Saturday 25 October 2014

HIJRAH

salam sejahtera...
selamat tahun baru Hijrah buat semua..
semoga kehidupan kita sentiasa dirahmati Allah.

ramai yang berhijrah ke alam rumahtangga hari ni.baca mesej kawan-kawan, ramai yang bergerak ke sana sini menghadiri majlis perkahwinan.
Kami pun sama juga.Memenuhi undangan perkahwinan anak saudara suami @ sepupu anak-anak.majlis akad nikan pada hari Khamis yang lepas dan majlis kenduri kahwinnya hari ini.esok pula majlis di pihak lelaki.Kami tak dapat hadir ke majlis esok sebab anak-anak dah sekolah dan saya pun bekerja.

di celah-celah cuaca yang tak menentu,alhamdulillah hari ni cerah saja.panas tapi berangin.tidak membahang maka majlis berlangsung dengan selesa.


kami hadir berempat kerana suami ada event di seberang dan wajib hadir ke sana.kebetulan tarikh bertembung...tak boleh nak buat apa dah...sepatutnya suami tolong ambil gambar untuk majlis ni.tapi kita hanya merancang...
Saya tolonglah ambil sikit tapi tak sempat nak load lagi...


maka...pinjam sekeping gambar dari fb anak sedara..

pengantin yang dirai bersama bakal pengantin

selamat pengantin baru buat Suria dan pasangannya Azani...
moga bahagia hingga ke Jannah....





No comments: