Monday 27 January 2014

RAHSIA VITAMIN C SHAKLEE

i.   ada orang suka makan sayur tapi tak suka makan buah
ii.  ada orang suka makan buah tapi tak suka makan sayur
iii. ada orang tak suka makan buah dan tak suka makan sayur


anda berada di golongan mana?

ramai kanak-kanak berada di kelompok ke 3....berdasarkan pengalaman kerja saya.yang dewasa juga tidak terkecuali (habit....dari kecil bawa ke alam dewasa).tak perlu saya tengok jauh-jauh.anak perempuan saya juga tidak suka sayur.cuma dia agak beruntung sedikit sebab suka makan buah-buahan.
kenapa buah-buahan dan sayur-sayuran penting?
selain daripada membekalkan fiber/serat,kumpulan makanan ini adalah penyumbang besar kepada sumber vitamin C yang diperlukan oleh badan kita.


antara sumber vitamin C
buah-buahan:
*buah-buahan sitrus seperti oren 
*anggur
*kiwi
*mangga
*betik
*nenas
*strawberi,blueberi,kranberi dan rasberi
*tembikai

sayur-sayuran:
*brokoli,bunga kobis
*sayur berdaun hijau seperti bayam,kobis
*cili hijau & merah
*kentang
*tomato


selain daripada itu terdapat juga makanan bijirin yang diperkaya dengan vitamin C.

Vitamin C ialah sejenis vitamin larut air.jumlah vitamin yang berlebihan akan keluar dari badan melalui air kencing dengan mudah.oleh itu pengambilan vitamin C perlu dilakukan secara berterusan untuk mendapat manfaatnya.
Vitamin C berfungsi dalam proses pembentukan dan pembaikan sel-sel atau tisu-tisu dalam badan.
Ia terlibat dalam membentuk protein yang digunakan untuk membuat kulit,tendon,ligament dan salur darah.
Membantu dalam proses penyembuhan luka dan menghilangkan parut.
Memperbaiki dan menjaga kesihatan cartilage (tulang rawan),tulang dan gigi.
Juga sejenis antioksida yang membantu melindungi sel dan tisu badan dari kerosakan akibat radikal bebas.
Pengambilan secara berterusan mampu mengurangkan keterukan gejala demam selsema (namun tidak boleh mencegah berlakunya demam selsema).


kesan kekurangan vitamin C:

*anaemia
*pendarahan gusi
*kurang daya tahan melawan jangkitan
*kadar penyembuhan luka lebih perlahan
*rambut kering & terbelah
*mudah lebam
*bengkak gusi
*kulit kering & bersisik
*sakit & bengkak sendi
*metabolisma perlahan yang boleh menyebabkan penambahan berat badan

**kekurangan vitamin C yang teruk menyebabkan keadaan yang dipanggil scurvy


berlebihan vitamin C

kesan serius akibat berlebihan vitamin C sangat jarang berlaku kerana ia tidak disimpan di dalam badan.jumlah yang tinggi iaiitu melebihi 2000mg sehari boleh menyebabkan perut tidak selesa dan kemungkinan cirit-birit.



kelebihan vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee (sustained released Vita-C) berbeza kerana ia merembeskan atau melepaskan kandungan vitamin secara perlahan-lahan dan berterusan selama 5 jam selepas di makan.Ini menjadikan tahap penyerapan  lebih berkesan dapat dicapai.
dalam setiap jam jumlah vitamin C yang dilepaskan adalah menyamai pengambilan satu setengah biji buah oren.
kandungan vitamin C bagi setiap tablet juga adalah lebih tinggi.




AMALKAN PENGAMBILAN VITAMIN C SETIAP HARI UNTUK BADAN YANG LEBIH SIHAT


UNTUK PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA
IEDA
0107796751 (SMS/WHATSAPP)
ATAU EMEL
iedasid@yahoo.com.my




Sunday 26 January 2014

VITAMIN TERBAIK UNTUK KULIT

"sehalus dan selembut kulit bayi anda"
semua orang gemarkan kulit semulus kulit bayi.
namun proses penuaan dan pendedahan kepada cahaya dan persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan kulit mengalami kerosakan dengan cepat.
menjaga lapisan luar sahaja tidak mencukupi kerana kesihatan kulit perlu disokong dari dalam.

Kulit merupakan organ terbesar dalam tubuh manusia.sebagai organ paling besar,fungsinya juga besar terutamanya sebagai pelindung atau barrier kepada organ dan struktur badan yang lain.

Fungsi kulit:

* melindungi badan daripada haba,cahaya,kecederaan dan jangkitan kuman
* mengawal suhu badan 
* mengawal kehilangan cecair dari badan
* organ perkumuhan (melalui peluh)
* organ untuk deria rasa
* tempat simpanan lemak,air dan vitamin D

google pic

Struktur kulit

Ia terbahagi kepada 3 lapisan utama iaitu:

1. Epidermis
Lapisan luar yang nipis dan tidak mengandungi saluran darah.terbentuk dari lapisan sel-sel yang dipanggil basal cell dan squamous cell.
Juga mengandungi sel-sel spesifik iaitu Langerhan's cell yang terlibat dalam sistem imun serta Merkel's cell yang berperanan menjadikan kulit sensitif kepada sentuhan.

2. Dermis
Lapisan ke dua yang terletak di bawah epidermis.Ia adalah lapisan yang paling tebal dan mengandungi struktur2 penting bagi kulit seperti saluran darah,saluran limfatik,folikel rambut,kelenjar peluh,kelenjar sebasius (minyak) dan saraf.
Kolagen dan elastin yang menyokong struktur kulit dikeluarkan oleh fibroblast yang terdapat dalam lapisan dermis ini.

3.  Hipodermis (atau subkutis)
Terdiri daripada sel-sel lemak dan tisu adipos yang berfungsi untuk menyimpan haba dan melindungi organ dalam badan.


Pemakanan yang sihat dan seimbang membantu pembentukan struktur kulit yang sihat serta mencegah kerosakan kulit akibat dari pendedahan kepada bahan kimia dan persekitaran yang tercemar.Antara vitamin utama untuk kesihatan kulit ialah:


Vitamin C
antioksida yang membantu melindungi kulit
terlibat dalam pembentukan kolagen untuk menyokong struktur kulit yang sihat
membantu mencerahkan kulit

Vitamin B
antioksida dan meningkatkan aliran darah ke kulit
mengawal minyak berlebihan 
mencegah pembentukan jerawat,kulit kering dan garis kedutan
melindungi kulit dari sinaran ultra ungu
mencerahkan kulit
membantu menyembuhkan masalah kulit seperti eczema dan seborhea

Vitamin E
melindungi kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari
juga sejenis antioksida yang membantu mempercepatkan pemulihan kerosakan kulit
membantu memulihkan jeragat dan kedutan











SET ASAS UNTUK KULIT YANG SIHAT








TAMBAHAN**
##  Selain daripada itu,mineral seperti selenium juga membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat tindakbalas radikal bebas.selenium boleh diperolehi daripada makanan seperti kacang,ikan segar, bijirin dan ayam.

##  ESP juga boleh menghilangkan kesan parut,pimentasi dan jeragat seterusnya  membuatkan kulit cantik berseri. baca tentang ESP DI SINI

##  kolagen membantu pembentukan struktur kulit yang lebih tegang dan anjal



Mempunyai masalah dalam memenuhi keperluan diet anda?

UNTUK PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA
IEDA
0107796751 (SMS/WHATSAPP)
ATAU EMEL
iedasid@yahoo.com.my



Friday 24 January 2014

VITAMIN SHAKLEE UNTUK RAMBUT

RAMBUT MAHKOTA WANITA......sering kita dengar...
namun bukan sahaja wanita...lelaki juga amat mementingkan kesihatan rambut.rambut yang sihat dan lebat idaman setiap insan.


walau bagaimanapun dengan situasi kita hari ini yang sering terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran udara serta pencemaran makanan,ditambah dengan cara hidup penuh tekanan,ramai yang mengalami masalah kesihatan rambut.penggunaan bahan kimia dalam produk jagaan rambut juga memberi kesan kepada kesihatan rambut.


hayat rambut melalui 3 fasa utama iaitu:
1: Anagen (fasa pertumbuhan)
    fasa di mana rambut tumbuh berterusan setiap helaian rambut berada dalam fasa ini selama beberapa tahun.

2: Katagen (fasa peralihan)
    pertumbuhan menjadi perlahan dan folikel rambut mengecut.Ia mengambil masa beberapa minggu.

3: Telogen (fasa rehat)
    pertumbuhan rambut terhenti dan rambut terpisah dari folikel.rambut baru mulai tumbuh dan menolak rambut yang mati keluar (gugur).Ia mengambil masa beberapa bulan.


google pic


Rambut terbina daripada protein kuat yang dipanggil KERATIN.
Folikel rambut memastikan setiap helaian rambut melekat dengan baik pada kulit.
Bulba rambut (hair bulb) di bahagian bawah folikel rambut mengandungi sel-sel yang aktif membahagi dan membentuk shaft rambut.bekalan nutrien rambut diperolehi dari aliran darah yang mengalir ke bulba rambut.
Secara umumnya rambut tumbuh sepanjang satu setengah inci sebulan.



Antara vitamin yang terlibat dalam proses pembentukan rambut sihat adalah seperti berikut:

Kekurangan vitamin ini menyebabkan keguguran rambut 

1.Vit D.
Kurangkan stress & kemurungan
Bantu dalam kawalan apoptosis yg akan membantu pusingan pembentukan sel rambut yg baru.

2.Biotin (vit H)
Komponen penting dalam pembentukan sel rambut

3.Zink
Paras zink yg rendah akan meningkatkan dihydrotestosteron (DHT) yg menyebabkan 
rambut gugur
Zink juga diperlukan utk bhg lain badan spt mata,deria rasa,memori,system pencernaan dsb.kekuranan zink menyebabkan bhg tubuh yg lain akan mengambil dari bhg rambut….maka menyebabkan kekurangan zink seterusnya keguguran rambut.
Menstabilkan hormone

Vitamin untuk membantu pertumbuhan rambut

1.Asid Folik (B9)
Terlibat dalam proses menyalin DNA untuk pertumbuhan rambut yang baru

2.Panthothenic acid (B5)
Membekalkan nutrient & menguatkan folikel rambut
Mencegah rambut gugur & uban
Juga baik utk kulit & kuku

3.Inositol
Berperanan dalam ekspresi genetik iaitu menentukan yg gen2 tertentu menghasilkan bahan yg sepatutnya ia hasilkan.

4.Niacin (B3)
Membuka saluran darah lalu meningkatkan edaran darah.
Hasilnya…membekalkan lebih nutrien & menggalakkan pembuangan DHT
Membantu mengawal paras hormon.


Antara makanan yang baik untuk kesihatan rambut adalah:
1.Ikan 
   sumber asid amino seperti OMEGA 3 yang mempeerlahankan keguguran rambut
   juga mengandungi zat besi (iron) dan B12 yang memastikan kesihatan rambut dan kulit

2. Bijirin & kekacang
    mengandungi zink yang mengurangkan kadar keguguran rambut,
    selenium yang membantu kesihatan kulit kepala (mencegah kelemumur)
    zat besi (iron)
    dan biotin yang membantu menguatkan struktur rambut,mencegah ia dari terputus.

3. Karot 
    mengandungi vitamin A yang membantu rambut kelihatan berminyak & berkilat
    juga untuk kesihatan kulit kepala 

4. Telur
    mengandungi protein untuk kekuatan rambut 
    juga mengandungi Biotin dan vitamin B12 yang tinggi

5. Sayuran hijau seperti bayam & brokoli
    mengandungi zat besi & kalsium
    vitamin A & C 
          *penting dlm pembentukan sebum untuk kelembapan rambut dan kulit kepala

6. Poultry (ayam)
    mengandungi protein dan zat besi

7. Tiram
    mengandungi zink

8. Pisang
    mengandungi Vitamin B6 untuk mengurangkan keguguran rambut

9. Beras perang
    karbohidrat kompleks yang membekalkan tenaga untuk rambut
    juga mengandungi pelbagai vitamin B 



sebagai memenuhi keperluan nutrisi bagi mereka yang tidak mampu mengamalkan tabiat pemakanan seimbang,set vitamin Shaklee untuk rambut boleh membantu mendapatkan rambut yang sihat dan bermaya.





Set ProSante Hair Care juga dapat membantu mereka yang inginkan rambut yang menawan.





UNTUK PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA
IEDA
0107796751 (SMS/WHATSAPP)
ATAU EMEL
iedasid@yahoo.com.my



Tuesday 21 January 2014

HALALKAH PRODUK SHAKLEE

syukur alhamdulillah...
ramai yang bertanyakan status halal produk Shaklee.
syukur kerana kita semua mengambil berat tentang apa yang dimakan...bukan sahaja untuk diri sendiri malah juga untuk anak-anak.
sesungguhnya apa yang dimakan itu akan menjadi darah daging dan akan mempengaruhi pembentukan diri kita secara rohani & jasmani.

mengambil kira sensitiviti pengguna Islam seluruh dunia Shaklee memastikan produk-produk yang dipasarkan di negara-negara Islam mendapat kelulusan status halal.kelulusan ini dikeluarrkan oleh badan yang diiktiraf di negara pengeluar....bagi Shaklee status halal dikeluarkan oleh ISA (Islamic Service of America).badan ini diiktiraf oleh JAKIM.

RUJUK DI SINI untuk melihat badan-badan pengeluar status halal negara lain yang diiktiraf JAKIM.




tidak perlu mencari logo HALAL JAKIM dibotol-botol Shaklee kerana ia tidak dilekatkan di situ kerana bukan JAKIM yang mengeluarkan status halal tersebut.
anda akan hanya menemui stiker KKM yang menunjukkan suplemen-suplemen tersebut telah mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.syarat kementerian kesihatan sebelum sesuatu produk dipasarkan,ia mestilah diluluskan dan diberikan nombor siri mengikut kategori produk dan dilekatkan menggunakan pelekat hologram.tapi dari segi kelulusan KKM ni ramai yang tak ambil kisah sangat berbanding logo halal sedangkan ia juga penting kerana kandungan setiap pil atau suplemen yang merbahaya atau melebihi dos yang dibenarkan boleh membawa mudarat kepada pengguna.

maka yakinlah bahawa bagi produk Shaklee,apa yang anda ambil/makan itu halal dan selamat....tidak perlu rasa was-was lagi.

anda juga boleh rujuk DI SINI  untuk maklumat tambahan.

hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang barangan Shaklee.



IEDA
0107796751 (SMS/WHATSAPP)
ATAU EMEL
iedasid@yahoo.com.my


Friday 17 January 2014

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

selamat bercuti kepada yang sedang bercuti....
selamat meneruskan tugas seharian kepada yang bekerja....

hari ini saya akan tunjukkan ringkasan cara pengambilan vitamin SHAKLEE..
oleh kerana ada banyak jenis vitamin atau supplemen dan kebanyakan yang mengambil vitamin SHAKLEE mengambil beberapa jenis secara serentak,ada yang terkeliru atau tertanya-tanya bagaimana cara pengambilan vitamin Shaklee ini.
saya juga begitu....namun setelah membaca dan meneliti kesan pengambilan vitamin ini,saya buat rumusan seperti berikut:

setiap individu mempunyai tindakbalas yang berbeza.
setiap individu mempunyai rutin kehidupan yang berbeza.

oleh kerana produk Shaklee adalah vitamin atau makanan tambahan maka tidak ada 'hard rules' untuk mengambilnya.

secara umum:
**pengambilan vitamin Shaklee perlulah diambil selepas makan untuk menggalakkan proses penyerapan.
**lebihkan pengambilan air (antara 2 ke 3 liter sehari) 
**jarakkan sekurang-kurangnya dua jam dengan pengambilan ubat-ubatan lain
**dapatkan nasihat pakar sebelum mengambil sebarang supplemen



contoh:

PAGI

mengambil vitamin/supplemen untuk membekalkan tenaga seperti:
ESP,mealshake dan performance drink (PD)

SELEPAS MINUM PAGI (morning break)
vitalea, B complex,GLA,Vita C

TENGAH HARI
omegaguard,lecithin,AJHT,alfalfa

SELEPAS MINUM PETANG
zinc complex

MALAM
omegaguard,lecithin,alfalfa

SEBELUM TIDUR
ostematrix,herblax


pengguna boleh mengubah jadual makan mengikut kesesuaian masing-masing.
ada beberapa perkara perlu dielakkan iaitu:

B complex perlu diambil waktu pagi kerana 
kandungan B6 di dalamnya merangsang neurotransmitter dan boleh menyebabkan peningkatan berlakunya mimpi (mengganggu tidur)

Ostematrix...
*tidak boleh diambil bersama Vitalea kerana kalsium mengganggu penyerapan iron
*elok diambil sebelum tidur kerana kalsium membantu tidur yang nyenyak

Alfalfa..
tidak boleh diambil bersama Vitamin E dan GLA kerana vitamin E mengganggu penyerapan alfalfa.


Semoga semua yang mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee mendapat manfaat seperti yang dihajatkan.




Tuesday 14 January 2014

TESTIMONI VIVIX


hari ni dah 14.1.14......cantik ja tarikhnya.
tiada siapa yang mampu menyekat peredaran masa.begitu juga dengan proses perubahan dalam badan manusia....ia akan terus berlaku tanpa mengira sama ada tuan tubuh suka ataupun tidak.
proses penuaan,kehadiran pelbagai penyakit serta kerosakan tisu-tisu badan akan dialamai oleh semua individu.yang berbeza cuma tahap seriusnya perubahan itu berlaku menjelang pengakhiran usia.cara hidup yang semakin banyak terdedah kepada bahan-bahan kimia yang mampu mencetuskan kerosakan tisu badan menjadikan ramai individu berusaha mencari penawar.
pemakanan seimbang dan pengambilan air yang secukupnya amat penting.namun berapa peratuskah antara kita yang mampu mencapai tahap pemakanan seimbang dalam hidup serba mencabar ini?


maka Shaklee telah menghadirkan satu lagi pilihan supplemen untuk individu yang mementingkan tahap kesihatan optima.

dengan kajian saintifik yang menyeluruh lahirlah sejenis supplemen berbentuk cecair ini...
VIVIX.


dihasilkan daripada campuran bahan-bahan asli seperti berikut;

1. POLYGONUM CUSPIDATUM
    sumber semulajadi RESVERATROL

2. MUSCADINE GRAPE
    buah (terutamanya bahagian biji) mengandungi kandungan polyphenol yang sangat tinggi     berbanding anggur (grapes) yang lain iaitu 40 kali lebih tinggi.
    merupakan antioksida yang kuat serta turut bertindak sebagai anti-keradangan


3. EUROPEAN ELDERBERRIES
    kaya dengan kandungan potassium,vitamin C,anthocyanine & karotenoid.
    anti oksida.
    membantu pembentukan rhodopsin seterusnya memperbaiki tahap penglihatan malam.
    
4. PURPLE CARROT
    sumber vitamin A
    mengandungi phytochemicals seperti carotenoids,phenolics,polyacetylenes,isocoumarins
    dan sesquiterpens yang bertindak sebagai anti oksida,anti bakteria & anti keradangan.
    juga mengandungi anthocyanins iaitu sejenis antioksida serta mempunyai sifat anti 
    kanser (anti carcinogenic activities)


mengamalkan VIVIX secara berterusan mampu meberi kesan positif bagi individu yang mengidap kencing manis,darah tinggi,strok,sakit sendi dan penyakit-penyakit berkaitan penuaan.secara ringkasnya VIVIX adalah supplemen untuk awet muda (anti penuaan).



lihat testimoni mereka yang telah mengambilnya....

<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/63y35enT9XI" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>





boleh juga jengah di link di bawah untuk melihat testimoni empunya badan.
http://originvita.com/dietsihat-originvita-com-testimoni-vivix/



UNTUK PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA
IEDA
0107796751 (SMS/WHATSAPP)
ATAU EMEL
iedasid@yahoo.com.my


***PERHATIAN
sila dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk memastikan masalah kesihatan anda
produk SHAKLEE adalah makanan tambahan untuk kesihatan yang optima.Ia bukanlah ubat kepada penyakit anda.


Tuesday 7 January 2014

PRODUK SHAKLEE UNTUK WANITA


Sering kita dengar ungkapan yang berbunyi begini..

"pada setiap kejayaan seorang lelaki,ada seorang wanita yang berada di belakangnya".


wanita menjadi tunggak kejayaan sesebuah keluarga.dari zaman dahulu hingga pastinya yang akan datang,kehadiran seorang wanita dalam sesebuah keluarga amat penting.tanpa wanita bergelar ibu/isteri,pincanglah sebuah keluarga itu.

"isteri tak ada,pergi kursus..penatlah"....
"bila dia balik?"
"tengah bulan nanti"
"berapa lama kursus?"
"6 bulan"
"ooo...6 bulan bukan lama sangat pun"
"itulah...semua orang cakap macam tu...6 bulan sat saja...tapi saya rasa penat dah...dengan nak jaga anak lagi"....

itu adalah perbualan saya dengan seorang pelanggan pagi tadi...
susah kan bila 'mem' tak ada?...


zaman sekarang ramai wanita berkerjaya...walau bekerja dari rumah,ia tetap satu kerjaya.komitmen perlu ada.urusan rumahtangga seisi keluarga tetap tergalas di bahu.maka perlulah bagi setiap wanita itu untuk menjaga kesihatannya agar sentiasa berada di tahap terbaik.dengan kesibukan kerjaya & rumahtangga,pastinya ramai wanita yang tidak mampu mengambil diet yang sempurna sepanjang masa.

untuk itu SHAKLEE menyediakan set kesihatan wanita...khusus untuk kesejahteraan kaum wanita.
berbeza dengan lelaki,kaum wanita mengalami banyak perubahan fizikal dan fisiologi mengikut perubahan usia.dari alam kanak-kanak berubah menjadi remaja dengan mengalami haid..setelah berkahwin,wanita mengalami perubahan lagi di alam kehamilan dan penyusuan.semakin meningkat usia,wanita mengalami fasa pre menopos disusuli dengan menopos dan fasa-fasa hayat selepas menopos.pada setiap fasa,tubuh wanita mengalami perubahan hormon yang mempengaruhi fungsi tubuh dan emosi.

setiap wanita perlu bersedia untuk menempuh semua perubahan ini.set produk kesihatan wanita Shaklee membantu wanita untuk menempuh fasa kehidupan dengan lebih tenang,ceria dan bertenaga.

Set ini terdiri daripada..
GLA Complex
Ostematrix
Omega Guard

secara keseluruhannya,gabungan ke tiga-tiga produk ini mampu untuk:
**membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
**membantu menguatkan tulang
**membantu memelihara kesihatan jantung (mengurangkan risiko sakit jantung)
**mencantikkan kulit
**melegakan kesakitan pada sendi


"wanita sihat...keluarga bahagia"

dapatkan set ini untuk memudahkan perjalanan hidup anda..


UNTUK PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA
IEDA
0107796751 (SMS/WHATSAPP)
ATAU EMEL
iedasid@yahoo.com.my


Monday 6 January 2014

ISTIMEWANYA ALFALFA SHAKLEE

"HIDUP PENUH KENIKMATAN"

antara produk yang popular dari Shaklee ialah ALFALFA...mempunyai pelbagai keistimewaan bagi mereka yang menggunakannya secara berterusan.
jom kita sama-sama menghayati keistimewaan produk ini....

ALFALFA
Tumbuhan yang mempunyai akar yang menjulur jauh ke dalam tanah lalu memberikan pelbagai khasiat dari alam semulajadi.
Mengandungi bahan seperti:

*isoflavones yang bertindak seperti estrogen

*saponin yang mengurangkan paras kolesterol (melekapkan dirinya dgn kolesterol lalu menghalang penyerapan)

*tinggi kandungan vitamin A, C, niacin,riboflavin,asid folik dan mineral spt kalsium,magnesium, iron dan potassium.

*juga mengandungi bioflavonoid….sejenis antioksidan yang kuat (power antioxidant) 


*canavanine – sejenis asid amino yg terdapat dlm biji & sprout (tiada dalam daun alfalfa yg matang)….boleh menyebabkan tindakbalas seperti lupus (autoimmune).

*Juga mengandungi klorofil yg tinggi

*Daun mengandungi kandungan protein dan asid amino yang tinggi

Kesan pengambilan (manfaat) alfalfa
1.menurunkan paras kolesterol tidak baik (TG) dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL)

2.melancarkan peredaran darah (mengurangkan pengumpulan lemak pada dinding arteri/salur darah)

3.menguatkan system imun

4.melancarkan pengeluaran urin & membersihkan saluran kencing

5.meningkatkan tahap alkali dalam badan (baik untuk gout)

6.melancarkan system penghadaman dgn kandungan enzim yg tinggi untuk membantu pencernaan

7.mengurangkan paras gula dalam darah

8.membantu fungsi kelenjar pituitari

9.detoksifikasi…melancarkan fungsi hati ,usus dan buah pinggang

10.melarutkan asid urik yang menyebabkan gout dan mengeluarkannya melalui buah pinggang (sistem urinari)

11.membantu menyebuhkan bengkak & radang sendi (arthritis)

12.membantu membunuh kulat yang menjangkiti kulit (fungal infection serta penyakit keputihan) 

13.membantu menambahkan susu badan

14.memperbaiki kesihatan wanita (bertindak seperti kacip fatimah



***PERINGATAN
Kehamilan…Tidak digalakkan untuk mengambil alfalfa kerana mengandungi canavanin dan isoflavones.

Pesakit system imun (autoimmune disease) spt SLE,rheumatoid arthritis,multiple sclerosis dsb tidak digalakkan pengambil alfalfa kerana penyakit mungkin menjadi lebih teruk.

Sesetengah pengguna boleh mendapat tindakbalas terhadap cahaya dimana kulit yang terdedah kepada matahari menjadi terbakar.


Penyakit berkaitan hormone spt kanser payudara,kanser rahim,kanser ovary,endometriosis & fibroid tidak boleh mengambil alfalfa kerana alfalfa mempunyai bahan aktif yang boleh bertindak seperti hormone estrogen.


DENGAN HARGA YANG MURAH ANDA MAMPU MEMILIKI PELBAGAI KEBAIKAN DARI PRODUK BERNAMA "ALFALFA" INI.

PROMOSI JANUARI 2014.....
BELI 6 PERCUMA 1.......TERBAIK!!!!

JANGAN BERLENGAH....DAPATKAN SEKARANG.

JOM SIHAT BERSAMA SAYA & ALFALFA..

SMS/WHATSAPP 0107796751 (IEDA)
""CONSULTATION PERCUMA UNTUK PENGGUNA ISTIMEWA""

Sunday 5 January 2014

PENGEDAR SAH SHAKLEE NEGERI KEDAH

salam sejahtera...
Moga anda bahagia hari ini..

Sudah mengubah ke kehidupan yang lebih sihat dan ceria?
Jika anda sedang mencari makanan tambahan atau vitamin untuk membantu kesihatan anda,jangan ragu-ragu atau malu-malu untuk menghubungi saya.

Saya adalah Pengedar Sah SHAKLEE dengan no ID: 1069073 
untuk belian COD (cash on delivery) bagi kawasan Sungai Petani,Jitra dan Alor Setar Kedah. 
Saya berada di Sungai Petani namun boleh menghantar pesanan anda sama ada ke rumah anda atau lokasi yang anda pilih tanpa caj tambahan.Anda hanya perlu menghubungi saya dan nyatakan hajat anda itu.

oleh kerana saya juga mempunyai jadual kerja yang tetap maka ada kalanya penghantaran dibuat pada hari minggu terutamanya bagi lokasi di luar Sungai Petani.


Bagi anda yang selesa dengan belian secara pos, permintaan anda juga akan dilayan dengan sebaiknya.

Konsultasi percuma dan istimewa hanya untuk pelanggan istimewa kami.



Sila hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

Ieda
010-7796751 (sms / whatsapp)
emel: iedasid@yahoo.com.my
atau   idadr_maya@yahoo.com.my
FB page: https://www.facebook.com/pages/Nada-sihat/210530369130120?ref=hl

"bersama kita berusaha untuk kesihatan yang optima demi insan tersayang"

Saturday 4 January 2014

SAYA DAH....ANDA BILA LAGI?

KENAPA SHAKLEE?
why.....why....why...???

masa muda tak berapa nak kisahkan sgt tentang kesihatan sebab rasa macam ok saja...jaga makan...sekali sekala keluarkan peluh....basic check up semua normal...alhamdulillah.
tapi bila usia makin bertambah (walau sentiasa perasan umur muda...hehehe) mula terfikir untuk jaga kesihatan dgn lebih baik.tambahan pula bila ada anak istimewa.kita perlu sentiasa sihat supaya dapat menjaga anak selama yg boleh..usia kita memang Allah yang tentukan namun kita tetap perlu berusaha untuk menjaga kesihatan diri.

dari blog tentang anak...kemudian berjumpa di alam maya dengan bloggers yg sama "sekasut"....dan salah satunya adalah blog "mysuperkids"....mula2 baca tentang anak2...kemudian baca tentang Shaklee...kemudian...eh...dia dah resign...jadi WAHM...then...eh...eh...banyaknya dia travel oversea..macam best ja bisnes ni..kalau bisnes best,produk mesti best..

akhirnya...nak makan Shaklee la plk...saya pernah ambil macam2 supplement juga sebelum ni tapi kebanyakannya separuh jalan...macam2 sebablah.
oleh kerana nak makan saya pun joined jadi ahli...murah ja kan...so tak rasa terbeban.lagipun keahlian ni tak perlu nak maintain monthly purchased...saya cukup tak suka bab maintain2 ni...stress...hehe..saya start keahlian hujung bulan october 2013...start makan bulan 11...apa yang saya makan?....nanti kita cerita kemudian...
sebulan ambil produk shaklee saya boleh nampak & rasa kebaikannya..bukan untuk diri sendiri saja...tapi pada suami & anak istimewa saya serta kakak saya...walaupun tak makan sebanyak yg disarankan,kesan positifnya tetap diperolehi.sekarang mak mertua pun dah mula syok makan suplemen Shaklee..alhamdulillah.

selain daripada khasiat suplemen2 ini,peluang membina empayar perniagaan secara online yang disediakan oleh Shaklee juga amat menarik untuk diterokai.saya tak pandai nak jual2 barang face to face....pemalulah kononnya...
peluang dalam Shaklee ini tidak harus dilepaskan begitu saja.dengan insentif2 yang adil & sangat berbaloi dan ditambah lagi dengan sokongan & dorongan dari upline (tanpa paksaan),saya rasa selesa untuk terus menjejak impian.

kenapa nak cari extra income?...dengan cara kerja sekarang (pergi kerja ada duit..tak pergi kerja tak ada duit masuk) memang kena betul2 jaga ekonomi.kami sekeluarga suka jalan2...suka join aktiviti amal...semua pakai duit kan...dah tu bila cuti 4,5 hari maka income "0" sajalah utk hari2 berkenaan...bila anak-anak makin besar,expenses makin banyak.keperluan anak bertambah...keperluan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga masa...si kecik ni pun dah pandai...bila kita nak pergi kerja dia suka cakap..."ummie...ija mamau!"..."ummie umah!"...maksudnya..."ummie tak boleh pi kerja...ummie dok rumah"....hishhh....terasa perlunya lebihkan masa untuk dia.

maka...marilah kita bersama-sama membina kesihatan yang optima dan kejayan yang maksima...dunia & akhirat.


JOM KITA.....

Friday 3 January 2014

FAEDAH VITAMIN B COMPLEX

MOGA ANDA SIHAT DAN CEMERLANG

JOM TENGOK CERITA B COMPLEX


itu antara faedah yang anda akan dapat bila mengambil vitamin B complex secara konsisten...

namun,ada banyak lagi kelebihannya......jom baca.



Vitamin B complex (Bco)
-          Larut air
-          Mikronutrien penting (perlu) untuk kesihatan optima
-          Boleh diperolehi dari diet atau suplemen
-          Risiko toksisiti yang sangat minima kerana ia larut air di mana jumlah   yang berlebihan akan dibuang melalui air kencing.


        Fungsi vitamin Bco

         Sumber tenaga
Membantu enzim di dalam badan untuk bertindak dalam metabolism makanan
Kekurangan mana-mana vitamin B boleh menyebabkan keletihan dan rasa resah.

         Membantu fungsi hormon dan neurotransmitter  di dalam sistem saraf     otak.dengan itu ia memberikan kebaikan kepada memori dan fungsi       sistem saraf pusat.

       Merangsang pengeluaran asid perut
Membantu proses penghadaman & penyerapan zat makanan (terutamanya B1,B6 & B7)
B6 juga membantu penyerapan vitamin-vitamin lain

       Meningkatkan daya tumpuan dan daya ingatan
Vitamin B5 & B6 membantu melarutkan & meneutralkan paras homosistin yg merbahaya kepada sel otak.
Kekurangan Vit B12 dikaitkan dengan pengecutan sel otak & pengurangan fungsi2 otak yg lain.

              Diperlukan untuk pembentukan & perkembangan sel2 luar kulit.
Antara tanda kekurangan vit B ialah kelemumur,kulit bersisik & kering,uban,nyanyuk dan tanda2 penuaan pra matang.

             Membantu kehamilan yang sihat dengan mengurangkan risiko              kecacatan tiub neural bayi (neural tube defect) dan lain2 kecacatan      struktur badan bayi.kekurangan folate dan B12 juga boleh menyebabkan  keguguran akibat daripada anemia dan kecacatan lain.
 Ibu memerlukan 400mg folate untuk memastikan kehamilan yg sihat..  (saranan CDC).

 Vitamin B12 & folate diperlukan dalam pembentukan  haemoglobin.kekurangannya menyebabkan terbentukknya sel darah  merah yang besar & berlainan bentuk di dalam system aliran    darah.apabila sel yang besar ini melalui saluran darah yang kecil ia  menyebabkan kerosakan dinding & pemecahan sel darah seterusnya    menyebabkan anaemia (pernicious anaemia)

          Menjaga kesihatan jantung dengan mengawal paras homosistin.

   Membantu pembentukan struktur DNA.kekurangannya boleh  menggangu pertumbuhan dan perkembangan fizikal.

          Meneutralkan radikal bebas dan toksin lalu melindungi seseorang dari  risiko barah payudara,paru-paru & hati.

    Baik untuk kesihatan mental dengan mengurangkan keresahan dan kemurungan serta meningkatkan daya ingatan.

  Mengawal symptom pra haid (premenstrual symptoms) dengan membantu kestabilan hormon terutamanya vitamin B6.

     Membantu mengurangkan ‘morning sickness’ 

    Pyridoxine digabungkan dengan magnesium boleh membantu    mencegah pembentukan batu karang dalam saluran kencing/buah  pinggang.

          Membantu mngurangkan migrain

          Panthothenic acid mempercepatkan penyembuhan luka

          Biotin yang tinggi digabungkan dengan kromium membantu mengawal  paras gula dalam darah.


NOTA**

**vitamin B elok diambil bersama makanan. …pengambilan semasa perut kosong boleh menyebabkan loya.

**Vitamin B6 mengaktifkan  aktiviti neurotransmitter…pengambilan pada waktu malam boleh mengganggu tidur kerana meningkatkan berlakunya mimpi.

**ubat yang mengganggu penyerapan vitamin B
                -antacids (untuk gastric & refluks)
                -antibiotik
                -pil perancang keluarga
               
**ubat diuretic mengurangkan paras B1

**ubat kencing manis (glucophage) mengurangkan paras asid folik & B12.

**pengambilan berterusan B6 pada kadar yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan saraf…disarankan tidak melebihi 200mg sehari (B6 dalam produk Bco Shaklee adalah 27mg sahaja)

**folate daripada makanan agak sukar diserap…Shaklee mempatenkan coating bagi membolehkan vitamin ini diserap dengan mudah.


Vitamin B boleh diperolehi dari makanan seperti:
Sayuran berdaun hijau
Telur
Daging
Produk tenusu
Buah-buahan segar
Ikan
Ayam
Cendawan
Brokoli dan pelbagai makanan lain
(mudah didapati)

Tanpa diet yang seimbang,seseorang itu perlu mendapatkan sumber vitamin B dari makanan tambahan.



ingin mengetahui lebih lanjut tentang homosistin....sila rujuk di sini.
homocysteine
homocysteine 2

***PERHATIAN
sila dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk memastikan masalah kesihatan anda
produk SHAKLEE adalah makanan tambahan untuk kesihatan yang optima.Ia bukanlah ubat kepada penyakit anda.