Monday 10 November 2014

BUKAN SEMUA YANG PUTIH ITU BERSIH

salam sejahtera...

menghampiri penghujung tahun...menghampiri cuti sekolah yang panjang dan bermakna memasuki musim kenduri kahwin.
penghujung tahun cuaca biasanya tidak menentu.dengan majlis kenduri yang banyak,risiko untuk mendapat keracunan makanan adalah tinggi.
keracunan makanan tidak semestinya disebabkan oleh makanan basi atau rosak.Ia juga boleh disebabkan oleh lalat.




pernah nampak telur lalat pada makanan?

saya selalu terjumpa (nampak sangat selalu beli makanan luar...hihi) terutamanya pada lauk-lauk yang siap di masak.
sebelum menyenduk lauk,perhatikan betul-betul keadaan lauk tersebut.telur lalat kelihatan seperti tompokan kecil pada permukaan lauk.ia berwarna putih.kadang kala hanya satu tompokan namun boleh menjadi beberapa tompokan jika terdapat banyak lalat.

lalat yang sering bertelur di atas lauk yang terdedah adalah lalat yang agak besar dan berwarna kehijauan.lalat ini terbang dengan agak perlahan berbanding satu jenis lagi lalat yang sering ditemui menghurung makanan yang mana ia lebih kecil,berwarna hitam dan terbang dengan pantas.jika ternampak lalat yang besar itu,perlulah lebih berhati-hati.


telur lalat


bila termakan telur lalat,kita akan mengalami cirit birit kerana kita sebenarnya turut menelan sekumpulan kuman yang mengganggu kestabilan usus kita.

apa yang perlu dilakukan jika ternampak tompokan telur tersebut?
jika ternampak di kedai,sila maklumkan kepada penjual agar dapat mengelakkan orang lain daripada termakan telur tersebut.adalah lebih baik jika makanan/hidangan itu dibuang kerana berkemungkinan terdapat lebih banyak telur yang tidak kelihatan.

biasanya keracunan makanan yang berpunca dari pencemaran oleh lalat ini tidak melibatkan ramai orang sepertimana keracunan akibat makanan basi atau rosak.


berhati-hati jika makan di luar ataupun makanan di rumah berada dalam keadaan tidak bertutup rapi.ajarkan kepada anak-anak untuk mengenali rupa telur lalat supaya mereka dapat mengelakkan makanan tercemar dan mengelakkan keracunan makanan.



NOTES:
**pilih kedai makan yang bersih dan pekerjanya juga kelihatan kemas dan bersih

**sentiasa tutup makanan dengan sempurna




**gambar adalah dari google




No comments: