Tuesday 21 October 2014

TIPS MENGGALAKKAN ANAK MAKAN SAYUR

salam sejahtera...

anda ada masalah untuk bagi anak-anak makan sayur?
ini antara masalah yang kerap  dihadapi oleh ibubapa.kebanyakannya hany membiarkan sahaja perkara ini berlarutan sehinggalah anak meningkat dewasa.semakin usia mereka bertambah semakin sukarlah untuk ibubapa menyemai rasa cinta kepada sayur-sayuran.

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGGALAKKAN ANAK MAKAN SAYUR


Yang paling utama adalah ibubapa sendiri mesti cintakan sayur.menjadikan ia sebagai menu wajib setiap hari.anak-anak akan meniru perlakuan ibubapa mereka.lebih mudah menyuruh mereka melakukan sesuatu yang kita sendiri amalkan.

Di antara tips untuk menggalakkan anak makan sayur adalah:

1. jangan memaksa.elakkan daripada mengubah tabiat makan anak secara tiba-tiba sebaliknya lakukan sedikit demi sedikit sambil menerangkan kebaikan pengambilan sayur.kenal pasti apakah sayur yang paling digemari dan kemudian perkenalkan jenis-jenis sayuran yang lain perlahan-lahan.jangan kecewa jika anak menolak.teruskan amalan menghidangkan sayuran sambil menggalakkan mereka makan.bagi anak yang sudah boleh memahami fakta,kaitkan keadaan kesihatan mereka dengan pentingnya pengambilan sayuran...misalnya anak sering sukar membuang air besar dan mengalami kesakitan.maka galakkan dia mengambil sayur untuk mengatasi masalah tersebut.

2. pelbagaikan cara hidangan dengan menghias pinggan makan mereka dengan pelbagai sayuran yang berbeza.anak-anak kecil mudah tertarik kerana ia menjadi seperti bermain sambil makan.



3. libatkan anak-anak semasa membeli dan menyediakan hidangan.semasa membeli biarkan anak memilih sayuran yang digemarinya.

4. jika berkebun, ajak anak-anak untuk menanam sendiri sayur-sayuran.
bila terlibat di peringkat awal,lebih mudah bagi anak-anak untuk menyukai sayuran.

5. sediakan pencicah untuk dimakan bersama sayuran.gunakan apa-apa sahaja pencicah yang digemari anak-anak.

6. campurkan sayur-sayuran dalam hidangan lain seperti nasi goreng,mi,mihun,bubur dan sebagainya.

7. mulakan semasa di awal usia iaitu semasa bayi.campurkan sayuran bersama nasi dan ikan/ayam dan dikisar bersama menjadi puri.ia lebih berkhasiat daripada memberikan makanan dalam tin kepada bayi.apabila sudah terbiasa dengan rasa dan bau sayuran,anak lebih mudah untuk menerima hidangan sayuran apabila dia semakin meningkat usia.

8. sayuran seperti karot juga boleh dicampur dengan buah-buahan untuk dijadikan jus atau smoothies.


alhamdulillah...saya tidak menghadapi masalah dengan angel kecil saya ini.semasa bayi saya telah mula berikan puri yang dibuat menggunakan nasi,lauk dan sayur-sayuran.hanya gunakan hidangan yang dimasak untuk ahli keluarga yang lain.campur dan blend...jimat masa kerana tak perlu masak hidangan yang berbeza.setiap kali membuat puri saya memastikan sayur yang dimasukkan adalah dalam jumlah yang banyak.
sekarang anak ini menerima apa saja jenis sayuran.

ini adalah semasa kami meronda di Kelantan (PCB)....timun yang ada dalam pinggan tu kebanyakannya dia yang makan.timun antara sayur kegemarannya....diratah sahaja.

berbeza dengan kakaknya yang sangat memilih.cuma bila semakin dewasa dan disuruh-suruh,sekarang ni si kakak dah mula makan kailan,karot dan bayam.dulu langsung tak makan sayur tapi buah tetap dimakannya.jadi ummienya tak risau sangat.

maka kesimpulannya...
mulakan dari awal
jadikan diri sendiri sebagai contoh
mempelbagaikan hidangan
tiada paksaan
penglibatan dalam penyediaan hidangan
......insyaAllah...anak-anak akan mula menggemari sayur-sayuran.


***gambar-gambar adalah dari internet 
(kecuali gambar angel kecik sayalah....hihi)



No comments: