Wednesday 11 June 2014

KEPUTIHAN YANG MEMBEBANKAN

salam sejahtera....

untuk kaum wanita...
pernahkah anda mengalami masalah keputihan?
resah dan tidak selesa kan?
pasti ramai yang pernah mengalaminya tidak kira di usia remaja atau dewasa.ia adalah satu keadaan yang kerap dialami oleh golongan wanita.kebanyakannya adalah jangkitan ringan dan sembuh sepenuhnya.namun terdapat sebahagian wanita yang mengalaminya secara berulang-ulang.

Ia berpunca daripada jangkitan kulat yang lazimnya menghuni kawasan alat sulit wanita iaitu dari jenis Candida Albicans.di kawasan yang sama juga terdapat bakteria Lactobacillus yang berfungsi menseimbangkan keadaan agar kulat tidak membiak.namun dalam keadaan-keadaan tertentu bakteria tidak mampu berfungsi dengan baik lantas menyebabkan kulat membiak dengan cepat lalu menghasilkan simptom-simptom jangkitan.

tanda-tanda jangkitan kulat:
1. pengeluaran cecair/discharge dari vagina
2. gatal di kawasan terlibat
3. kulit menjadi pedih
4. rasa panas dan bengkak

punca berlakunya ketidakseimbangan sistem kawalan oleh lactobacillus
1. penggunaan antibiotik berlebihan
2. kehamilan
3. kencing manis yang tidak terkawal
4. sistem imun yang lemah (cth AIDS.HIV,pesakit kanser,pesakit kronik)
5. amalan pemakanan yang tidak seimbang terutamanya jika melebihkan makanan manis.
6. kerap mencuci bahagian dalam vagina (douching)
7. stres
8. tidur yang tidak mencukupi

pencegahan
1. amalkan pemakanan sihat dan seimbang
2. jaga kebersihan diri terutamanya di kawasan vagina
3. elakkan memakai pakaian yang lembap dalam waktu yang lama
4. kawal status kencing manis 
5. elakkan memakai pakaian dalam yang ketat
6. elakkan douching
7. amalkan pengambilan yoghurt atau makanan yang mengandungi lactobacillus
8. kerap menukar pencuci (feminine wash)
    ***namun saya lebih cenderung kepada mengurangkan atau menghentikan penggunaan feminine wash untuk memastikan keseimbangan bakteria dan kulat di kawasan vagina terpelihara.


rawatan
krim atau ubat suppository
ubat kulat secara oral

terdapat pelbagai jenis ubat antikulat di pasaran.doktor akan menentukan yang mana sesuai untuk seseorang itu bergantung kepada keterukan jangkitan.

sebagai suplemen untuk membantu mengatasi masalah jangkitan kulat atau keputihan, anda boleh menggunakan produk Shaklee yang berikut:

Garlic dan Alfalfa


lagi tentang jangkitan kulat DI SINI


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

No comments: