Friday, 31 October 2014

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK KULIT BERMASALAH

salam sejahtera...

amalan pemakanan yang sihat dan seimbang serta pengambilan air yang mencukupi setiap hari penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersih dari jeragat dan parut jerawat.

suplemen Shaklee yang berikut boleh membantu mengembalikan seri wajah anda:

1. Vita C Plus
vitamin larut air yang penting untuk pembentukan sel yang sihat serta memulihkan kerosakan sel tubuh badan.
penting dalam pembentukan kolagen untuk struktur kulit yng sihat dan menarik.

2. Vita E Complex
vitamin larut lemak yang bertindak meneutralkan radikal bebas dan memelihara kesihatan sel.


3. Vivix
tonik ajaib dari Shaklee yang memulihkan sel dari peringkat DNA.menjadikan sel baru berkembang dengan sihat lantas mengembalikan seri kulit wajah.

4. ESP
sumber amino asid dari kacang soya asli yang menjadikan kulit bersih dan anjal.

dalam mengejar aktiviti harian yang sentiasa sibuk dan juga terdedah kepada pencemaran alam sekitar,kulit kita terutamanya kawasan muka  sangat mudah rosak.
memastikan pengambilan makanan seimbang ada kalanya menjadi sukar.maka lebih mudah bagi kita untuk mengambil makanan tambahan untuk memastikan badan sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas.
terdapat banyak makanan tambahan di pasaran jadi pilihlah dengan bijak.
gunakan suplemen yang terjamin selamat dan mendapat kelulusan pihak berwajib.



Suplemen Shaklee dihasilkan dengan penglibatan ramai saintis hebat dan sentiasa diuji keberkesanan dan keselamatannya.diperbuat daripada bahan alami yang asli tanpa menggunakan bahan pengawet dan pewarna.
terjamin berkesan dan selamat.



maka, pilihlah suplemen Shaklee bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk seisi keluarga.

hubungi saya untuk konsultasi terbaik dan belian bijak.

daftar sebagai ahli untuk mendapatkan keistimewaan harga belian dan peluang menjana pendapatan lumayan hanya dari rumah anda.







These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

MASALAH JERAGAT

salam sejahtera...

selain daripada jerawat, JERAGAT juga menjadi musuh kepada golongan  yang mementingkan kulit wajah yang bersih.jeragat atau dalam bahasa saintifiknya disebut sebagai MELASMA lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki.
wanita berkulit gelap dan berada di negara beriklim panas seperti negara kita lebih terdedah untuk menghadapi masalah ini.jeragat terbentuk bila sel-sel yang memberikan warna kepada kulit (melanocytes) menjadi terlalu aktif.

PUNCA JERAGAT


punca sebenar tidak diketahui namun ia berkait rapat dengan
1.  pendedahan kepada cahaya matahari yang terik.
2. perubahan hormon seperti semasa hamil,penggunaan pil perancang keluarga dan terapi gantian hormon.
3.  penggunaan alat kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit
4.  faktor keturunan


jeragat

RAWATAN JERAGAT


bagi sesetengah orang,jeragat berkurangan dengan sendiri bila berhenti menggunakan pil perancang ataupun mengelakkan pendedahan kepada cahaya matahari.jeragat yang berlaku semasa hamil juga boleh berkurangan selepas melahirkan anak.

antara rawatan yang boleh diambil untuk masalah jeragat adalah:
1. penggunaan krim jeragat yang terdapat di pasaran.
walaubagaimanapun sila pastikan krim yang digunakan adalah selamat.dapatkan daripada sumber yang boleh dipercayai seperti dari farmasi ataupun klinik kulit.

2. jeragat yang teruk dan tidak berkurangan dengan penggunaan krim biasa perlu mendapat rawatan daripada pakar kulit.antara rawatan lanjut yang boleh diberikan oleh pakar kulit ialah:
i. pengelupasan kulit menggunakan ubatan tertentu untuk mengeluarkan lapisan yang mengandungi jeragat.
      
ii. rawatan laser

iii. rawatan dermabrasion (pengelupasan kulit secara mekanikal iaitu menggunakan alatan  khas)


CARA MENGAWAL ATAU MENCEGAH JERAGAT


1. elakkan pendedahan kepada cahaya matahari secara terus dengan cara menggunakan sunblock cream ataupun menggunakan topi besar yang boleh melindungi muka.
2.  gunakan pencuci muka dan alat kosmetik yang lembut dan tidak merengsakan kulit
3.  pastikan mengambil diet yang seimbang dan air yang mencukupi untuk kesihatan kulit






Thursday, 30 October 2014

TESTIMONI JERAWAT YANG SERIUS

salam sejahtera....
"kulit yang cantik adalah idaman setiap insan"


antara customer terawal saya adalah seorang pelajar IPT yang mengalami masalah jerawat yang serius.seorang gadis yang penyabar dalam menghadapi dan menangani masalahnya.
beliau telah lama mengambil rawatan untuk masalah tersebut daripada beberapa klinik termasuk klinik pakar kulit.bagaimanapun masalahnya reda hanya untuk seketika.apabila tidak mengambil ubat,jerawat kembali tumbuh dengan banyak.

selain daripada itu beliau turut mengalami kesan sampingan ubatan yang diambil dalam tempoh waktu yang lama.kulitnya menjadi pecah membentuk striae.belaiu berjumpa saya sebenarnya bukan kerana jerawat tetapi memohon pendapat untuk mengatasi masalah striae tersebut (berlaku di kawasan badan yang terlindung).

sebenarnya tidak banyak yang dapat dilakukan untuk menghilangkan striae tersebut seratus peratus.
maka saya mencadangkan beliau berhenti daripada mengambil semua ubatan sebelumnya dan mencuba memperbaiki kulit menggunakan suplemen Shaklee.diperingkat awal beliau mengambil vitamin B Complex, Vita C dan Vita E.saya juga memberikan antibiotik kerana jerawatnya mengandungi nanah.

selepas beberapa minggu beliau kembali berjumpa saya semasa semasa cuti pengajian.
alhamdulillah...jerawat yang bernanah dan agak besar sebelumnya hilang hampir 50%.
selepas lebih kurang lima bulan beliau menambah pengambilan suplemen dengan mengambil pula ESP untuk mengurangkan parut.

striae menjadi agak pudar tetapi masih boleh dilihat.namun jerawatnya sembuh dengan baik.
baru-baru ini saya bertemu dengannya iaitu selepas 6 bulan lebih menggunakan vitamin-vitamin di atas.tiada lagi pengambilan kapsul antibiotik kecuali sekali sekala menggunakan krim.
alhamdulillah juga...jerawat yang tinggal sangat sedikit.tiada lagi nanah dan jerawat besar.hanya sedikit kemerahan.


set asas jerawat



buat masa ini beliau masih meneruskan pengambilan semua suplemen di atas.
harap maaf...tiada gambar kerana gadis ini malu-malu sikit.

bersabar menunggu perkembangan seterusnya dari pelanggan ini yang juga ahli Shaklee.

jika anda juga mengalami masalah jerawat yang serius,jangan takut untuk mencuba suplemen Shaklee.sesungguhnya ia adalah asli dan tanpa bahan kimia...dijamin selamat dan berkesan.

hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan belian produk.

untuk penjimatan berganda, anda boleh mendaftar sebagai AHLI Shaklee.








These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

JERAWAT....KECIL TAPI DIGERUNI

salam sejahtera.


JERAWAT

..merupakan antara masalah kulit wajah yang paling kerap berlaku dan sangat digeruni oleh semua golongan terutamanya remaja.
ia tidak terlalu merbahaya namun berupaya menyebabkan tekanan dan perasaan rendah diri kepada pengidapnya.




BAGAIMANA JERAWAT BERLAKU



pada setiap helaian rambut atau bulu roma tedapat liang roma yang mengandungi kelenjar sebaceus.fungsi kelenjar ini adalah untuk merembeskan sebum yang akan menjadikan kulit dan rambut lembap.namun ada ketikanya liang roma diselaputi oleh kekotoran sama ada dari persekitaran atau daripada sel kulit mati.liang roma yang tertutup ini menyebabkan cecair sebum tersekat dan mula terkumpul di bawah kulit.ia seterusnya menjadi medium kepada pembiakan bakteria.

hasil tindakbalas pembiakan bakteria menyebabkan berlaku keradangan dan bengkak pada permukaan liang roma.ini mencetuskan jerawat.ia boleh menjadi lebih serius dengan membentuk nanah.

kelenjar sebaceus ini terdapat diseluruh badan kecuali tapak tangan dan tapak kaki.namun kawasan yang paling banyak adalah di muka dan kulit kepala.
bagaimana jerawat berlaku

PUNCA JERAWAT



punca sebenar sukar dikenalpasti namun ia dipercayai bersangkut paut dengan hormon androgen.hormon ini dirembeskan dengan banyak pada golongan lelaki dan wanita yang memasuki usia remaja.

faktor keturunan juga dipercayai memainkan peranan.jika ibu atau bapa pernah mengalami jerawat yang teruk maka potensi untuk anak mengalami masalah yang sama adalah tinggi.

pemakanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi menggalakkan berlakunya jerawat.

amalan kebersihan diri juga perlu dititikberatkan.jika tidak gemar mencuci muka maka adalah lebih mudah untuk berlaku penyumbatan pada liang roma seterusnya mencetuskan jerawat.



BAGAIMANA MENGATASI MASALAH JERAWAT


1. pastikan pemakanan harian adalah dari kumpulan yang tindak mengandungi gula yang banyak

2. amalkan tabiat menjaga kebersihan diri iaitu mencuci muka 2 kali sehari menggunakan pencuci muka yang lembut.
kurangkan tabiat menyentuh kulit muka dengan tangan kerana ia menyebarkan kuman dan pastikan juga tangan dan kuku sentiasa bersih.

3. jika telah mengalami jerawat,elakkan dari memicit kerana ia akan menyebabkan sebum yang tersumbat bergerak ke bahagian lebih dalam dan memburukkan keadaan.amalan memicit jerawat juga menyebabkan berlakunya parut pada kulit wajah.

4. jika menggunakan alat solek,pastikan semuanya telah dicuci dengan sempurna sebelum tidur.ini mengelakkan berlakunya penyumbatan liang roma.




RAWATAN

1. menggunakan pelbagai krim jerawat yang ringan yang boleh diperolehi dari farmasi
2. bagi jerawat yang lebih teruk,terdapat krim yang lebih kuat yang hanya boleh dipriskripsi oleh doktor.
3. kadang kala doktor menggabungkan bersama antibiotik untuk mematikan kuman namun penggunaan antibiotik dalam jangka masa yang panjang menyebabkan kuman menjadi rintang.
4. rawatan laser






Wednesday, 29 October 2014

ALFALFA...SUPLEMEN SEISI KELUARGA

salam sejahtera...

beberapa hari kebelakangan ini saya perasan yang anak bujang teruna (17 tahun) di rumah asyik bersin.
dulu memang dia selalu sangat bersin terutamanya waktu pagi atau bila terdedah kepada habuk.bila dia mula ambil Alfalfa Shaklee, bersinnya langsung tak ada.bangun pagi elok saja.sapu sampah pun taklah bersin sangat.cuma kebelakangan ni dia dah mula kurang makan alfalfa....biasalah budak.dah lama tu dia mula culas.terperasan sebab alfalfa untuk dia dan adiknya saya asingkan dan kali ni lambat pula habisnya.

adik (16 tahun) pun makin kurang dapat batuk dan selsema sejak amalkan alfalfa.biasanya dialah yang jadi tukang bawa balik virus ke rumah dan dia juga yang last sekali sembuh.sejak amalkan alfalfa sistem ketahanan badan dia makin kuat.tak ada lagi selsema dan batuk yang berkahak dan meleret berminggu-minggu.

malam ni kena ingatkan si bujang teruna ni untuk makan semula alfalfa.minggu depan dah nak SPM.habis SPM kena PLKN pula....badan mesti kena sihat.
dua beradik ni saya bagi alfalfa dan Vita C Shaklee.

si kecik bambam sekali sekala saya bagi Omegaguard Shaklee serta sirap multivitamin dari klinik sebab dia dah tak minum susu tepung.Mealshake sempat habis hampir satu tin.dia dah tak nak minum tapi saya tak rungsing sangat tentang tu sebab selera makan dia alhamdulillah...superb.

Alfalfa membantu melawan alahan pada saluran pernafasan (allergic rhinitis) dan membantu menguatkan sistem pertahanan badan.cuma bila ambil alfalfa perlulah disertai dengan mengambil air kosong yang banyak.bab minum ni anak-anak saya alhamdulillah tak ada masalah.tak larat nak refill air dalam peti ais (air kosong yang tak sejuk tak laku).

Saya dan suami pun amalkan alfalfa untuk detoks.pendek kata Alfalfa Shaklee ni wajib ada di rumah.si kecik bambam tu pun besar nanti kena makan jugak....dia lagilah kena detoks...hehehe...makan segala.






These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 FB (PM) iedaabdullah

TERAPI MINDA

salam sejahtera..

pentingnya mendapatkan minda yang tenang dan segar di waktu pagi sebelum memulakan aktiviti harian...

ini cara saya......keluar merayau keliling rumah melihat dan mengambil bau bunga.antara bunga-bunga yang mengeluarkan bau yang harum di laman rumah...









bunga cina ini kepunyaan jiran sebelah tapi pokoknya melepasi pagar ke rumah saya...sengaja saya biarkan untuk teduhan dan baunya yang segar.
yang ditanam di rumah saya masih belum berbunga.





Tuesday, 28 October 2014

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK ALAHAN KULIT

salam sejahtera...

alahan pada kulit boleh berlaku secara berulang-ulang apabila terdedah kepada alergen (punca alahan).mengambil ubat alahan yang mengandungi steroid dapat menghilangkan alahan ini.namun ramai yang tidak gemar mengambil ubat untuk jangkamasa yang lama.tambahan pula steroid mempuyai bebrapa kesan sampingan terhadap tubuh jika diambil secara berlebihan dalam tempoh yang lama.

untuk itu, ramai yang mencari alternatif kepada ubatan moden.
apakah suplemen Shaklee yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi alahan pada kulit?
suplemen Shaklee yang dibuat secra semulajadi tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet serta selamat untuk digunakan dalam tempoh yang lama.
antara suplemen yang sesuai untuk membantu mengawal alahan kulit ialah:

1. GLA
2. OMEGAGUARD
3. VITAMIN C
4. ESP
5. ALFALFA
6. KRIM HERBAL BLEND
7. MEALSHAKE 



Banyaknyaaa....mana satu nak pilih ni???

Jangan risau...saya boleh bantu...
hubungi saya untuk belian serta konsultasi terbaik





These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

ALAHAN KULIT MUKA

salam sejahtera.

keradangan kulit muka akibat penggunaan bahan kosmetik agak kerap berlaku.saya sering bertemu dengan kes-kes begini.kebanyakannya berpunca dari penggunaan krim pelembap (moisturizer).pengguna yang alah akan mengalami rasa pedih pada kulit muka dan kulit menjadi nipi atau mengelupas dan kemerah-merahan.ada juga yang agak serius sehingga menyebabkan muka bengkak.

bagaimana alahan kulit muka berlaku?

di dalam bahan kosmetik seperti pelembap ini terdapat gabungan bahan-bahan kimia serta pengawet yang pelbagai jenis.apabila disapukan pada kulit,bahan yang mempunyai saiz molekul yang sangat kecil akan terserap ke dalam kulit.jika seseorang itu alah kepada bahan kimia yang digunakan,tindakbalas akan berlaku sebaik bahan tersebut diserap.tindakbalas tersebut akan menghasilkan keradangan atau inflamasi kepada kulit.

bagaimana mengelakkan alahan kulit muka ini?

jika pernah mengalami alahan maka elakkan penggunaan bahan tersebut pada masa akan datang.baca label produk tersebut dan simpan sebagai data rujukan.
untuk kali pertama penggunaan,lebih selamat jika diambil sedikit sahaja produk tersebut dan disapu pada pergelangan tangan dan dibiarkan beberapa jam untuk melihat sebarang tindakbalas kulit.jika berlaku kemerah-merahan,elakkan penggunaan bahan tersebut.

namun begitu ada juga orang yang mengalami alahan yang lewat iaitu setelah bebrapa lama menggunakan bahan tersebut.
maka sebaik saja mengalami alahan,berhenti menggunakan produk tersebut.

sentiasa lihat kepada label sesuatu produk.semakin banyak bahan yang digunakan maka semakin tinggi kemungkinan untuk mengalami alahan.

pilih produk yang tidak mengandungi pewangi (fragrance free) dan hypoallegenic.walaubagaimanapun produk-produk ini tidak menjamin penggunanya bebas dari tindakbalas alahan.


Kesimpulannya, apabila menggunakan produk-produk yang mengandungi bahan kimia dan bahan pengawet,setiap pengguna terdedah kepada tindakbalas alahan.
oleh itu sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta mengambil langkah-langkah perlu sebelum menggunakan produk-produk tersebut.

dapatkan rawatan segera jika mengalami alahan yang serius.alahan bukan saja berlaku pada kulit malah boleh berlaku pada seluruh badan serta boleh menyebabkan tindakbalas anaphylactic yang boleh menyebabkan sesak nafas dan membawa maut.

allergic dermatitis
(google pic)





Monday, 27 October 2014

LIMA AMALAN UNTUK BERJAYA

salam sejahtera...

"why? came out from the wrong side of your bed today?"

pernah dapat ungkapan macam ni?
ada kalanya bila kita mulakan hari dengan suatu perkara yang tidak menjadi,ia akan dituruti dengan pelbagai masalah lain di sepanjang hari tersebut...pendek kata "serba tak kena".

Mulakan hari dengan teratur dan cemerlang untuk menjadi orang yang berjaya.
Bagaimana caranya?

BANGUN AWAL
pastikan setiap hari kita mulakan dengan bangun awal.secara automatik kita merasakan yang hari kita lebih panjang dan terasa tidak terburu-buru melakukan tugasan.
Setelah itu lakukan lima perkara berikut:

1. SENAMAN RINGAN
senaman ringan atau aktiviti regangan di dalam rumah sahaja sudah mampu untuk menyegarkan badan.lakuka senaman mengikut keinginan masing-masing agar tidak rasa tertekan atau seperti dipaksa.

2. SEDIAKAN JADUAL AKTIVITI HARIAN
sediakan jadual apa yang perlu dilakukan pada hari tersebut agar semuanya menjadi teratur dan berjaya dilaksanakan.

3. SARAPAN YANG SIHAT
sarapan penting untuk membekalkan tenaga kepada badan dan minda sepanjang hari.pastikan mengambil sarapan yang sihat dan seimbang.elakkan keluar bekerja dalam keadaan terburu-buru dan perut berkeroncong.manfaatkan juga waktu sarapan untuk berinteraksi sesama ahli keluarga.

4. PERSIAPKAN KESIHATAN MENTAL
meditasi mampu menenangkan minda.bagaimana mahu menjalankan tugas jika fikiran kita berserabut dengan pelbagai masalah yang dibawa dari hari-hari sebelumnya?luangkan sedikit masa untuk bermeditasi setiap pagi.

5. MUDAHKAN HARI KITA
apabila telah membuat jadual aktiviti atau tugasan yang perlu dilakukan ada hari tersebut,mulakan dengan tugasan yang paling tidak digemari.ataupun tugasan yang berat dituruti dengan tugasan yang lebih mudah.maka kita akan mengakhiri hari kita dengan perasaan yang lebih lapang dan lega serta minda menjadi lebih tenang.




mari kita sama-sama amalkan 5 cara ini untuk menjadi insan yang berjaya dan bahagia.
jangan lupa juga jalankan tugas wajib kita sebagai umat Islam.

SUMBER

AWAS BAHAYA PUTIK KAPAS

salam sejahtera....

petang ni alhamdulillah telah berjaya memberi keselesaan kepada seseorang.beliau datang dengan masalah pendengaran yang terganggu secara tiba-tiba selepas mencuci telinga dengan putik kapas empat hari lepas.
setelah diperiksa didapati bahawa terdapat tahi telinga/ear wax yang telah padat dan menutupi lubang telinga...dah mengganggu laluan gelombang bunyi maka pendengaran menjadi berkurangan.
alhamdulillah,agak mudah membersihkan telinga pelanggan ini.tidak mengambil masa yang lama untuk mengembalikan keselesaan pendengaran kepadanya.alhamdulillah...bukan semua orang mudah untuk dibersihkan telinganya.




secara umumnya...elakkan penggunaan putik kapas kerana ia akan menolak kekotoran di dalam telinga ke bahagian lebih dalam dan terus terkumpul di situ.lama kelamaan menjadi padat dan menganggu pendengaran.bulu telinga berfungsi untuk menolak keluar kekotoran di dalam saluran telinga.jadi biarkan ia berlaku secara semulajadi.hanya bersihkan kekotoran yang dapat dilihat di bahagian luar telinga.perkara yang sama juga berlaku unutk kanak-kanak.tak perlu lagi jadikan amalan mencuci telinga menggunakan putik kapas sebagai rutin selepas mandi.


antara punca seseorang itu mengalami pembentukan tahi telinga/ear wax secara berlebihan adalah kerana kekurangan pengambilan asid lemak OMEGA 3.

LAIN-LAIN TANDA KEKURANGAN OMEGA 3:

1. tekanan darah yang meningkat
2. kulit,kuku dan mata menjadi kering
3. kemurungan
4. gangguan aliran darah (kebas,pening)
5. sakit sendi
6. mudah mendapat jangkitan
7. gangguan fungsi saraf
8. masalah jerawat
9. ekzema

ANTARA SUMBER MAKANAN YANG MENGANDUNGI OMEGA 3 YANG TINGGI

1. flax seed
2. kacang walnut
3. ikan sardin
4. ikan salmon
5. ikan tuna
6. kacang soya

jika anda tidak gemarkan makanan seperti yang di atas maka bolehlah dapatkan suplemen Omega 3 untuk melengkapkan keperluan badan.

Omega 3 yang terbaik dari Shaklee terdapat di dalam OMEGAGUARD


usah berlengah...
lebih cepat memulakan penjagaan kesihatan maka lebih rendah risiko untuk mengalami masalah di kemudian hari.

hubungi saya seperti di bawah untuk belian dengan nilai tambahan.



DAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE untuk harga yang lebih menjimatkan....
nak guna lama kan...







These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Sunday, 26 October 2014

WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA

salam sejahtera....

semalam seharian tidak hujan...biasanya di sini pagi panas dan menjelang pukul 3 petang hujan turun membawa ke malam.cuma semalam agak berbeza.

hari ini hujan mula turun semula...agak lewat iaitu menjelang magrib...alhamdulillah...menyejukkan suasana yang agak berbahang.
panas atau hujan...dua-duanya mempunyai rahmat dari Allah swt.
namun digalakkan untuk kita berdoa di waktu hujan turun terutamanya sewaktu permulaan hujan tersebut.

WAKTU-WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA:

1. ketika sahur dan sepertiga terakhir malam
2. ketika berbuka puasa
3. ketika malam lailatul qadar
4. ketika azan berkumandang
5. di antara azan dan aqomah
6. ketika sujud di dalam solat
7. ketika sebelum salam dalam solat wajib
8. di hari Jumaat
9. ketika turunnya hujan
10. hari Rabu antara zohor dan asar
11. ketika hari Arofah
12. ketika perang berlaku
13. ketika minum air zam-zam

Semua yang kita miliki adalah milik Allah...sentiasa bersyukur padaNya walau apapun yang hadir kepada kita.pasti Dia lebih mengetahui atas semua yang berlaku.Namun Allah mahu kita berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan kehidupan yang terbaik....Doa adalah satu daripada ikhtiar tersebut.
USAHA....DOA DAN TAWAKKAL....

moga apa yang kita perolehi dapat membantu kita untuk kehidupan yang lebih abadi di SANA nanti.

waktu yang baik untuk berdoa



BUDAK PUN MINUM CINCH TEA?

salam sejahtera...

kisah pagi tadi...
tinggal kami berdua lepas hantar yang besar2 ke sekolah.

muka budak tak mandi

sibuk ja dia bila ummie nak bancuh teh magic ni.kenapa magic?sebab bila minum ni terus rasa cergas....seriously...perut rasa panas sikit dan tenaga datang dengan segera.

bila tengok ummie bancuh dia pun nak juga...
"ummie...nak upi"...haha...selain susu,semua dia bantai air kopi.
"dap mmmm...apppaq err" (sedap...lapaq)....ayat wajib dia bila nak tumpang makanan atau minuman ummie.
"nak?"....laju ja angguk kepala sambil senyum simpul bila ummie offer.
memang dia minum pun...tapi sikit ja lah...nama pun budak & dia tahu yang air tu ummie punya.dia tak akan habiskan.cuma nak rasa.
rasa Cinch Energy Tea Mix yang enak dan wangi boleh diterima oleh sesiapa saja.tapi ini bukanlah minuman untuk kanak-kanak.
cuma untuk my angel ni memng kena bagi dia rasa juga (dah beberapa kali rasa dah pun sebelum ni...hihi).

tanpa perasa dan pewarna tiruan..
Cinch Energy Tea Mix memang memberi tenaga sepanjang hari.

PELBAGAI KHASIAT DAN SEPEKET KECIL TEH ISTIMEWA INI

antaranya:
*antioksida
*membantu menurunkan berat badan
*melancarkan peredaran darah
*membuatkan perut rasa selesa
*meredakan ketegangan
*mengawal alahan
*tanpa kafein namun mampu menyegarkan mata (sangat baik untuk yang suka stay up)
*membekalkan tenaga berpanjangan 

senang dibancuh...tak campur benda lain pun boleh.nak bawa jalan-jalan pun senang.masukkan saja dalam mineral water (botol kecil)....goncang....ready for use...
tak payah nak kopi campuran ka....kopi 3 in 1 ka....drive jauh-jauh pun segar bugar saja.memang selalu bawa kalau keluar meronda atau teman en suami buat kerja.....
(family saya jenis kalau keluar susah nak balik selagi tak gelap).

MAKA...
order sekarang untuk dapatkan rasa enak teh sebenar...tanpa perisa tiruan...tanpa pewarna...tanpa bahan pengawet...
"MINUM GITU SAJA PUN SEDAP"

cinch energy tea mix
warna asli tanpa bahan tiruan..


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Saturday, 25 October 2014

KENAPA VITALEA?

salam sejahtera..

salah satu suplemen Shaklee yang saya amalkan hampir setiap hari ialah VITALEA.kenapa hampir setiap hari?sebab kadang-kadang saya terlupa..hihi

kenapa saya ambil Vitalea?

sebabnya....Vitalea mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita untuk mengekalkan kesihatan.Ia diadun bersama agar memnuhi keperluan pengguna.apa yang saya ambil setiap hari dari makanan tidak mampu untuk memenuhi keperluan sel tubuh badan.dengan akiviti harian yang sentiasa penuh dan memrlukan tenaga yang banyak maka amat perlu untuk menjaga bekalan agar sentiasa berada di tahap mencukupi.

Vitalea dibuat dari sumber alam semulajadi yang terjamin selamat,mudah diserap dan terbukti berkesan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN VITALEA?

umumnya...sesiapa sahaja boleh mengambil Vitalea sebagai suplemen untuk menyihatkan badan dan mengekalkan tenaga.
sangat sesuai untuk
1. pesakit anaemia terutamanya yang berpunca dari kekurangan zat makanan
2. ibu hamil sama ada yang mengidap anaemia ataupun tidak
3. orang yang aktif
4. orang yang sentiasa melakukan aktiviti berat
5. warga emas yang tidak mampu mengamalkan diet yang seimbang
6. ibu yang di dalam pantang
7. pesakit-pesakit kronik yang terpaksa mengawal pemakanan mereka


Dengan pelbagai khasiat di dalamnya,sebotol vitalea mengandungi 120 biji dengan harga runcit RM88.75 pastinya bukan suatu yang membebankan untuk diamalkan.


hubungi saya untuk membuat belian dengan nilai tambah konsultasi yang lengkap.


vitalea



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

HIJRAH

salam sejahtera...
selamat tahun baru Hijrah buat semua..
semoga kehidupan kita sentiasa dirahmati Allah.

ramai yang berhijrah ke alam rumahtangga hari ni.baca mesej kawan-kawan, ramai yang bergerak ke sana sini menghadiri majlis perkahwinan.
Kami pun sama juga.Memenuhi undangan perkahwinan anak saudara suami @ sepupu anak-anak.majlis akad nikan pada hari Khamis yang lepas dan majlis kenduri kahwinnya hari ini.esok pula majlis di pihak lelaki.Kami tak dapat hadir ke majlis esok sebab anak-anak dah sekolah dan saya pun bekerja.

di celah-celah cuaca yang tak menentu,alhamdulillah hari ni cerah saja.panas tapi berangin.tidak membahang maka majlis berlangsung dengan selesa.


kami hadir berempat kerana suami ada event di seberang dan wajib hadir ke sana.kebetulan tarikh bertembung...tak boleh nak buat apa dah...sepatutnya suami tolong ambil gambar untuk majlis ni.tapi kita hanya merancang...
Saya tolonglah ambil sikit tapi tak sempat nak load lagi...


maka...pinjam sekeping gambar dari fb anak sedara..

pengantin yang dirai bersama bakal pengantin

selamat pengantin baru buat Suria dan pasangannya Azani...
moga bahagia hingga ke Jannah....





Friday, 24 October 2014

CO Q HEALTH PLUS SHAKLEE

salam sejahtera...

serangan jantung adalah antara punca utama kematian sekarang ini selain daripada kanser dan kemalangan jalanraya.cara hidup dunia maju mendedahkan kita kepada keadaan kesihatan yang tidak terjaga dengan sempurna.ramai golongan muda mengidap penyakit ekanan darah tinggi,kencing manis dan kolesterol berlebihan.semuanya boleh membawa kepada serangan sakit jantung.

Co enzyme Q10 berupaya membantu melindungi kesihatan jantung.

Apakah Co Enzyme Q10 (coQ10)?


Co enzyme adalah bahan yang membantu pelbagai jenis enzim di dalam badan untuk berfungsi dengan sempurna. CoQ10 adalah sangat penting dalam rangakaian tindakbalas kimia yang menghasilkan tenaga di dalam sel.Ia terdapat dalam semua sel di dalam tubuh.Namun sel-sel yang aktif seperti pada buah pinggang,jantung dan hati mengandungi lebih banyak CoQ10.Selain daripada penghasilan tenaga untuk sel,ia juga penting dalam proses penggunaan oksigen oleh sel.


Kepentingan CoQ10


1. kesihatan jantung
*ia membantu mengawalselia paras LDL.
*membantu otot jantung berfungsi dengan baik dengan membekalkan tenaga dan membantu penggunaan oksigen dengan sempurna.
*menguatkan dinding saluran darah dan memperbaiki aliran darah kepada otot jantung

2. mengurangkan sakit kepala dan migrain
3. memperbaiki kualiti sperma dengan meningkatkan pergerakannya
4. membantu menjaga kesihatan gusi dan mencegah gusi bengkak
5. membantu mengawal kencing manis

Kesan kekurangan CoQ10

oleh kerana ia banyak terdapat di otot jantung,kekurangan coQ10 biasanya dapat dilihat kepada tanda-tanda yang melibatkan fungsi jantung.
Antaranya ialah:
1. sakit dada
2. mudah penat/sesak nafas
3. rentak jantung yang tidak teratur
4. tekanan darah tinggi
5. kegagalan jantung

Masalah lain yang mungkin berlaku adalah:

1. kencing manis tidak terkawal
2. bengkak gusi
3. ulcer di usus

Orang yang mengambil ubat untuk mengurangkan kolesterol (statin) terdedah untuk mengalami kekurangan CoQ10 kerana statin membantutkan penghasilan coQ10 di dalam badan.golongan ini juga terdedah untuk mendapat kesan sampingan dari statin seperti skit sendi dan otot serta kelesuan.

Pengambilan coQ10
Ia boleh dihasilkan oleh tubuh namun hanya dalam jumlah yang kecil.Oleh itu disarankan mengambil makanan yang mengandungi kandungan coQ10 yang tinggi seperti daging,ikan,mnyak dari kacang soya,minyak bijan dan minyak kanola.

suplemen coQ10 juga boleh diamalkan kerana pengambilan diet seharian mungkin tidak mencukupi.untuk golongan berisiko,disarankan mengambil sekitar 90mg - 120mg sehari.

CoQ Health Plus Shaklee mengandungi gabungan 3 bahan utama iaitu:
co enzyme Q10 (28mg)
vitamin E (10mg)
ekstrak teh hijau (10mg)

gabungan ke tiga-tiga bahan ini turut memberikan kesan antioksida yang sangat baik untuk sel badan kita.
CoQ health Plus Shaklee


Ingin mendapatkan CoQ Health Plus Shaklee?
Hubungi saya seperti di bawah....
khidmat nasihat percuma untuk setiap pelanggan di sini.

Dapatkan harga yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE.
bersama kami anda juga berpeluang mendapat bimbingan dari masters dan upline terhebat untuk menjana pendapatan secara online hanya dari rumah.






These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 FB (PM) iedaabdullah

BERAT BADAN BERLEBIHAN DAN PENYAKIT BERKAITAN

salam sejahtera...

masalah berat badan berlebihan semakin meningkat di Malaysia.tanpa perlu lihat kepada statistik pun kita sudah boleh mengetahuinya.lihat sahaja keliling kita.dalam satu kelompok manusia mesti ad ramai yang mempunyai berat berlebihan.dari usia kanak-kanak sehinggalah dewasa.
tabiat pemakanan dan cara hidup yang kurang aktif menjadi punca kepada masalah ini.mengambil makanan segera secara berlebihan memburukkan lagi keadaan kerana kebanyakannya mengandungi lemak yang berlebihan.
cara hidup yang sering tertekan/stress juga menyumbang kepada masalah kegemukan.hormon cortisol meningkat dalam keadaan stress dan hormon ini menggalakkan lagi pengumpulan lemak terutamanya di perut.
orang yang mengidap kemurungan juga mempunyai hormon cortisol yang lebih tinggi dan mereka lebih terdedah untuk mengalami berat badan yang berlebihan.

apabila berat melebihi daripada yang sepatutnya,bermacam gejala kesihatan akan timbul.

rujuk diagram  yang diambil dari website INI.




terdapat pelbagai produk di pasaran untuk menurunkan berat badan namun yang paling baik adalah dengan mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam secara teratur.

semakin meningkat usia,kadar metabolisma semakin rendah menjadikan berat badan mudah naik dan susah untuk diturunkan.maka lebih baik memulakan aktiviti dari awal supaya berat yang sesuai boleh dicapai dengan mudah.

sebagai ibubapa,pantau pemakanan anak-anak dan galakkan mereka bermain di luar supaya mengeluarkan peluh dan dapat membakar lemak.berikan masa untuk mereka aktif di luar.bukan sekadar mencegah kegemukan,aktiviti luar ini juga mengajar mereka untuk berinteraksi sesama rakan dan meningkatkan kebolehan sosial.namun semuanya tetap perlu diawasi agar tidak terlajak garisan.






Thursday, 23 October 2014

GLA UNTUK KESIHATAN KULIT

Salam sejahtera..

GLA mempunyai pelbagai fungsi dalam tbuh manusia.
salah satu daripadanya adalah memelihara kesihatan kulit.

Lipid terutamanya dari kumpulan asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) sangat penting dalam memastikan kesihatan kulit berada  dalm keadaan smpurna.
Yang paling penting adalah lenoleic acid dan gamma lenoleic acid (omega 6).

Lenoleic acid ditukar kepada Gamma Lenoleic acid di dalam badan untuk berfungsi memelihara kesihatan kulit.

KESAN GLA TERHADAP KULIT

1. menjaga kelembapan kulit
2. menguatkan kapilari darah untuk memberi bekalan nutrien yang sempurna kepada kulit
3. mempercepatkan pemulihan kecederaan kulit
4. mengurangkan keradangan kulit
5. mengelakkan kegatalan/eczema kerana GLA memastikan kulit sentiasa lembap
6. mengurangkan kadar berlakunya jangkitan kulit

pengambilan GLA secara konsisten mampu menjadikan kulit lembap, licin, sihat dan bermaya.
Minyak borage mengandungi kandungan GLA yang tinggi iaitu sekitar 20 - 24% dan inilah yang boleh diperolehi daripada GLA COMPLEX SHAKLEE.





These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 FB (PM) iedaabdullah

APA ITU SCURVY?

salam sejahtera...

lanjutan dari kisah Vitamin C..

Apa itu SCURVY?

Scurvy adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin C yang serius. Selain daripada fungsi-fungsi yang dinyatakan sebelum ini,Vitamin C juga terlibat dalam pembentukan kolagen di dalam badan.kolagen bertindak menguatkan tisu seperti kulit,saluran darah,tulang rawan dan tulang.tanpa kolagen tisu-tisu ini rosak dan mendatangkan gejala kepada keseluruhan tubuh badan.

GOLONGAN YANG BERISIKO
1. warga emas/orang tua yang tidak dapat mengamalkan pemakanan seimbang
2. pesakit mental yang serius yangtidak berupaya menjaga diri sendiri
3. pesakit kronik
4. golongan miskin melarat
5. pesakit kanser yang sedang menerima rawatan (hilang selera dan sering muntah)
6. masalah usus (crohn's disease,ulcerative colitis)
7. perokok tegar
8. penagih alkohol dan dadah

TANDA-TANDA PENYAKIT SCURVY
1. hilang tenaga (lesu)
2. sakit sendi dan otot
3. mudah mendapat lebam terutamanya di bahagian kaki
4. sering berasa resah
5. cepat penat/susah bernafas setelah melakukan aktiviti fizikal
6. bengkak dan berdarah gusi
7. luka lambat sembuh
8. bintik-bintik merah pada kaki


bintik merah di kaki

bengkak gusi


RAWATAN SCURVY
doktor akan mengenalpasti diagnosis berdasarkan tanda-tanda yang dialami serta sejarah hidup pesakit.penyakit-penyakit lain yang berkemungkinan menjadi punca juga perlu dikenalpasti.selain itu,paras vitamin C juga boleh dianalisa.

rawatan adalah dengan cara memberikan Vitamin C yang mencukupi kepada pesakit.

jumlah Vitamin C yang diperlukan oleh orang dewasa adalah sekitar 50mg sehari.keperluan bertambah bagi perokok,ibu hamil dan ibu menyusu.
pengambilan vitamin C yang berlebihan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan melainkan jika diambil dalam dos yang terlalu tinggi contohnya melebihi 1500mg sehari di mana ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami cirit birit dan sakit perut.






Wednesday, 22 October 2014

KESAN KEKURANGAN VITAMIN C

salam sejahtera...

pasti ramai antara kita yang pernah mengalami gusi berdarah.terdapat pelbagai punca gusi berdarah.antaranya ialah kekurangan vitamin C.

kekurangan vitamin C yang serius jarang berlaku kecuali di negara yang mundur.Ia boleh menyebabkan penyakit yang dipanggil "scurvy".

GEJALA KEKURANGAN VITAMIN C

antara masalah yang timbul akibat kekurangan Vitamin C adalah
1. rasa lesu,sakit otot dan pucat
2. mudah mendapat jangkitan (kurang daya ketahanan badan)
3. saluran darah mudah pecah menyebabkan sering mengalami lebam
4. bengkak dan pendarahan gusi
5. luka lambat sembuh
6. luka yang telah bercantum mudah terbuka semula
7. rambut yang mudah putus
8. hidung berdarah
9. kulit kasar dan kering
10. sendi bengkak dan sakit
11. rongga gigi menjadi lemah dan gigi mudah gugur


Vitamin C di dalam sayuran mudah hilang apabila dimasak atau disimpan di tempat sejuk terlalu lama.adalah lebih baik jika sayuran dimakan mentah.



VITAMIN C SHAKLEE

salam sejahtera...

VITAMIN C
.......adalah vitamin yang larut air.tidak boleh dibentuk oleh badan.dengan itu, untuk memenuhi keperluan tubuh badan,kita perlu mendapatkannya dari makanan.
Vitamin C boleh diperolehi daripada buah-buahan dan sayura-sayuran.orang yang tidak mengambil sayur dan buah-buahan sangat berpotensi untuk mengalami kekurangan vitamin C dalam badan.

APAKAH FUNGSI VITAMIN C?


1. bersifat sebagai antioksida yang baik.Ia membantu melindungi sel daripada kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas.radikal bebas dipercayai terlibat dalam kerosakan sel yang membawa kepada berlakunya kanser dan penyakit degeneratif.

2. membantu meningkatkan tahap imuniti/ketahanan badan daripada diserang penyakit terutamanya yang dibawa oleh virus.Ia bukan 100% mencegah namun berupaya mengurangkan tempoh dan tahap keterukan jangkitan.pengambilan secara rutin adalah lebih baik berbanding jika hanya diambil sewaktu sakit.

3. membantu memperbaiki sel yang rosak terutamanya sel-sel kulit dan menjadikan kulit lebih cantik dan sihat.Ia juga boleh mengurangkan berlakunya kedutan kulit wajah.

4. pengambilan Vitamin C sebanyak 500mg sehari secara berterusan dipercayai dapat membantu mengurangkan paras tekanan darah tinggi.

5. Vitamin C juga mampu membantu mengawal pengecutan saluran pernafasan bagi pesakit asthma yang dicetuskan oleh aktiviti fizikal yang teruk atau senaman.

6. pengambilan vitamin C yang mencukupi didapati dapat mengurangkan risiko mengalami gout.

GOLONGAN YANG MEMERLUKAN SUPLEMEN VITAMIN C



vitamin C boleh diperolehi dengan banyak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan namun ia juga mudah hilang semasa proses memasak dan menyediakan makanan.
jadi sesiapa sahaja disarankan untuk mengambil suplemen vitamin C ini.oleh kerana ianya larut air,vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan dari badan.

Perokok dan orang yang tidak mengambil sayur serta buah-buahan dalam diet harian amat perlu mengambil suplemen vitamin C ini.aktiviti merokok mengurangkan penyerapan vitamin C yang diperolehi dari diet seharian.
Ibu hamil juga digalakkan mengambil vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi untuk mencegah anaemia.

KEISTIMEWAAN VITAMIN C SHAKLEE


Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk 'sustained release' di mana proses pelepasan vitamin C ini berlaku secara perlahan-lahan selepas ianya ditelan.Satu biji mengandungi 500mg vitamin C menjadikan pengambilan sebiji sehari sudah mencukupi.sebotol mengandungi 180 biji maka ia mampu bertahan selama 6 bulan....amat murah dan menjimatkan.Ia juga mengandungi bioflavonoids yang berfungsi untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan fungsi vitamin C didalam badan.

untuk kanak-kanak,ia dibuat dalam bentuk boleh dikunyah (chewable).juga dengan rasa asli vitamin C.

tiada sebarang bahan kimia,perisa tambahan atau pengawet kerana Shaklee adalah semulajadi.

amalkan pengambilan Vitamin C setiap hari untuk kesihatan yang optima.

chewable C shaklee







These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 FB (PM) iedaabdullah

Tuesday, 21 October 2014

CAROTOMAX

salam sejahtera...

MATA...
salah satu pancaindera yang penting...boleh dikatakan paling penting bagi setiap insan.jagalah kesihatan deria penglihatan ini dengan baik.dapatkan rawatan segera sekiranya menghadapi masalah sama ada rabun,sakit,pandangan bertompok ataupun mata berair yang teruk.sekiranya terdapat benda asing memasuki mata, dapatkan rawatan doktor untuk mengeluarkannya tanpa mencederakan selaput mata.



CAROTOMAX
Carotomax adalah suplemen Shaklee untuk kesihatan mata.diperbuat daripada bahan asli tanpa pengawet dan perasa tiruan.
mengandungi bahan-bahan utama untuk memulihkan penglihatan yang bermasalah.

golongan yang sesuai untuk mengambil Carotomax:
1. rabun/silau malam
2. golongan yang sering menggunakan komputer
3. pengidap katarak
4. pesakit kencing manis yang melibatkan saraf mata
5. rabun jauh dan dekat

Carotomax mengandungi bahan-bahan berikut:
1. Alpha dan Beta karotin
2. Lycopene
3. Astaxanthin
4. Zeaxanthin
5. Lutein

gabungan ke lima-lima bahan ini membantu melindungi kerosakan sel dan memperbaiki kerosakan sedia ada untuk memulihkan penglihatan seseorang ke tahap yang lebih baik.

Amalkan pengambilan carotomax untuk mendapatkan kesan positif yang diingini.




These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 FB (PM) iedaabdullah

TIPS MENGGALAKKAN ANAK MAKAN SAYUR

salam sejahtera...

anda ada masalah untuk bagi anak-anak makan sayur?
ini antara masalah yang kerap  dihadapi oleh ibubapa.kebanyakannya hany membiarkan sahaja perkara ini berlarutan sehinggalah anak meningkat dewasa.semakin usia mereka bertambah semakin sukarlah untuk ibubapa menyemai rasa cinta kepada sayur-sayuran.

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGGALAKKAN ANAK MAKAN SAYUR


Yang paling utama adalah ibubapa sendiri mesti cintakan sayur.menjadikan ia sebagai menu wajib setiap hari.anak-anak akan meniru perlakuan ibubapa mereka.lebih mudah menyuruh mereka melakukan sesuatu yang kita sendiri amalkan.

Di antara tips untuk menggalakkan anak makan sayur adalah:

1. jangan memaksa.elakkan daripada mengubah tabiat makan anak secara tiba-tiba sebaliknya lakukan sedikit demi sedikit sambil menerangkan kebaikan pengambilan sayur.kenal pasti apakah sayur yang paling digemari dan kemudian perkenalkan jenis-jenis sayuran yang lain perlahan-lahan.jangan kecewa jika anak menolak.teruskan amalan menghidangkan sayuran sambil menggalakkan mereka makan.bagi anak yang sudah boleh memahami fakta,kaitkan keadaan kesihatan mereka dengan pentingnya pengambilan sayuran...misalnya anak sering sukar membuang air besar dan mengalami kesakitan.maka galakkan dia mengambil sayur untuk mengatasi masalah tersebut.

2. pelbagaikan cara hidangan dengan menghias pinggan makan mereka dengan pelbagai sayuran yang berbeza.anak-anak kecil mudah tertarik kerana ia menjadi seperti bermain sambil makan.



3. libatkan anak-anak semasa membeli dan menyediakan hidangan.semasa membeli biarkan anak memilih sayuran yang digemarinya.

4. jika berkebun, ajak anak-anak untuk menanam sendiri sayur-sayuran.
bila terlibat di peringkat awal,lebih mudah bagi anak-anak untuk menyukai sayuran.

5. sediakan pencicah untuk dimakan bersama sayuran.gunakan apa-apa sahaja pencicah yang digemari anak-anak.

6. campurkan sayur-sayuran dalam hidangan lain seperti nasi goreng,mi,mihun,bubur dan sebagainya.

7. mulakan semasa di awal usia iaitu semasa bayi.campurkan sayuran bersama nasi dan ikan/ayam dan dikisar bersama menjadi puri.ia lebih berkhasiat daripada memberikan makanan dalam tin kepada bayi.apabila sudah terbiasa dengan rasa dan bau sayuran,anak lebih mudah untuk menerima hidangan sayuran apabila dia semakin meningkat usia.

8. sayuran seperti karot juga boleh dicampur dengan buah-buahan untuk dijadikan jus atau smoothies.


alhamdulillah...saya tidak menghadapi masalah dengan angel kecil saya ini.semasa bayi saya telah mula berikan puri yang dibuat menggunakan nasi,lauk dan sayur-sayuran.hanya gunakan hidangan yang dimasak untuk ahli keluarga yang lain.campur dan blend...jimat masa kerana tak perlu masak hidangan yang berbeza.setiap kali membuat puri saya memastikan sayur yang dimasukkan adalah dalam jumlah yang banyak.
sekarang anak ini menerima apa saja jenis sayuran.

ini adalah semasa kami meronda di Kelantan (PCB)....timun yang ada dalam pinggan tu kebanyakannya dia yang makan.timun antara sayur kegemarannya....diratah sahaja.

berbeza dengan kakaknya yang sangat memilih.cuma bila semakin dewasa dan disuruh-suruh,sekarang ni si kakak dah mula makan kailan,karot dan bayam.dulu langsung tak makan sayur tapi buah tetap dimakannya.jadi ummienya tak risau sangat.

maka kesimpulannya...
mulakan dari awal
jadikan diri sendiri sebagai contoh
mempelbagaikan hidangan
tiada paksaan
penglibatan dalam penyediaan hidangan
......insyaAllah...anak-anak akan mula menggemari sayur-sayuran.


***gambar-gambar adalah dari internet 
(kecuali gambar angel kecik sayalah....hihi)