Monday 22 December 2014

BIBIR BERDARAH BILA TERSENYUM....8 TIPS ELAKKAN BIBIR KERING DAN MEREKAH

salam sejahtera...

"bibir merah bak delima merkah"
ungkapan orag lama yang menggambarkan antara ciri kecantikan seorang gadis.

bibir mulut, antara anggota badan yang besar fungsinya kepada kita.namun tidak ramai yang betul-betul mengambil berat tentang kesihatan ibir mulut berbanding jumlah yang memberi perhatian terhadap kecantikannya.majoriti wanita remaja dan dewasa menggunakan gincu bibir untuk kelihatan lebih menyerlah.

namun berapa ramai antara kita yang tahu bagaimana untuk menjaga bibir mulut agar tidak kering dan merekah?bibir yang kering dan merekah amat menyeksakan.susah untuk makan dan bercakap malah untuk tersenyum juga mampu mendatangkan keperitan.


bagaimana menjaga bibir mulut agar sentiasa lembap dan sihat?bibir mulut mempunyai kulit yang nipis, tiada liang roma dan kelenjar yang boleh memberikan kelembapan semulajadi seperti kawasan kulit yang lain.maka semestinya ia perlu diberi perhatian yang teliti.

8 TIPS ELAKKAN BIBIR KERING DAN MEREKAH


1. elakkan cuaca yang terlalu kering dan panas.
jika berada di negara beriklim sejuk yang udaranya kering pastikan menggunakan attire atau pakaian yang turut menutup bibir mulut daripada terdedah kepada angin kering tersebut.
di bawah sinar matahari pula pastikan menggunakan pelembap bibir yang mempunyai pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF15.bibir mulut tidak mempunyai sel melanin yang memberi perlindungan terhadap cahaya secara semulajadi.



2. gunakan pelembap bibir yang sesuai
ada pelembap bibir yang mengandungi phenols dan minyak pepermint yang membolehkah kulit merekah dikeluarkan dengan cepat.namun ia sebenarnya tidak membantu pemulihan sebaliknya menjadikan bibir semakin kering dan merekah.
berhenti gunakan pelembap yang memberikan kesan seperti itu dengan segera.
guna pelembap berasaskan minyak dan yang mengandungi bahan seperti petrolatum,shea butter, cocoa butter, beeswax, minyak almond atau jojoba.pastikan pelembap bibir juga mengandungi pelindung matahari.



3. berhenti amalan menjilat bibir mulut
ia seperti melembapkan bibir tetapi sebenarnya menjadikan bibir semakin cepat kering kerana air liur yang melekat pada bibir mulut cepat terpeluwap ke udara dan menarik bersama kelembapan pada bibir mulut.semakin kerap menjilat bibir mulut, ia akan semakin cepat kering dan merekah.
enzim yang terdapat dalam air liur juga mampu merosakkan kesihatan bibir mulut.


4.  elakkan bahan kimia yang mendatangkan alahan 
bahan-bahan kimia ini boleh didapati di dalam gincu bibir atau pelembap bibir, contohnya phenyl salicylate dan propyl gallate.
bahan kimia seperti sodium lauryl sulphate di dalam ubat gigi, pencuci muka dan syampu juga boleh mendatangkan alahan kepada bibir mulut bila tersentuh.


5.  elakkan bernafas melalui mulut
ia bukan sahaja menjadikan bibir mulut kering dan merekah malah boleh menyebabkan nafas berbau, kekeringan di dalam mulut serta nafas terhenti semasa tidur (sleep apnoea).


6.  keluarkan sel mati pada bibir mulut secara berkala
ia boleh dilakukan dengan menggunakan kain lembap yang digosok pada bibir mulut.berus gigi juga boleh digunakan.
selain itu pelembap bibir yang mengandungi phenols turut membantu mengeluarkan sel-sel mati dengan mudah.
pelembap yang mengandungi AHA bukan sahaja mengeluarkan sel mati malah membantu mengembalikan kelembapan kulit.


7.  minum air yang mencukupi mengikut keperluan badan masing-masing untuk memastikan kelembapan sel tubuh berada dalam keadaan sempurna.minum antara 2.5 liter ke 3 liter sehari.


8.  pemakanan seimbang
makanan yang mengandungi sumber vitamin B terutamanya niacin dan riboflavin adalah sangat baik untuk memastikan kulit sentiasa lembap.ia boleh didapati daripada sayuran hijau. jika merasakan tidak mampu mendapat sumber vitamin daripada sayuran dengan mencukupi bolehlah mengambil suplemen untuk menampung keperluan.B complex atau multivitamin boleh membantu keperluan vitamin kita.



mudah sahaja untuk menjaga kesihatan bibir mulut kan?
pastikan ia sentiasa dalam keadaan sihat dengan mengamalkan tips-tips di atas.



jika anda memerlukan suplemen B Complex bolehlah hubungi saya seperti di bawah.hanya sebiji sehari, B Complex Shaklee mampu membantu anda mendapatkan bibir mulut yang sihat dan menawan.
tanpa bahan kimia...terjamin berkesan dan selamat.

bukan hanya untuk melembapkan kulit,
vitamin B Complex Shaklee mempunyai banyak manfaat lain untuk kita...









UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT 
HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments: