang lain..


dah tu...

tunggu apa lagi?
daftar sebagai ahli Shaklee sekarang...
mulakan pencarian ilmu..
mulakan pengisian tabung..
dan paling utama..
boleh mulakan khidmat bantuan kepada orang lain...
saham untuk akhirat.



***tak perlu maintain belian bulanan untuk maintain keahlian...sekali bayar, keahlian adalah seumur hidup


***kalau tak berminat untuk bisnes pun tak jadi masalah.daftar sebagai ahli Shaklee untuk menggunakan produk dengan belian pada harga ahli di samping berpeluang mengumpul bonus tunai.sebabnya...bila dah mula guna produk Shaklee anda pastinya akan jatuh cinta dan terus setia menggunakannya.

bagaimana nak jadi ahli Shaklee?

1. bayar RM65 untuk keahlian dan RM10 untuk postage Starter Kit (rm20 utk Sabah & Sarawak)

atau

2. beli barang dengan nilai 200 UV (lebih kurang rm650) dan dapatkan keahlian percuma.boleh sahaja berkongsi/kumpul barangan dengan ahli keluarga atau teman-teman rapat untuk dapatkan nilai belian 200 UV ini.
cara ke dua lebih menguntungkan kerana anda tidak perlu membayar yuran keahlian dan anda berhak untuk mendapat bonus tunai yang dibayar oleh Shaklee pada pertengahan bulan berikutnya.



ramai sangat pengedar Shaklee...tak tau nak register dengan siapa?
pilihlah kumpulan yang dinamik..yang mempunyai leader2 yang prihatin dan sentiasa membantu.
join kami di kumpulan jutawan yang sentiasa bergerak cergas.
upline-upline yang sentiasa membantu...anak sendiri atau anak sedara dilayan sama rata...
apabila menjadi ahli,anda layak untuk berada dalam secret group kami yang sentiasa bergerak cergas dan saling bantu membantu.

jadi...tak perlu ragu-ragu.anda tidak akan rugi apa-apa....malah berpeluang mengaut untung dunia untuk bekalan di akhirat.



hubungi cikter untuk menyertai kumpulan 
PALING HEBAT ini..

0107796751 (SMS/wasap/telegram)

PM di FB :
https://www.facebook.com/ieda.abdullah.501


Saturday 17 May 2014

BELI BIARLAH BERBALOI

salam....

apabila kita perlu membuat pertimbangan untuk memilih antara dua perkara yang hampir2 sama kosnya memang akan memeningkan...betul tak?
kisahnya...
satu air-conditioner di ofis telah rosak...dari jenis inverter.beli dulu kononnya untuk jimatkan penggunaan elektrik (pengaruh iklan sungguh)..tiba-tiba ja rosak.bila dihantar ke kedai rupanya cip board dah rosak.waranty pun dah tamat.maka kenalah bayar sendiri.
masa pasang dulu diberitahu bahawa piping aircond jenis ni lebih mahal dari yang biasa...memang mahal berganda.
bila cip board pula rosak barulah tahu bahawa benda ni pun jauh lebih mahal dari cip board aircond biasa...sekitar 4 kali anda mahalnya.
cina yang disuruh baiki ni pun berat hati nak buat...katanya lebih baik beli yang baru.kalau baiki pun harganya nanti termasuk servis dan pemasangan semula mencecah atau mungkin melebihi harga aircond biasa yang baru.
dibaiki itupun belum tentu boleh berfungsi dengan sempurna katanya.

kenapa berbelah bagi?kerana aircond tu belumpun sampai 10 tahun usianya.masih dalam kategori baru bagi saya...(jenis sayang barang).

nasihat dari tukang baiki aircond..."kak..lain kali kak jangan belilah jenis inveter ni..boleh jimat karan sikit tapi kalau rosak spare part mahai ooo"..

kak mu dok 50-50 lagi ni nak baiki ke tidak....tapi rasa macam nak simpan buat khazanah dulu...beli yang baru saja dulu...
cuaca tak berapa panas sekarang ni..sebab tu boleh lengah2....lagipun yg tu aircond dari bilik yg jarang digunakan.

moralnya...kalau nak beli barang yang ada tendency utk kena servis/repair silalah check dulu harga spare partnya.

******
beli vitamin Shaklee mahal sikit takpa sebab guna habis...kualiti pun terbaik....hihi
berbaloi katanya...


Thursday 15 May 2014

JANGAN ANIAYA DIRI SENDIRI

SIBUTRAMINE



kerana nak kurus dan cantik,ramai yang menjadi mangsa secara tidak sedar.
apakah itu Sibutramine?
ia adalah sejenis bahan ubatan yang digunakan untuk menurunkan berat badan.ia bertindak dengan cara mengubah tindakbalas neurotransmiter di dalam sel-sel otak manusia.
neurotransmiter adalah bahan kimia yang dikeluarkan oleh sel-sel saraf untuk membolehkan sel-sel saraf ini berkomunikasi sesama sendiri.sibutramine mengganggu/menghalang penggunaan semula neurotransmiter seperti serotonin,norepinephrin dan dopamine.ini mengganggu keseimbangan neurotransmiter di dalam sel saraf dan seterusnya mengganggu fungsi-fungsi sistem saraf terbabit.


penggunaan sibutramine membolehkan seseorang itu kehilangan berat badan kerana ia memberikan rasa kenyang kepada penggunanya.



walaubagaimanapun penggunaannya telah ditarik balik di US kerana terdapat banyak kesan sampingan.namun masih terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memasukkan bahan sibutramine ini di dalam produk pelangsingan mereka untuk mendapatkan kesan yang ketara.pengguna yang tidak berhati-hati akan terdedah kepada bahaya penggunaan sibutramine.


antara kesan negatif sibutramine adalah:


* pening,loya,sakit kepala,mulut terasa kering
* sakit perut,sembelit,sakit semasa haid,sakit otot
* sukar tidur
* denyutan jantung menjadi laju dan tidak sekata
* resah,murung,keliru dan adakala timbul perasaan ingin bunuh diri (suicidal thought)
* sawan (epilepsy),sakit dada,sesak nafas,kebas,lemah anggota badan
* demam panas,jaundis,lebam atau pendarahan,bengkak kaki
* tekanan darah meningkat
* meningkatkan risiko strok,serangan jantung dan kematian mengejut


Sibutramine juga mempunyai kesan tindakbalas dengan banyak jenis ubat-ubatan lain seperti antibiotik,ubat kulat,ubat migrain dsb 
(SINI)



berhati-hati memilih produk untuk membantu menurunkan berat badan anda.
pemakanan yang seimbang serta senaman yang teratur adalah sangat penting.mengharapkan suplemen semata-mata untuk mendapatkan berat yang ideal adalah tindakan yang kurang bijak.tanpa kawalan pemakanan dan senaman impian mungkin sekadar angan-angan.




produk shaklee untuk kurus

rangkaian produk Shaklee yang boleh membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal..






apakah kombinasi terbaik untuk anda?
hubungi saya untuk maklumat lanjut. 





 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Thursday 8 May 2014

PANAU?...KURAP?

salam sejahtera...
panau atau kurap?
"panau untuk orang kaya....kurap untuk orang miskin...."
itu kata arwah pak andak saya yang suka bergurau...

ke dua-duanya adalah jangkitan kulat pada kulit (fungal infection).boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana bahagian badan.walau bagaimanapun ia lebih mudah berlaku di kawasan-kawasan yang lembap seperti di bahagian ketiak,di bawah payudara,celah paha,di dalam mulut dan telinga serta kawasan alat sulit.pengidap kencing manis lebih kerap mengalami jangkitan kulat di kawasan alat sulit kerana faktor kelembapan dan kehadiran gula di dalam darah dan urin yang lebih tinggi.
ia mendatangkan rasa tidak selesa kerana gatal dan penampilan kulit yang kelihatan tidak menarik.ada yang sanggup membiarkan masalah mereka berlarutan kerana malu untuk mendapatkan rawatan.



jangkitan kulat ini tidak akan hilang dengan sendiri.ia memerlukan ubat anti kulat yang boleh didapati dari mana-mana doktor.kadang kala rawatan anti kulat mengambil masa yang lama sehingga berbulan-bulan terutamanya jika ia melibatkan bahagian kuku.oleh kerana itu rawatan perlu dimulakan secepat mungkin,sebaik sahaja masalah dikenalpasti untuk memudahkan proses penyembuhan.

Ia mudah berjangkit melalui sentuhan terutamanya dengan berkongsi pakaian atau tuala.
Untuk mengelakkan jangkitan kulat,tahap kebersihan diri sangat penting.pastikan kawasan-kawasan badan yang lembab sentiasa dikeringkan.pengidap kencing manis perlu mengawal paras gula agar sentiasa berada dalam keadaan normal.elakkan berkongsi pakaian atau tuala dengan ahli keluarga yang mengidap jangkitan kulat.semua pakaian di basuh berasingan dan dijemur di kawasan panas terik atau di seterika untuk mematikan kulat tersebut.

rawatan yang biasa diberikan adalah pil serta krim anti kulat.elakkan mengambil ubat-ubatan yang mengandungi steroid (selalu digunakan di dalam krim untuk gatal kulit) untuk mengelakkan kulat membiak lebih banyak.


antara produk Shaklee yang boleh membantu dalam rawatan jangkitan kulat adalah ALFALFA.





These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Wednesday 7 May 2014

PERLUKAH AMBIL VITAMIN E?

salam sejahtera buat semua yang membaca...

petang ni kita jengah kelebihan vitamin E dalam diet seharian kita...
dari mana kita boleh dapat sumber vitamin E dalam pemakanan seharian?
antaranya ialah:
minyak sayuran,daging,telur,bijirin yang diperkaya dengan vitamin E,sayuran hijau dan buah-buahan.

berapa banyak vitamin E yang diperlukan oleh badan kita?



Vitamin E Shaklee mengandungi 400IU alpha-tocopherol.pengambilan sekali sehari adalah jauh lebih rendah dari dos maksima yang dibenarkan.


kebaikan Vitamin E


Ia adalah vitamin larut lemak yang bersifat anti oksida di mana ia menghalang pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel di dalam badan.Radikal bebas terbentuk semasa proses penukaran makanan kepada tenaga.Ia juga terhasil apabila badan terdedah dengan bahan-bahan pencemaran seperti asap rokok,pencemaran udara dan pendedahan kepada cahaya matahari berlebihan.
Ia juga mempunyai sifat anti inflammatory (anti keradangan) dan boleh meningkatkan daya imuniti badan.
Vitamin E juga mempunyai sifat 'blood thinner' iaitu ia mengurangkan berlakunya penggumpalan platelet (platelet clotting).

dengan itu vitamin E dipercayai dapat membantu memberi kebaikan dalam:
1. mengurangkan risiko serangan jantung
2.melindungi kerosakan sel daripada berubah menjadi sel-sel kanser
3.membantu mengurangkan kerosakan penglihatan (mata) seperti katarak dan degenerasi makula.
4.membantu mengurangkan risiko pengurangan fungsi kognitif seperti penyakit Alzheimer
5.membantu mempercepatkan pemulihan sel dan penyembuhan luka (menghilangkan parut dan mencantikkan kulit)

rujuk di SINI untuk mengetahui rahsia di sebalik tindakan vitamin E

Selain daripada alpha-tocopherol,Vitamin E Shaklee juga mengandungi dua lagi sumber antioksida iaitu grape seeds dan selenium.
oleh kerana ia adalah vitamin larut lemak,vitamin E perlu diambil bersama makanan untuk mendapatkan penyerapan yang optima.




DAPATKAN SET BASIC INI UNTUK KULIT YANG CANTIK BERSERI

**jika anda sedang menerima sebarang rawatan berkala,sila pastikan anda mendapat nasihat dari doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen ini.



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Tuesday 6 May 2014

KENCING MANIS DI KALANGAN KANAK-KANAK

salam buat semua...
moga hari ini lebih baik dari semalam...

hari ni kita sembang sikit tentang kencing manis jenis pertama...
baru-baru ini saya bertemu dengan seorang kanak-kanak yang baru didiagnosakan dengan kencing manis jenis pertama.sesuatu yang merungsingkan buat kanak-kanak ini yang baru sahaja ingin menjengah ke alam awal remaja (13 tahun).dari seorang individu yang sihat seara tiba-tiba mendapat penyakit yang akan bergantung sepenuhnya kepada suntikan insulin menjadikan dia tertekan dan mengasingkan diri...puas juga berbincang dan menasihati...moga Allah menembalikan keceriaan dalam kehidupannya.

APAKAH KENCING MANIS JENIS PERTAMA 


juga dikenali sebagai Type 1 Diabetes Mellitus atau Juvenille Diabetes.
mula didiagnosakan seawal usia kanak-kanak.
berpunca daripada tindakbalas autoimun yang merosakkan sel-sel beta di dalam pankreas hingga menyebabkan ia tidak mampu mengeluarkan hormon insulin yang diperlukan untuk mengawal paras gula di dalam darah.
tanda-tanda umum:
1.kerap kencing dengan jumlah air kencing yang banyak
2.dahaga berlebihan
3.lapar
4.hilang berat badan

komplikasi boleh berpunca dari paras gula yang terlalu rendah atau terlalu tinggi.
paras yang rendah (hypoglycaemia) boleh menyebabkan sawan atau pengsan.
paras yang tinggi (hyperglycaemia) pula boleh menyebabkan kerosakan organ seperti buah pinggang dan mata serta kerosakan saraf.

KESAN GULA YANG BERLEBIHAN DALAM DARAH


1.kehilangan air dari badan akibat kencing berlebihan lalu menyebabkan dehidrasi

2.kehilangan berat badan kerana kehilangan gula di dalam air kencing menyebabkan kehilangan kalori untuk membentuk tenaga.

3.diabetic ketoacidosis (DKA).tanpa insulin,sel tidak dapat menggunakan gula sebagai sumber tenaga lalu badan mula memecahkan sel-sel lemak sebagai alternatif.pemecahan sel lemak menghasilkan bahan berasid yang dipanggil ketone yang boleh digunakan sebagai sumber tenaga.peningkatan ketone menyebabkan peningkatan asiditi darah.hati juga akan terus mengeluarkan gula untuk membantu membentuk tenaga namun ia tidak dapat digunakan kerana tiada insulin.gabungan gula yang berlebihan,dehidrasi dan asiditi yang tinggi menyebabkan berlakunya ketoasidosis.ia adalah situasi yang merbahaya dan mengancam nyawa jika lewat diberi rawatan.

4.kerosakan mata,buah pinggang,jantung,saraf dan saluran darah akibat terdedah kepada kandungan gula yang tinggi dalam jangkamasa yang lama (jika paras gula tidak dikawal).


tiada rawatan yang dapat menyembuhkan penyakit ini.ia hanya boleh dikawal dengan pengambilan suntikan insulin sepanjang hayat.

pesakit juga perlu mendapatkan rawatan susulan secara berkala bagi mengelakkan komplikasi kerosakan organ.oleh kerana ia berlaku di awal usia,peranan dan sokongan ibubapa serta ahli keluarga amat penting untuk memastikan pesakit mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna.
aktiviti fizikal seperti senaman serta amalan pemakanan yang seimbang juga perlu diamalkan.galakkan pesakit untuk bergaul dengan rakan untuk mengelakkan mereka dari merasakan yang diri mereka berbeza.




Saturday 3 May 2014

MEALSHAKE SHAKLEE

salam sejahtera...

setiap bulan Shaklee mengadakan promosi untuk pengguna-pengguna setianya.sepanjang Mei ini produk yang tersenarai ialah Mealshake.pengguna-pengguna tegar bolehlah berjimat dengan membuat belian 6 cannister dan mendapat satu cannister percuma.

apa istimewanya Mealshake Shaklee?

ia adalah makanan tambahan berasaskan soya yang sesuai untuk semua peringkat umur...kanak-kanak ataupun dewasa.
Mealshake mengandungi protein,pelbagai vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat.

Kelebihan Mealshake Shaklee


1. kandungan protein yang tinggi.protein membantu pembentukan sel badan seperti kulit,kuku,rambut serta sel-sel organ yang lain.protein juga penting dalam penghasilan susu ibu yang baik.

2. makanan tambahan yang lengkap dengan 24 jenis vitamin,mineral dan 'trace mineral' yang salng bantu membantu dalam pembentukan tubh yang sihat.

3. mengandungi bahan-bahan yang diperlukan untuk tumbesaran otot dan tulang seperti biotin,asid folik,magnesium dan kalsium.

4. bertindak sebagai anti oksida kerana mengandungi vitamin A,C dan E serta zink dan selenium.bahan-bahan ini juga bertindak sebagai agen anti penuaan.

5. membantu pembentukan sel darah merah yang sempurna dengan adanya sumber B complex yang lengkap serta zat besi dan copper.

6. juga mengandungi serat yang dapat membantu dalam pemulihan sembelit terutamanya di kalangan kanak-kanak.


dengan rasa vanila yang enak,satu hidangan mealshake sehari mampu membantu memberikan kecergasan dan membantu perkembangan tubuh dan minda yang sihat untuk anak-anak anda dan juga diri anda sendiri.

juga sesuai untuk golongan yang ingin menambahkan berat badan dan menambahkan tenaga bagi anda yang mahu berpuasa.




MAKE IT YOUR "WAY OF LIFE"

*********************************************************************************
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751