Thursday 15 May 2014

JANGAN ANIAYA DIRI SENDIRI

SIBUTRAMINE



kerana nak kurus dan cantik,ramai yang menjadi mangsa secara tidak sedar.
apakah itu Sibutramine?
ia adalah sejenis bahan ubatan yang digunakan untuk menurunkan berat badan.ia bertindak dengan cara mengubah tindakbalas neurotransmiter di dalam sel-sel otak manusia.
neurotransmiter adalah bahan kimia yang dikeluarkan oleh sel-sel saraf untuk membolehkan sel-sel saraf ini berkomunikasi sesama sendiri.sibutramine mengganggu/menghalang penggunaan semula neurotransmiter seperti serotonin,norepinephrin dan dopamine.ini mengganggu keseimbangan neurotransmiter di dalam sel saraf dan seterusnya mengganggu fungsi-fungsi sistem saraf terbabit.


penggunaan sibutramine membolehkan seseorang itu kehilangan berat badan kerana ia memberikan rasa kenyang kepada penggunanya.



walaubagaimanapun penggunaannya telah ditarik balik di US kerana terdapat banyak kesan sampingan.namun masih terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memasukkan bahan sibutramine ini di dalam produk pelangsingan mereka untuk mendapatkan kesan yang ketara.pengguna yang tidak berhati-hati akan terdedah kepada bahaya penggunaan sibutramine.


antara kesan negatif sibutramine adalah:


* pening,loya,sakit kepala,mulut terasa kering
* sakit perut,sembelit,sakit semasa haid,sakit otot
* sukar tidur
* denyutan jantung menjadi laju dan tidak sekata
* resah,murung,keliru dan adakala timbul perasaan ingin bunuh diri (suicidal thought)
* sawan (epilepsy),sakit dada,sesak nafas,kebas,lemah anggota badan
* demam panas,jaundis,lebam atau pendarahan,bengkak kaki
* tekanan darah meningkat
* meningkatkan risiko strok,serangan jantung dan kematian mengejut


Sibutramine juga mempunyai kesan tindakbalas dengan banyak jenis ubat-ubatan lain seperti antibiotik,ubat kulat,ubat migrain dsb 
(SINI)



berhati-hati memilih produk untuk membantu menurunkan berat badan anda.
pemakanan yang seimbang serta senaman yang teratur adalah sangat penting.mengharapkan suplemen semata-mata untuk mendapatkan berat yang ideal adalah tindakan yang kurang bijak.tanpa kawalan pemakanan dan senaman impian mungkin sekadar angan-angan.




produk shaklee untuk kurus

rangkaian produk Shaklee yang boleh membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal..






apakah kombinasi terbaik untuk anda?
hubungi saya untuk maklumat lanjut. 





 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

No comments: