Thursday 8 May 2014

PANAU?...KURAP?

salam sejahtera...
panau atau kurap?
"panau untuk orang kaya....kurap untuk orang miskin...."
itu kata arwah pak andak saya yang suka bergurau...

ke dua-duanya adalah jangkitan kulat pada kulit (fungal infection).boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana bahagian badan.walau bagaimanapun ia lebih mudah berlaku di kawasan-kawasan yang lembap seperti di bahagian ketiak,di bawah payudara,celah paha,di dalam mulut dan telinga serta kawasan alat sulit.pengidap kencing manis lebih kerap mengalami jangkitan kulat di kawasan alat sulit kerana faktor kelembapan dan kehadiran gula di dalam darah dan urin yang lebih tinggi.
ia mendatangkan rasa tidak selesa kerana gatal dan penampilan kulit yang kelihatan tidak menarik.ada yang sanggup membiarkan masalah mereka berlarutan kerana malu untuk mendapatkan rawatan.



jangkitan kulat ini tidak akan hilang dengan sendiri.ia memerlukan ubat anti kulat yang boleh didapati dari mana-mana doktor.kadang kala rawatan anti kulat mengambil masa yang lama sehingga berbulan-bulan terutamanya jika ia melibatkan bahagian kuku.oleh kerana itu rawatan perlu dimulakan secepat mungkin,sebaik sahaja masalah dikenalpasti untuk memudahkan proses penyembuhan.

Ia mudah berjangkit melalui sentuhan terutamanya dengan berkongsi pakaian atau tuala.
Untuk mengelakkan jangkitan kulat,tahap kebersihan diri sangat penting.pastikan kawasan-kawasan badan yang lembab sentiasa dikeringkan.pengidap kencing manis perlu mengawal paras gula agar sentiasa berada dalam keadaan normal.elakkan berkongsi pakaian atau tuala dengan ahli keluarga yang mengidap jangkitan kulat.semua pakaian di basuh berasingan dan dijemur di kawasan panas terik atau di seterika untuk mematikan kulat tersebut.

rawatan yang biasa diberikan adalah pil serta krim anti kulat.elakkan mengambil ubat-ubatan yang mengandungi steroid (selalu digunakan di dalam krim untuk gatal kulit) untuk mengelakkan kulat membiak lebih banyak.


antara produk Shaklee yang boleh membantu dalam rawatan jangkitan kulat adalah ALFALFA.





These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

No comments: