Wednesday 22 October 2014

KESAN KEKURANGAN VITAMIN C

salam sejahtera...

pasti ramai antara kita yang pernah mengalami gusi berdarah.terdapat pelbagai punca gusi berdarah.antaranya ialah kekurangan vitamin C.

kekurangan vitamin C yang serius jarang berlaku kecuali di negara yang mundur.Ia boleh menyebabkan penyakit yang dipanggil "scurvy".

GEJALA KEKURANGAN VITAMIN C

antara masalah yang timbul akibat kekurangan Vitamin C adalah
1. rasa lesu,sakit otot dan pucat
2. mudah mendapat jangkitan (kurang daya ketahanan badan)
3. saluran darah mudah pecah menyebabkan sering mengalami lebam
4. bengkak dan pendarahan gusi
5. luka lambat sembuh
6. luka yang telah bercantum mudah terbuka semula
7. rambut yang mudah putus
8. hidung berdarah
9. kulit kasar dan kering
10. sendi bengkak dan sakit
11. rongga gigi menjadi lemah dan gigi mudah gugur


Vitamin C di dalam sayuran mudah hilang apabila dimasak atau disimpan di tempat sejuk terlalu lama.adalah lebih baik jika sayuran dimakan mentah.



No comments: