Sunday 19 October 2014

DIA TELAH KEMBALI

salam sejahtera...

hari (lebih tepat) petang yang agak suram hari ni...
menerima berita kematian seorang regular customer saya....dah mula bersama dengan saya sejak beberapa tahun yang lepas.
hari ini dia dijemput kembali kepada penciptaNya pada usia awal 20an setelah beberapa tahun mengidap penyakit yang tidak dapat dikenal pasti puncanya.pelbagai rawatan dan ujian dari pihak hospita.semuanya gagal mencari punca penyakitnya.

seorang anak muda yang baik pekerti,ramah,menghormati ibubapa (saya kenal ibubapa dan adik beradiknya) dan paling utama sangat tabah menghadapi keadaan kesihatan yang tidak menentu.kadang kala dia 'down' namun pada kebanyakan masa...'he was strong'.

saya sering berbual dengannya...menghabiskan masa yang panjang bersembang dengannya jika keadaan tidak sibuk.meberikan motivasi di saat dia merasakan tiada harapan lagi..juga mengambil aura kekuatan semangatnya.
telah beberapa ketika dia tidak datang berjumpa saya.menyangkakan segalanya baik,petang tadi dikejutkan dengan berita dia sudah beberapa hari terlantar di ICU...hanya setengah jam selepas itu saya diberitakan lagi dengan kepulangannya kepada penciptaNya.

ditakdirkan juga...hari ini adalah hari yang padat buat saya....customer berterusan sehingga malam.hanya kes minor tetapi tidak berhenti.saya hanya melarikan diri untuk solat magrib.hajat untuk ke rumahnya seusai solat tidak kesampaian kerana ada yang menunggu untuk mendapatkan rawatan sehingga saya selesai waktu kerja.

sebaik tiba di rumah kenderaan jenazah melewati jalan hadapan rumah saya...
bersama hujan renyai di malam yang dingin ini dia dihantar ke rumah terakhirnya.

AL FATIHAH buat Muhammad Aliff  bin Rahim....moga kamu damai di sana...moga dikurniakan tempat yang paling baik buat kamu di sana..
semoga keluarga arwah tabah menghadapi kehilangan anak mereka...
sesungguhnya dia anak yang kuat dan sabar.




2 comments:

Fisha Hasan said...

sdihnya.. takziah bt kluarga beliau..sisoakan smoga mreka sntiasa tabah..

Unknown said...

fisha..
terimakasih....