Friday 24 October 2014

BERAT BADAN BERLEBIHAN DAN PENYAKIT BERKAITAN

salam sejahtera...

masalah berat badan berlebihan semakin meningkat di Malaysia.tanpa perlu lihat kepada statistik pun kita sudah boleh mengetahuinya.lihat sahaja keliling kita.dalam satu kelompok manusia mesti ad ramai yang mempunyai berat berlebihan.dari usia kanak-kanak sehinggalah dewasa.
tabiat pemakanan dan cara hidup yang kurang aktif menjadi punca kepada masalah ini.mengambil makanan segera secara berlebihan memburukkan lagi keadaan kerana kebanyakannya mengandungi lemak yang berlebihan.
cara hidup yang sering tertekan/stress juga menyumbang kepada masalah kegemukan.hormon cortisol meningkat dalam keadaan stress dan hormon ini menggalakkan lagi pengumpulan lemak terutamanya di perut.
orang yang mengidap kemurungan juga mempunyai hormon cortisol yang lebih tinggi dan mereka lebih terdedah untuk mengalami berat badan yang berlebihan.

apabila berat melebihi daripada yang sepatutnya,bermacam gejala kesihatan akan timbul.

rujuk diagram  yang diambil dari website INI.




terdapat pelbagai produk di pasaran untuk menurunkan berat badan namun yang paling baik adalah dengan mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam secara teratur.

semakin meningkat usia,kadar metabolisma semakin rendah menjadikan berat badan mudah naik dan susah untuk diturunkan.maka lebih baik memulakan aktiviti dari awal supaya berat yang sesuai boleh dicapai dengan mudah.

sebagai ibubapa,pantau pemakanan anak-anak dan galakkan mereka bermain di luar supaya mengeluarkan peluh dan dapat membakar lemak.berikan masa untuk mereka aktif di luar.bukan sekadar mencegah kegemukan,aktiviti luar ini juga mengajar mereka untuk berinteraksi sesama rakan dan meningkatkan kebolehan sosial.namun semuanya tetap perlu diawasi agar tidak terlajak garisan.






No comments: