Friday 31 October 2014

MASALAH JERAGAT

salam sejahtera...

selain daripada jerawat, JERAGAT juga menjadi musuh kepada golongan  yang mementingkan kulit wajah yang bersih.jeragat atau dalam bahasa saintifiknya disebut sebagai MELASMA lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki.
wanita berkulit gelap dan berada di negara beriklim panas seperti negara kita lebih terdedah untuk menghadapi masalah ini.jeragat terbentuk bila sel-sel yang memberikan warna kepada kulit (melanocytes) menjadi terlalu aktif.

PUNCA JERAGAT


punca sebenar tidak diketahui namun ia berkait rapat dengan
1.  pendedahan kepada cahaya matahari yang terik.
2. perubahan hormon seperti semasa hamil,penggunaan pil perancang keluarga dan terapi gantian hormon.
3.  penggunaan alat kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit
4.  faktor keturunan


jeragat

RAWATAN JERAGAT


bagi sesetengah orang,jeragat berkurangan dengan sendiri bila berhenti menggunakan pil perancang ataupun mengelakkan pendedahan kepada cahaya matahari.jeragat yang berlaku semasa hamil juga boleh berkurangan selepas melahirkan anak.

antara rawatan yang boleh diambil untuk masalah jeragat adalah:
1. penggunaan krim jeragat yang terdapat di pasaran.
walaubagaimanapun sila pastikan krim yang digunakan adalah selamat.dapatkan daripada sumber yang boleh dipercayai seperti dari farmasi ataupun klinik kulit.

2. jeragat yang teruk dan tidak berkurangan dengan penggunaan krim biasa perlu mendapat rawatan daripada pakar kulit.antara rawatan lanjut yang boleh diberikan oleh pakar kulit ialah:
i. pengelupasan kulit menggunakan ubatan tertentu untuk mengeluarkan lapisan yang mengandungi jeragat.
      
ii. rawatan laser

iii. rawatan dermabrasion (pengelupasan kulit secara mekanikal iaitu menggunakan alatan  khas)


CARA MENGAWAL ATAU MENCEGAH JERAGAT


1. elakkan pendedahan kepada cahaya matahari secara terus dengan cara menggunakan sunblock cream ataupun menggunakan topi besar yang boleh melindungi muka.
2.  gunakan pencuci muka dan alat kosmetik yang lembut dan tidak merengsakan kulit
3.  pastikan mengambil diet yang seimbang dan air yang mencukupi untuk kesihatan kulit






No comments: