Sunday 30 November 2014

TIPS ELAKKAN JERAWAT DI BAWAH KULIT

salam sejahtera....

Jerawat bukan sahaja berlaku di atas permukaan kulit dan dapat dilihat dengan jelas tetapi juga boleh terbentuk dengan saiz yang agak besar di bawah permukaan kulit.biasanya ia kelihatan seperti kemerahan dari bahagian luar.bila ditekan akan terasa seperti ada bengkak di bawah kulit dan agak sakit.

jerawat di bawah kulit


jerawat di bawah kulit ini tidak boleh dipicit kerana lapisan kulit yang melapisi permukaan atas menghalang pengaliran nanah dari keluar.jika dipicit juga ia hanya akan mencederakan tisu dan sel serta membuatkan saiz jerawat menjadi lebih besar.

antara rawatan yang biasa diberikan adalah krim antibiotik atau krim retinoids dan juga antibitik secara oral (makan).
namun adalah lebih baik jika jerawata di bawah kulit ini dapat dicegah daripada berlaku.


TIPS MENGELAKKAN JERAWAT DI BAWAH KULIT


1. pastikan kulit muka sentiasa dijaga dengan sempurna.gunakan pencuci yang sesuai dengan kulit muka dan jangan biarkan solekan berada di wajah terlalu lama.bersihkan semua solekan sebelum tidur agar kulit dapat bernafas dengan sempurna.

2. minum air dengan mencukupi kerana ia membantu sistem badan termasuk kelenjar dan sel-sel kulit berfungsi dengan sempurna.

3. elakkan tekanan/stress kerana ia akan mempengaruhi keadaan hormon di dalam badan.ketidakstabilan hormon adalah antara punca utama berlakunya jerawat.

4.  tidur yang mencukupi kerana semasa tidur sistem badan kita dapat berehat dan memulihkan kerosakan yang berlaku pada mana-mana sel tubuh.

5.  senaman secara berterusan akan meningkatkan pengaliran oksigen dan membantu membawa bekalan nutrien kepada sel-sel tubuh badan kita.

6. amalkan pemakanan yang sihat yang kurang berminyak serta mengandungi banyak serat serta vitamin untuk membatu memulihkan kesihatan kulit.

7.  amalkan pengambilan minyak ikan dan vitamin E kerana ke dua-duanya membantu mengurangkan proses keradangan serta membantu pembentukan semula sel yang sihat.



minyak ikan OMEGA GUARD Shaklee adalah minyak ikan tulen yang bersih dan selamat untuk diamalkan secara berterusan.
bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit tetapi juga untuk kesihatan seluruh badan anda.


Vitamin E juga bersifat antioksida di mana ia membantu menghalang pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh badan kita.di samping itu ia juga meningkatkan daya imuniti tubuh untuk mengelak daripada berlakunya jangkitan kuman.






gabungan omegaguard, vitamin E serta tambahan vitamin C Shaklee memberikan anda kulit yang bersih dari dalam.

dapatkan suplemen Shaklee yang dijamin bersih, selamat dan berkesan dari pengedar sah Shaklee.



UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA:
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751
FB (PM) iedaabdullah


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday 29 November 2014

SIBUK BUKAN ALASAN

Salam sejahtera...

Sejak kebelakangan ini kami suami isteri agak sibuk...terutama suami.walau kerja sendiri namun tuntutan masa untuk berada di luar agak padat berbanding biasa.maka kebetulan hari ini ada kelapangan,kami gunakan sepenuhnya untuk bersama sekeluarga.

Sibuk bukan alasan untuk mengabaikan anak-anak.tambahan pula cuti sekolah pastinya budak bosan jika hanya memerap di rumah.

Malam tadi kami bersama membawa mereka menerjah panggung untuk midnight movie...kenapa midnight?
Abahnya selesai kerja lewat dan dahvtak sempat untuk ke show lebih awal.saya juga bercuti hari ini maka midnight show pun boleh sajalah...
Cerita tentang movie malam tadi akan diupdate di blog personal saya.kisah "Lelaki Harapan Dunia".

Petang ini sekali lagi ke GSC kerana khabarnya ada event sempena movie "Penguin Of Madagascar"... katanya event dari 12 tgh hari hingga 9 malam.tetapi kami tiba sekitar 5.30pm semua event dah tamat rupanya.maka sekadar bawa anak dara berdua ni menonton movie tersebut yang ditayang dkm bentuk 3D.

Namun dikecik bambam tak suka pakai glasses 3D tu...dia enjoy the screen secara biasa saja.
Ummienya pula terlelap separuh jalan..hihi..maka faham-fahamlah saja.ceritanya menarik untuk kanak- kanak tapi bagi ummie ni biasa-biasa saja.lagipun dah mengantuk sebab malam tadi tidur lewat.

Asalkan anak-anak gembira...kami pun tumpang seronok...
Sekarang on the way ke tempat makan...maka balik rumah sekejap lagi semua dah settle.

Friday 28 November 2014

WAJARKAH ANAK REMAJA BEKERJA?

salam sejahtera...

sembang-sembang di penghujung minggu..

wajarkah anak-anak remaja bekerja di musim cuti sekolah?

ada yang setuju dan ada juga yang tidak setuju dengan penglibatan anak-anak di usia persekolahan ke dalam dunia pekerjaan.mungkin beranggapan anak-anak ini sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan menjadi tanggungjawab bapa untuk menyara keluarga.
ada benarnya.

namun dalam perkembangan sosial dunia remaja sekarang, saya memang tiada halangan bila anak ingin bekerja sementara @ part time.ia lebih baik daripada membiarkan mereka berkumpul dan berpeleseran tanpa arah tujuan.

pandangan saya, antara kebaikan yang diperolehi anak-anak ini bila bekerja adalah:

1. pengisian masa yang lebih baik
bekerja akan membuatkan masa luang mereka menjadi terhad.maka kuranglah ruang dan peluang untuk mereka membuang masa tanpa sebarang faedah.

2. pengalaman mengendalikan masa
bila bekerja mereka perlu bijak mengatur masa antara kewajipan dengan majikan dan masa senggang bersama sahabat.mereka juga mula membentuk disiplin diri dalam menghargai waktu.

3. belajar mengendalikan wang
apabila bekerja anak-anak akan lebih menghargai wang hasil usaha mereka sendiri berbanding wang saku yang diberikan ibubapa.mereka lebih berfikir tentang cara menggunakan wang tersebut dengan berhemah tanpa pembaziran.

4. mengelak dari terjebak dalam gejala tidak sihat
dengan menumpukan masa kepada pekerjaan, anak-anak kurang terdedah dengan gejala sosial yang tidak sihat.walau bagaimanapun pemantauan ibubapa sangat penting kerana di saat bekerja mereka juga bebas untuk bertemu bermacam jenis manusia.
ambil tahu waktu anak-anak mula dan habis bekerja setiap hari.pastikan mereka keluar dan pulang bersesuaian dengan masa bekerja.sentiasa pantau tempat kerja mereka dan pastikan ibubapa mengetahui seandainya anak-anak bertukar tempat kerja.adalah lebih baik jika ibubapa mengenali majikan anak-anak untuk tujuan ini.

5. menimba pengalaman
jika kita lihat dalam sektor pekerjaan,rata-rata majikan mencari calon pekerja yang berpengalaman.maka sebaiknya anak-anak remaja menggunakan waktu cuti sekolah atau waktu menunggu keputusan peperiksaan SPM untuk menimba pengalaman dunia pekerjaan. kebolehan berinteraksi dengan orang lain/pelanggan hanya boleh diperolehi melalui pengalaman kerja.ia tidak dapat diajar dalam silibus sekolah.maka biarlah anak-anak ini mendapat ilmu baru mereka secara tidak formal.
bukan sahaja berinteraksi dengan pelanggan tetapi juga interaksi sesama pekerja dan majikan.


6. menerapkan sifat amanah
bila anak-anak bekerja,sedikit sebanyak mereka terdedah dengan kewangan majikan.apabila diterapkan dengan nilai dan sikap menjaga perniagaan majikan maka mereka secara tidak langsung terdidik dengan sikap amanah.menjaga kewangan dan harta benda majikan dan memastikan rezeki yang mereka perolehi adalah halal.

7. membina keyakinan diri
hari pertama bekerja....apa perasaan kita?pastinya gugup terutama jika perlu berdepan dengan pelanggan yang pelbagai kerenah.namun lama kelamaan perasaan gugp hilang dan kita menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan pelanggan.inilah juga yang terbentuk dalam diri anak-anak bila mereka mula bekerja.tidak salah jika mereka bermula lebih awal.



saya tidak mahu melihat kepada keburukan anak-anak remaja ini bekerja kerana jika kita melihat kepada perkara negatif maka yang negatif juga yang akan kita perolehi.



bujang taruna kami baru menghabiskan SPMnya minggu ini dan mula bekerja sebagai pembantu di kedai makan sementara menantikan peluang yang lebih baik.malah sewaktu cuti hujung tahun di tingkatan 4 juga dia telah bekerja.saya melihat dia bertanggungjawab dalam kerjanya.di rumah memang banyak yang dilepaskan kepada kita namun bila bekerja dia keluar dan pulang mengikut masanya.tidak ponteng walaupun kerjanya agak memenatkan.yang paling penting pada saya,
dia tidak kebosanan di rumah dan tidak berpeleseran tanpa tujuan.

sebagai ibubapa kita pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak dalam semua aspek kehidupan.zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan selepas alam persekolahan adalah cabaran untuk kita.moga anak-anak kita semua berjaya dunia dan akhirat.



Thursday 27 November 2014

CARA MENGIRA BERAT BADAN IDEAL....WAIST HIP RATIO

salam sejahtera...
sambungan dari entry sebelum ini...

bagaimana mengira berat badan ideal.

satu lagi cara untuk mengira berat badan ideal adalah melalui waist hip ratio.kaedah ini lebih sesuai untuk menganalisa risiko terhadap penyakit berkaitan obesiti kerana ukur lilit abdomen yang tinggi meningkatkan risiko penyakit berkaitan.


APAKAH WAIST-HIP RATIO


waist-hip ratio adalah ukuran yang dikira daripada ukurlilit perut/abdomen dan dibahagikan dengan ukurlilit pinggul.





bagi lelaki...
ukuran melebihi 0.95 memberikan risiko yang tinggi manakala bagi wanita pula adalah melebihi 0.85

penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti adalah seperti serangan sakit jantung, kencing manis (jenis 2) serta tekanan darah tinggi.jika berada dalam julat melebihi normal, maka risiko seseorang untuk mendapat penyakit-penyakit tersebut adalah lebih tinggi.
penggunaan waist-hip ratio adalah lebih tepat berbanding BMI kerana pengumpulan lemak yang tinggi di bahagian abdomen adalah lebih meningkatkan risiko.

kesuburan
seseorang yang memiliki waist-hip ratio yang lebih rendah juga didapati lebih subur (lelaki dan perempuan).

keupayaan kognitif
keupayaan kognitif kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang memiliki waist-hip ratio yang rendah didapati lebih baik daripada ibu yang memiliki ratio yang tinggi (berlebihan lemak di bahagian abdomen).




elakkan lemak daripada berkumpul di bahagian abdomen kita.
sentiasa awasi pemakanan dan lakukan senaman secara berkala.

dapatkan bantuan suplemen yang berkualiti dan selamat untuk membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak dengan selamat.

produk Shaklee terbukti boleh membantu menurunkan berat badan..
hubungi saya untuk mendapat penerangan lanjut.

konsultasi terbaik hanya untuk pelanggan kami di NADASIHAT.


antara yang berpuas hati dengan produk Shaklee











UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 




 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 26 November 2014

KURANG....LEBIH...ATAU IDEAL? BAGAIMANA NAK KIRA BMI?

salam sejahtera...

telah berdiet...
telah senaman...
telah ambil suplemen...
berat badan pun dah berkurangan.

bagaimana nak tahu berat badan mencapai berat ideal?


cara yang paling kerap digunakan untuk mengukur atau mengetahui sama ada kita mempunyai berat badan yang ideal adalah dengan mengira Body Mass Index/ Indeks Jisim Badan (BMI).

BAGAIMANA MENGIRA BMI?


BMI adalah satu angka yang dikira dengan menggunakan berat badan dan ketinggian.

Formula:
berat dalam kg dibahagikan dengan tinggi kali tinggi dalam meter

berat (kg) / tinggi x tinggi (m)

contoh:
berat 55 kg
tinggi 152 cm

BMI = 55/1.52x1.52 = 55/2.31 = 23.8

maka individu ini mempunyai berat badan yang ideal mengikut panduan seperti jadual di bawah.


pengiraan BMI adalah berkait rapat dengan jumlah lemak dalam badan.Namun begitu faktor-faktor berikut mempengaruhi intepretasi BMI :
1. jantina
2. umur
3. aktiviti fizikal

didapati bahawa
1. pada BMI yang sama, wanita mempunyai lebih lemak berbanding lelaki

2. pada BMI yang sama, orang yang lebih berusia memiliki lebih lemak berbanding golongan lebih muda

3. atlit walaupun kelihatan kurus,mempunyai BMI yang lebih tinggi kerana mempunyai lebih otot berbanding lemak (otot lebih berat daripada lemak)




pastikan berat badan berada dalam lingkungan berat ideal untuk kesihatan berpanjangan.





PERUT BUNCIT LEBIH BERISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT 
BERKAITAN OBESITI
***APAKAH WAIST HIP RATIO YANG IDEAL?
***BAGAIMANA MENGIRA WAIST HIP RATIO?
dalam entry selepas ini.



BY:
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751
FB (PM) iedaabdullah

Tuesday 25 November 2014

KENAPA JAMBU BAIK UNTUK KESIHATAN?

salam sejahtera...

petang tadi kemas-kemas peti sejuk kat ofis ni terjumpa sebiji jambu batu...dah berapa minggu tersadai dalam tu...terlupa nak makan.
maka alang-alang dah terjumpa, jadilah ia santapan petang saya hari ni.jambu ni suami beli di R&R Semanggol masa balik dari KL beberapa minggu lepas.anak-anak tak makan, maka ummie habiskan sorang selepas bagi 2 biji kepada mak mertua.


makan sebiji jambu dah terasa kenyangnya.
alhamdulillah.
jambu mengandungi serat yang tinggi. sebab itulah ia mampu mengenyangkan dengan cepat.kandungan serat juga baik untuk membersihkan usus kita.

khasiat jambu batu 

1.mengandungi vitamin A, C, potasium dan zat besi yang tinggi

2.jambu biji merah mengandungi lycopene iaitu sejenis antioksida yang membantu mengurangkan radikal bebas yang merosakkan sel badan.

3.kandungan serat yang tinggi turut membantu dalam proses menurunkan berat badan dan paras kolesterol dalam darah

4.potasium membantu menurunkan tekanan darah dan melindungi kesihatan jantung

5.vitamin C membantu meningkatkan tahap imuniti badan melawan penyakit terutamanya serangan virus serta membantu menghasilkan kulit yang cantik.vitamin C juga membantu memelihara kesihatan gusi.

6.zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah untuk mencegah berlakunya anaemia.


apabila mengambil buah-buahan adalah lebih baik diambil secara segar berbanding yang dijerukkan.kandungan vitamin C dalam buah-buahan segar adalah lebih tinggi. 


antara jambu batu berbiji putih dengan berbiji merah,saya lebih suka yang merah tetapi agak susah nak jumpa.
****kena cari benih tanam sendiri kot.....




Monday 24 November 2014

PENGANTIN PENGSAN DI PELAMIN GARA-GARA BERDIET....DAPATKAN CARA MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT

salam sejahtera

"PENGANTIN PENGSAN DI MAJLIS PERKAHWINAN"
"PENGANTIN DEMAM DI HARI BAHAGIA"
........bukannya impian setiap pengantin........


menjadi impian setiap pasangan pengantin terutamanya pengantin perempuan untuk kelihatan cantik jelita pada hari akad nikah dan persandingan.menjadi tumpuan orang bukannya satu perkara mudah.pastinya inginkan kesempurnaan.
namun alangkah sedihnya andai pada hari yang dinanti-nantikan itu, pengantin perempuan lesu dan tidak bermaya semata-mata penat berdiet untuk menurunkan berat badan.
dalam usaha mengejar bentuk badan yang menarik ramai yang terburu-buru mengurangkan pengambilan makanan tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi.
elakkan menurunkan berat badan secara teruru-buru tanpa panduan.untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan tanpa menjejaskan kesihatan,kita perlu melakukan dengan berdisiplin dan berilmu.

untuk menurunkan berat badan dengan sihat,kita perlu lebih fokus kepada menurunkan jumlah lemak di dalam badan kerana kandungan lemak yang berlebihan inilah sebenarnya yang membuatkan bentuk badan kelihatan tidak menarik dan juga mendatangkan masalah kesihatan.

jika berdiet dengan mengabaikan pengambilan makanan kita sebenarnya turut mengurangkan jisim otot.berat akan turun dengan cepat namun akhirnya badan menjadi lesu dan tidak bermaya.


BAGAIMANA MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT?


1. pastikan mengambil makanan mengikut waktunya
ambil sarapan anda.ramai mengelak sarapan dalam amalan diet sedangkan sarapan itu sangat penting untuk membekalkan tenaga kepada kita sepanjang hari.sarapan juga dalah seperti suis kepada sistem metabolisma untuk memulakan kerja.metabolisma yang tinggi akan membakar kalori dengan lebih banyak dan berkesan.ini adalah penting dalam usaha mengurangkan berat badan.

bila tiba waktu makan seterusnya,jangan biarkan perut terus kosong.ini akan membuatkan kita terasa lebih lapar apabila tiba waktu makan yang sterusnya dan mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan.ia menjadi lebih parah apabila makanan berlebihan ini diambil pada waktu malam di saat badan mula berehat dan kadar pembakaran kalori lebih rendah.


2. pilih makanan yang sesuai
elakkan makanan yang mengandungi bahan berikut secara berlebihan:
* lemak
* minyak
* gula
* karbohidrat

lebihkan pengambilan serat dan air melalui sayur-sayuran dan buah-buahan. jadikan buah-buahan sebagai snek menggantikan makanan proses yang mengandungi garam dan kalori yang tinggi.


3. senaman secara teratur
senaman walaupun dilakukan secara ringan tetapi berterusan adalah lebih baik daripada yang dilakukan bersungguh-sungguh tapi hanya sementara.tidak semestinya perlu berada di gimnasium, di rumah sendiri pun boleh bersenam.mulakan waktu pagi dengan senaman regangan dan kemudian pilihlah waktu-waktu bersesuaian untuk melakukan senaman ringan yang lain.
jika memiliki alat bantuan senaman, gunakan secara teratur.
gunakan hujung minggu untuk beriadah dan bersenam bersama ahli keluarga.antara senaman yang membakar kalori dalam jumlah yang banyak adalah berenang.namun jika tidak pandai berenang,lakukanlah aktiviti lain seperti berjalan, jogging, berbasikal dan sebagainya.

mengawal pemakanan dan senaman secara teratur adalah cara kita mengawal keluar masuk kalori ke dalam tubuh.kalori yang masuk secara berlebihan akan menambahkan berat badan.

senaman yang boleh dilakukan di rumah


SUPLEMEN SHAKLEE YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT


konsep menurunkan berat badan yang sempurna
1. bakar lemak
2. buang lemak
3. bina otot

suplemen Shaklee yang terlibat dalam proses-proses ini adalah:
1. bakar lemak
Omega Guard
Lecithin

2. buang lemak (detoks) dan bahan sisa yang tidak dikehendaki oleh badan
Herblax (membersihkan usus)
Alfalfa (membersihkan keseluruhan sistem badan)

3. Bina otot
Essential Soy Protein (ESP)


satu lagi produk yang baik untuk membantu mendapatkan berat badan yang ideal adalah Cinch Energy Tea Mix
- mengandungi teh hijau, putih dan merah
- meningkatkan metabolisma tubuh
- mengawal selera makan
- menambahkan tenaga

Cinch Tea dan ESP membantu kestabilan paras gula dalam darah seterusnya dapat mengawal diri dari rasa lapar.


jika anda memerlukan set menguruskan berat badan yang asas(basic) bolehlah memilih daripada gabungan seperti berikut:

set 1
omega guard + alfalfa + esp

set 2
omega guard + lecithin + alfalfa

set 3
omegaguard + esp + herblax

set 4
lecithin + herblax + cinch tea

set 5
omegaguard + herblax + cinch tea



mana-mana gabungan boleh memberikan kesan yang baik dan sempurna dengan syarat kita berdisiplin dengan pengambilan suplemen,mematuhi diet harian yang seimbang dan mengamalkan senaman berterusan.

tanpa meninggalkan mana-mana waktu makan (tanpa skipped meal) kita masih boleh mendapatkan berat badan yang diinginkan dan yang lebih penting sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan cergas.




***BAGAIMANA MENGETAHUI PRODUK YANG KITA AMBIL BERKESAN?
***BAGAIMANA MENGIRA BERAT BADAN YANG IDEAL?

nantikan entry seterusnya.
 







UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 

 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday 23 November 2014

SEGALANYA ISTIMEWA TENTANG ANAK ISTIMEWA

salam sejahtera...

apabila ada anak istimewa...segala tentang dia adalah istimewa....

petang semalam masa saya tengah buat entry blog, si budak kecik bambam turut menyibukkan diri.menempel nak kacau ummie.
dia sibuk nak guna laptop juga...nak taip.
bila ummie tak bagi dia minta kertas dan pensil...nak lukis.

bab tu boleh la...tak ada masalah.
bagi dia sekeping kertas A4...dia ambil pensil abahnya....kemudian mula melukis.

siap melukis terus tunjuk kat ummie...
"ummie...ni...passs..."
ummie pun tengoklah...
biasanya dia buat bentuk bulat lonjong ja penuh kertas...mulut sebut A,B,C,enam,tujuh...tapi semua bentuk sama ja...hehe
tapi semalam lain jadinya...ada bentuk ni....

lipas....tapi terlebih kaki...

wallaaaa......!!!....
ummie suka sangat.
tak diajar pun...dari pemerhatian sendiri saja.

kemudian lukis ni pula...
muka katanya...
"ukaaa....ijammm...adong...mulut...."
(muka...mata...hidung...mulut)


pandai anak ummie ni...



pada orang lain tak tahulah...tapi pada saya......membanggakan....
self learning.
(dia banyak belajar hanya dengan memerhati)

apakah ini kesan daripada pengambilan Omega Guard Shaklee?
tidak mustahil...

minyak ikan tulen dalam omega guard membantu anak-anak untuk lebih menumpukan perhatian dalam pembelajaran dan meningkatkan kebolehan daya fikir mereka

ada beberapa botol suplemen Shaklee dalam bilik saya...
ummie dan abah punya...tapi bila pegang botol Omega dia akan kata itu dia punya...
semalam pun dia ambil sendiri ja dan terus makan (gigit)...
....bahaya ni...kena sorok sikit....kot nanti terlebih dos.



***selain pemakanan....positive remarks yang selalu kita bagi pada mereka turut membantu meningkatkan keyakinan dan kreativiti anak-anak.


ALHAMDULILLAH DENGAN ANUGERAH DARI ALLAH INI....






Saturday 22 November 2014

PERCUTIAN TERGANGGU DEK SAKIT PERUT

salam sejahtera.

selamat berhujung minggu.
masing-masing mula merangka perjalanan percutian nampaknya.sekali sekala bawa ahli keluarga bercuti memang seronok.bercuti dalam erti kata sebenarnya iaitu melupakan buat seketika tanggungjawab kerja harian kita.
bercuti dan berehat dari kerja adalah umpama proses megecas semula tenaga dan mood kepada tubuh dan minda kita agar lebih cemerlang dalam pekerjaan.

dalam masa bercuti pastinya kita menitik beratkan tentang kesihatan.paling perlu dielakkan adalah serangan cirit birit.ia boleh berpunca daripada keracunan makanan atau minuman yang tercemar.anak-anak lebih mudah terkena jangkitan terutamanya yang masih kecil.

Get Clean Water Shaklee memberikan pilihan kepada kita untuk memiliki air yang bersih dan selamat sepanjang masa.


Set Get Clean Water Shaklee

Set Get Clean Water mengandungi komponen berikut;
1. Water Pitcher
2. Refillable filter housing
3. Filter

Sistem Get Clean Water mendapat sijil pengesahan dari Water Quality Association (WQA) yang mengesahkan ia dapat menapis keluar sehingga 99% plumbum dari air.


Perbezaan ketara penuras/filter Get Clean Water ialah ia menggunakan serbuk halus karbon yang dimampatkan membentuk blok berbanding penuras lain yang kebanyakannya menggunakan granule karbon.
penggunaan blok karbon memberikan nisbah permukaan penurasan yang lebih luas lalu menjadikan jumlah air yang boleh dituras adalah lebih banyak.satu blok filter karbon get clean water dapat menuras sehingga 80 gelen air.
blok karbon juga mempunyai pori-pori penuras yang jauh lebih halus dan ini menjadikan hasil turasan lebih berkualiti.

Get Clean Water Shaklee disahkan dapat menghilangkan bahan-bahan berikut;
1. plumbum
2. merkuri
3. cadmium
4. klorin
5. volatile organic compound seperti bahan pelarut,benzene dan racun serangga yang mencemari air.


keunikan Get Clean Water Shaklee adalah pada saiznya yang kecil.mudah dibawa ke mana sahaja.maka andai kita dalam percutian,boleh saja bawa set ini bersama dan tak perlu risau lagi tentang bekalan air minuman yang bersih dan selamat.tambahan pula dengan kapasiti penurasan yang tinggi menjadikan ia sebagai sumber air bersih yang juga murah dan menjimatkan.


Jadi....tak perlu tunggu lagi.boleh sahaja buat belian set Get Clean Water Shaklee ini sekarang.dengan harga runcit RM460 anda mendapat satu pitcher (jug), housing kit dan 3 filter...sangat menjimatkan.



nak lebih berbaloi lagi?
boleh DAFTAR SEBAGAI AHLI dan dapatkan harga ahli yang lebih murah.



selamat bercuti..
moga cuti anda lebih bermakna dengan adanya Set Get Clean Water Shaklee.








UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 



 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday 21 November 2014

KECIL TAPI MENYEKSAKAN JIWA RAGA

salam sejahtera...

pantai timur dilanda banjir....sebelah sini bermula cuaca panas hampir sepanjang hari...tapi selesa sebab angin kuat.orang Kedah panggil 'angin timoq'.

APA YANG KECIL TAPI MENYEKSAKAN JIWA RAGA?

viruslah...
sempena musim berangin ni banyaklah virus berterbangan...mudah pula menyinggah kat perumah baru.
ada yang mula mengintai dan sikit-sikit dah menyinggah di badan ni.malam tadi sakit tekak tapi lepas masuk kerja pagi tadi tekak elok dengan sendiri.masuk ke petang kepala ting tong sikit.macam nak selsema tapi tak bersungguh pun.gatal hidung dan gatal tekak.

saya adalah spesies yang tak boleh makan ubat selsema.bagilah jenis apa pun.bila makan memang lega selsema untuk hari tu tapi esoknya hidung tersumbat,kahak jadi banyak dan pekat...tambah pula dengan berat kepala....sangat tak selesa.jadi memang saya elakkan ubat selsema.

TIPS MUDAH KAWAL DEMAM SELSEMA

amalan saya bila selsema 
atau nak selsema atau nak demam

* lebihkan minum air kosong
* mandi lebih kerap dan basahkan kepala
* mandi awal pagi dengan air sejuk (air paiplah...tak yah letak ais..hihi)
* tidur...yang ni penting sebab nak badan kita berehat daripada aktiviti supaya boleh tumpukan kepada melawan virus tersebut.



suplemen macam vitamin C boleh diteruskan macam biasa.kalau dah kena selsema baru nak pulun vitamin C memang tak berapa nak menjadi...bolehlah bantu juga tapi tak 100%...lebih baik ambil secara berterusan supaya kalau terkena selsema pun ia akan cepat dan mudah sembuh.

petang ni saya top up dengan Cinch Energy Tea Mix + daun pudina yang lebih dari bancuhan hari Rabu baru ni....last sachet....memang berjimatlah.
mujur jugak simpan separuh.
lepas minum teh tu kepala rasa lebih 'ringan'....baru datang mood nak buat kerja.
gatal tekak dan hidung pun hilang....
cepat la pula...alhamdulillah.

cinch tea


sekarang dalam bilik beraircond tapi berpeluh...bukan aircond rosak yerr...hahaha....kesan dari cinch tea ni.


jadi...bagi sesiap yang nak tingkatkan ketahanan badan melawan virus bolehlah juga ambil Cinch Tea Shaklee ni....
sekarang tak ada stok...so takyah la nak klik2 order...
masukkan dalam list barang perlu dibeli dulu...
nanti dak ada stok boleh contact saya...

macam mana nak tau ada stok?
kita akan update di blog dan FB...





UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT 
HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday 20 November 2014

MULUT SUAMI BERBAU.....ISTERI MULA MENJAUH

salam sejahtera.

***
jika suatu hari anak anda yang masih di bawah umur mula merokok, bagaimana anda hendak menegurnya?
kerana dia berkemungkinan besar akan menjawab teguran anda dengan ayat "AYAH PUN HISAP ROKOK"...

mulakan usaha ke arah bebas rokok dari sekarang.





masa belajar...bila merokok dengan kawan-kawan dirasakan diri hebat sekali...
bila dah bekerja...rokok menjadi penghilang stress
dah kahwin....isteri mula merungut tak tahan bau asap dan harga rokok makin meningkat
bila ada anak....anak mudah kena selsema dan batuk...adakala meleret sehingga lelah.anak pun tak rapat dengan ayah sebab bau asap rokok...

ayah mula terfikir untuk berhenti merokok....
sudah lama nak berhenti tapi tak bersungguh-sungguh...
demi ahli keluarga...kini ayah bertekad untuk berhenti merokok.

sukarkah untuk berhenti merokok?
semuanya bergantung kepada individu itu sendiri.
"hendak seribu daya..."

di bawah ini antara tips untuk berhenti merokok yang mudah dan berkesan untuk dipraktikkan.



TIPS UNTUK BERHENTI MEROKOK

1. hebahkan
apabila membuat keputusan untuk berhenti merokok sebaiknya hebahkan kepada orang-orang yang hampir dengan kita, contohnya ahli keluarga atau teman rapat.apabila dihebahkan, kita akan menjadi lebih tekad untuk melakukan sesuatu kerana ia seolah-olah satu perjanjian.

2. tetapkan masa
tetapkan dengan jelas masa yang akan diambil untuk bebas sepenuhnya dari merokok misalnya dua minggu.jangan amalkan "aku akan brhenti merokok tahun ini"....tiada jangka waktu yang tetap akan membuatkan kita menangguhkan tindakan.

3. kenalpasti punca
cuba untuk mengenal pasti punca atau pencetus kepada keinginan untuk merokok contohnya merokok apabila duduk bersama kalangan yang merokok, stress, tidur lewat dan sebagainya.
apabila telah dikenal pasti, cuba elakkan untuk berada di dalam situasi tersebut.
elakkan berkumpul bersama kawan-kawan yang merokok,cuba atur jadual harian supaya tidak berhadapan dengan stress/tekanan dan tidur lebih awal.

4. ubah tabiat
jika anda menjadikan merokok sebagai tabiat selepas makan, ubahlah tabiat tersebut dengan aktiviti lebih berfaedah seperti meluangkan masa bersama anak-anak atau gantikan merokok dengan mengambil gula-gula.

5. zon larangan merokok
jadikan kawasan rumah sebagai zon larangan merokok.begitu juga di dalam kereta. disiplinkan diri untuk mematuhi larangan yang kita tetapkan sendiri itu.
jika berada di luar,luangkan lebih banyak masa di kawasan yang tidak dibenarkan merokok.bila keluar minum bersama kawan-kawan, pilih kedai yang mempunyai kawasan tidak merokok dan gunalah kawasan tersebut untuk berbual.

6. elakkan "satu batang rokok sahaja"
elakkan daripada terjebak dengan situasi ini.hanya dengan satu batang rokok ini akan menggagalkan anda dari mencapai matlamat berhenti merokok.

7. hadiah
apabila mencapai sesuatu tahap misalnya tidak merokok untuk seminggu, hadiahkan diri sendiri dengan apa sahaja yag dirasakan sesuai misalnya bercuti ke tempat tertentu atau membeli barang yang dihajati.ia menjadi lebih mudah jika bentuk hadiah ini telah ditetapkan di peringkat permulaan iaitu semasa membuat keputusan untuk berhenti merokok.

8. sabar, yakin dan positif
memang tidak mudah untuk menghilangkan tabiat atau ketagihan ini.sabar dengan kesan sampingan yang dialami seperti pening,resah, batuk dan sebagainya kerana ia bersifat sementara.bersabar juga menghadapi gangguan orang keliling yang berusaha untuk menggagalkan misi kita.jadikan gangguan itu sebagai cabaran.
tanamkan sifat positif dalam diri kita "orang itu boleh berhenti..aku juga boleh"...
sematkan di dalam fikiran bahawa merokok itu tidak mendatangkan apa-apa faedah untuk kesihatan kita malah memudaratkan lagi.bukan sahaja diri sendiri tetapi kesihatan orang-orang yang hampir dengan kita terutamanya anak-anak kecil juga terganggu.




yang paling utama adalah NIAT....
apabila kita meletakkan niat untuk melakukan sesuatu demi kebaikan semua orang maka sedaya upaya kita berusaha untuk melakukannya.
jangan lupa sentiasa berdoa memohon kekuatan daripadaNya.



saya melihat ramai perokok tegar yang berjaya berhenti merokok tanpa menggunakan sebarang terapi atau alat gantian rokok.mereka bermula dengan satu punca/push factor kemudian berusaha menjayakan niat mereka itu dan kekal tidak merokok.


SELAMAT BERUSAHA

UDARA BERSIH TANPA PENCEMARAN ASAP ROKOK