Friday 8 August 2014

RAMADHAN BERSAMA SHAKLEE

Salam Aidil Fitri buat semua...
lama betul tertinggal blog ni..
menjelang Syawal sibuk dengan rumah dan segala persiapan...semua buat sendiri.anak2 dan suami tolong sana sini serba sedikit...memang sikit pun yang dapat mereka tolong sebab anak2 bersekolah.yang sulung pula balik sekolah buat part time tolong berniaga kat bazar ramadhan.abahnya sibuk dengan kerja2 NGO sepanjang ramadhan hingga sehari sebelum raya baru betl-betul ada di rumah.maka Ahad tu macam nak pitam buat kerja memasak bagai.Aidilfitrinya sederhana saja.namun beraya seperti tahun-tahun sebelumnya,siang sampai ke malam.Isnin baru berhenti beraya...Sabtu nanti insyaAllah sambung semula.ziarah rakan-rakan yang di utara sana pula.

Sepanjang Ramadhan...alhamdulillah berjaya kurangkan berat sebanyak 3 kg...tak banyak manapun tapi memadailah berbanding tahun lepas yang langsung tak berkurangan.setakat hari ini masih maintain...tiada penambahan walau sakan menjamu selera.
Caranya...sepanjang ramadhan saya teruskan pengambilan alfalfa dan lecithin pada waktu malam.kemudian bersahur dengan ESP dan kurma.adakalanya turut mengambil Cinch Energy Tea pada masa sahur.rasa segar sepanjang hari berpuasa (kecuali hari last puasa sebab tak bangun sahur) maka lepas kerja sempat lagi berkebun pada waktu petang untuk keluarkan peluh.
selepas raya ni masih sambung ambil semua suplemen tu...alhamdulillah diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt walau setiap hari berdepan dengan pelbagai virus dan bakteria.selain itu saya juga ambil vitalea untuk top up mana yang terkurang dalam pemakanan harian.sekali sekala ambil herblax untuk membersihkan sistem penghadaman.macam banyak saja bunyinya tapi sebenarnya taklah sebanyak mana pun.bila disusun atur pengambilannya taklah jadi keterlaluan.semuanya demi memastikan kesihatan sentiasa di tahap terbaik demi ahli keluarga yang memerlukan diri kita ini.

tahniah kepada anda semua yang sentiasa prihatin dengan kesihatan masing-masing.bagi yang telah dihinggapi penyakit,ia juga adalah anugerah Allah dengan hikmah-hikmah yang tersembunyi yang tidak kita ketahui.menjadi tugas kita untuk berusaha mengembalikan kesihatan agar berada dalam keadaan sesempurna mungkin.




 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT TENTANG PRODUK SHAKLEE:
 HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-779 6751
 FB (PM) iedaabdullah

No comments: