Thursday 23 October 2014

APA ITU SCURVY?

salam sejahtera...

lanjutan dari kisah Vitamin C..

Apa itu SCURVY?

Scurvy adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin C yang serius. Selain daripada fungsi-fungsi yang dinyatakan sebelum ini,Vitamin C juga terlibat dalam pembentukan kolagen di dalam badan.kolagen bertindak menguatkan tisu seperti kulit,saluran darah,tulang rawan dan tulang.tanpa kolagen tisu-tisu ini rosak dan mendatangkan gejala kepada keseluruhan tubuh badan.

GOLONGAN YANG BERISIKO
1. warga emas/orang tua yang tidak dapat mengamalkan pemakanan seimbang
2. pesakit mental yang serius yangtidak berupaya menjaga diri sendiri
3. pesakit kronik
4. golongan miskin melarat
5. pesakit kanser yang sedang menerima rawatan (hilang selera dan sering muntah)
6. masalah usus (crohn's disease,ulcerative colitis)
7. perokok tegar
8. penagih alkohol dan dadah

TANDA-TANDA PENYAKIT SCURVY
1. hilang tenaga (lesu)
2. sakit sendi dan otot
3. mudah mendapat lebam terutamanya di bahagian kaki
4. sering berasa resah
5. cepat penat/susah bernafas setelah melakukan aktiviti fizikal
6. bengkak dan berdarah gusi
7. luka lambat sembuh
8. bintik-bintik merah pada kaki


bintik merah di kaki

bengkak gusi


RAWATAN SCURVY
doktor akan mengenalpasti diagnosis berdasarkan tanda-tanda yang dialami serta sejarah hidup pesakit.penyakit-penyakit lain yang berkemungkinan menjadi punca juga perlu dikenalpasti.selain itu,paras vitamin C juga boleh dianalisa.

rawatan adalah dengan cara memberikan Vitamin C yang mencukupi kepada pesakit.

jumlah Vitamin C yang diperlukan oleh orang dewasa adalah sekitar 50mg sehari.keperluan bertambah bagi perokok,ibu hamil dan ibu menyusu.
pengambilan vitamin C yang berlebihan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan melainkan jika diambil dalam dos yang terlalu tinggi contohnya melebihi 1500mg sehari di mana ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami cirit birit dan sakit perut.






No comments: