Thursday 24 April 2014

PSORIASIS

salam sejahtera..

terdapat banyak penyakit yang bersangkut paut dengan sistem imun badan kita contohnya Rheumatoid Arthritis seperti dalam entry sebelum ini...(DI SINI).satu lagi ialah PSORIASIS ,sejenis penyakit kronik berkaitan sistem imun yang melibatkan organ kulit.Ia berlaku bila sistem imun badan seseorang itu menghantar mesej supaya sel-sel kulit dibentuk dengan cepat.Sel-sel baru akan tumbuh dengan cepat dalam tempoh beberapa hari berbanding masa sebenar iaitu dalam beberapa minggu.ini menyebabkan sel-sel kulit tidak dapat dipisahkan dari badan lalu membentuk lapisan kulit yang tebal.ia berlaku secara bertompok-tompok di keseluruhan bahagian badan namun pada peringkat awal ia mungkin melibatkan sebahagian kecil kawasan kulit sahaja.

Psoriasis diwarisi secara genetik.Ia bukan penyakit berjangkit walaupun secara kasar ia kelihatan seperti boleh berjangkit melalui sentuhan.
KOLEKSI GAMBAR DARI GOOGLE

tompokan pada kulit berbeza mengikut jenis Psoriasis.namun kebanyakannya adalah dari jenis PLAQUE (plak) di mana tompokan kelihatan berkulit tebal dan agak berkilat.ia berlaku di kawasan seperti lutut,siku, belakang badan serta kulit kepala(tapi boleh berlaku secara menyeluruh).adakalanya ia menjadi gatal.

ada juga dari jenis 
*tompokan-tompokan kecil di seluruh badan termasuk kulit kepala
*jenis yang bernanah
*jenis yang kulit menampakkan kemerahan secara menyeluruh
*tompokan merah dan sakit bila ditekan di kawasan ketiak,celah peha,bawah payudara dan di kawasan alat sulit.

Psoriasis boleh berlaku pada sebarang peringkat usia.

Rawatan Psoriasis perlulah dibuat oleh pakar kulit.Ia tidak boleh disembuhkan dengan 100% namun boleh dikurangkan.Rawatan yang sempurna boleh memperbaiki kualiti hidup pengidap Psoriasis.

Dengurangan  berat badan didapati mampu mengurangkan gejala psoriasis.di dalam sel lemak terdapat protein yang dipanggil TNF-alpha yang boleh merangsang tindakbalas keradangan (inflammation) di dalam badan.bila berat badan berkurangan,sel lemak juga berkurangan seterusnya paras protein ini turut menurun.

Dari segi pemakanan,tiada makanan yang menjadi punca atau sebaliknya iaitu boleh menyembuhkan psoriasis.namun pengidap Psoriasis digalakkan mengambil makanan seimbang dan tidak mengandungi gluten (gluten-free).gluten adalah sejenis protein yang terdapat dalam bijirin seperti gandum yang boleh mengaktifkan sistem imun seseorang bila dimakan.

Nutrien seperti vitamin D dan minyak ikan didapati boleh membantu mengurangkan gejala Psoriasis.
Vitamin D membantu sistem imun berfungsi dengan lebih sempurna manakala minyak ikan mempunyai sifat anti keradangan (anti inflammatory).
minyak ikan juga didapati mampu mengurangkan paras  trigliserids (lemak) yang terbentuk akibat pengambilan ubat psoriasis yang berterusan (tretinoids).



sumber minyak ikan dari Shaklee


sumber vitamin D dari Shaklee




*********************************************************************************
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

BOSWELLIA

salam sejahtera...
sambungan daripada entry sebelum ini...

BOSWELLIA
apakah ia?

tumbuhan yang telah digunakan sejak zaman dahulu kala terutamanya perubatan ayurveda untuk penyakit-penyakit kronik terutamanya radang sendi.ia didapati berupaya membantu meredakan bengkak dan kesakitan akibat penyakit radang sendi (arthritis).selain daripada itu boswellia juga didapati dapat membantu mengawal penyakit lain yang berlaku akibat proses keradangan seperti penyakit asma dan radang usus (inflammatory bowel disease).

kandungan boswellic acid di dalam boswellia didapati mampu merencatkan pembentukan leukotrienes iaitu bahan yang mencetuskan aktiviti keradangan (inflammation) di dalam tubuh manusia.


salah satu kajian tentang kesan boswellia ke atas radang sendi..
BACA DI SINI


Selain daripada itu,Boswellia (boswellia sacra) juga didapati mampu memberi kesan positif kepada penyakit kanser seperti kanser payudara,kanser otak dan leukemia.Ia juga didapati berupaya melawan merebaknya sel-sel kanser pankreas.



Ekstrak Boswellia terdapat dalam produk Shaklee iaitu
AJHT (Advanced Joint Health Tablet)


amalkan AJHT (2 tablet sehari) untuk kesihatan optima anda.


******************************************************************************

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH 
SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Wednesday 23 April 2014

RHEUMATOID ARTHRITIS

salam sejahtera....
moga hari ini adalah lebih baik dari semalam...


jangan terkejut plk tengok gambar tangan ni...
ini adalah gambar tangan pesakit Rheumatoid Arthritis (RA).
apa itu Rheumatoid Arthritis?
ia adalah sejenis penyakit auto imun di mana sistem imun badan menyerang sel-sel badan sendiri.untuk penyakit ini,sistem imun menyerang sendi-sendi badan tanpa mengira sendi besar atau kecil menyebabkan berlakunya radang sendi.


ia berlaku tanpa mengira umur bermula dari kanak-kanak sehingga warga emas.penyakit akan berlaku secara berterusan dengan episod-episod serangan yang kuat dan berselang-seli dengan episod reda (remission).ketika serangan sendi yang terlibat akan menjadi sakit dan bengkak.serangan yang berterusan menyebabkan kerosakan pada sendi yang terlibat menjadikan ia bengkak,berubah bentuk dan tegang (stiffness).untuk jangka panjang seseorang pesakit Rheumatoid Arthritis akan mengalami limitasi dalam penggunaan anggota terbabit.


tiada rawatan khusus untuk menyembuhkan penyakit ini.rawatan ubat-ubatan (penahan sakit,aspirin dsb) adalah sekadar untuk meredakan kesakitan semasa serangan berlaku.kadang kala steroid digunakan untuk kelegaan dengan cepat bagi kes-kes yang teruk.namun penggunaan steroid pada jangkamasa lama mendatangkan pelbagai kesan sampingan kepada badan.

KESAN SAMPINGAN PENGGUNAAN STEROID


dari segi pemakanan atau suplemen,terdapat beberapa sumber yang boleh membantu mengawal tahap keradangan sendi bagi kes Rheumatoid Arthritis.
antara suplemen yang sesuai untuk Rheumatoid Arthritis ialah:

Omega 3
bersifat anti keradangan
mengurangkan kesakitan dan kekejangan sendi di awal pagi (morning stiffness)
dengan itu mengurangkan kebergantungan kepada ubat penahan sakit

Borage Oil
mengurangkan bengkak dan kesakitan sendi.
penggunaan berterusan boleh mengurangkan keperluan kepada penggunaan steroid.
namun boleh meningkatkan risiko pendarahan jika diguna bersama NSAID (ubat penahan sakit).

Boswellia
mengurangkan keradangan dan rasa sakit.
membantu mencegah kerosakan cartilage.

sumber makanan lain yang boleh membantu mengurangkan keradangan sendi


selain daripada itu,senaman ringan dan penggunaan sendi yang terbabit secara berterusan boleh membantu mengurangkan kerosakan sendi dan meningkatkan tahap upaya penggunaan sendi-sendi terbabit.


PRODUK SHAKLEE UNTUK SENDI


OMEGAGUARD (omega 3)
GLA (borage oil)
AJHT (Boswellia)


produk Shaklee tidak boleh digunakan untuk mendiagnosa atau 
merawat sebarang penyakit.
sebarang pertanyaan/pesanan sila hubungi saya seperti di atas.


Tuesday 22 April 2014

KEPENTINGAN AIR UNTUK BADAN MANUSIA

salam sejahtera buat semua..

pernah baca kenyataan seperti ini?
"mulakan hari anda dengan meminum segelas air kosong"

untuk yang berusaha menurunkan berat badan pastinya pernah mendengar ungkapan tersebut.
apakah kelebihan minum air kosong di awal pagi sebelum mengambil sebarang sarapan?

Ini adalah kerana:

1. air mampu mengurangkan selera (appetite suppresant).amalan minum air kosong sebelum makan boleh membuatkan kita merasa kenyang dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan lain.

2. air meningkatkan kadar metabolisma badan di mana kalori lebih banyak dibakar daripada disimpan sebagai lemak.

3. air membantu membersihkan toksin dari badan.air yang mencukupi membantu memperbaiki perjalanan darah yang boleh menyahkan toksin dari badan.Air juga membantu mebina sel-sel kulit yang sihat dan segar.

4. air meningkatkan tenaga kerana kekurangan air mengganggu pengaliran oksigen ke anggota-anggota badan terutamanya organ penting seperti otak.jantung akan bertindakbalas dengan mengepam dengan lebih kuat.ini boleh menyebabkan kelesuan.

5. air membantu kesihatan otot agar dapat berfungsi dengan baik dan mengurangkan gejala kekejangan otot.

6. air dapat mengurangkan ketegangan @ stress kerana kekurangan air/dehydration boleh meningkatkan paras cortisol (hormon) yang meningkatkan rasa ketegangan.air yang mencukupi di dalam tubuh membolehkan badan berfungsi dengan baik.


BERAPA BANYAK AIR YANG PERLU DIMINUM SETIAP HARI?

keperluan adalah berbeza mengikut pelbagai faktor individu dan persekitaran namun secara umum ia adalah antara 2.5 L ke 3 L sehari.


Friday 18 April 2014

HERB-LAX UNTUK KESIHATAN USUS

salam sejahtera....
alhamdulillah....musim panas semakin ke penghujung....hujan semakin kerap turun,
sekarang hujan sedang renyai di kawasan perumahan saya ni....seronok juga melayan bunyi air hujan yang menitik ke lantai di laman....sekali sekala disulami bunyi guruh....
hmmmmm....melayan....
sebelum tidur...telan dulu herb-lax 2 biji untuk membantu membersihkan usus....saya tidak mengalami masalah smbelit...alhamdulillah.sekadar mengambil dengan tujuan membersihkan usus dari sisa-sisa yang tidak diperlukan...selepas ambil waktu malam,perjalanan usus keesokan hari adalah lebih lancar dan membuatkan perut lebih selesa.

herb-lax sesuai digunakan oleh golongan yang:

1. mengalami masalah sembelit yang kronik
2. mahu menurunkan berat badan dengan cara yang selamat
3. mahu menjaga kesihatan secara umum

Ia boleh digunakan oleh golongan dewasa dan remaja berusia 12 tahun ke atas.tidak digalakkan untuk ibu yang menyusu badan kerana bimbang kesan pelawasnya turut dialami oleh bayi.

Kandungan Herb-Lax

Herb-lax mengandungi daun Senna yang merupakan bahan utama disertai bahan-bahan lain seperti licorice root,daun alfalfa,fennel seed,buckthorn bark,anise seed,rhubarb root dan bung blue malva.

Daun senna telah digunakan sejak zaman dahulu kala sebagai pelawas.Ia mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai SENNOSIDES. bahan aktif ini bertindak secara merangsang tisu usus lantas menyebabkan berlakunya pergerakan usus untuk membuang sisa-sisa kumuhan.Ia juga dipercayai membantu usus besar (kolon) menyerap masuk air untuk melembutkan najis.
Kesan pelawas biasanya berlaku 6 hingga 10 jam selepas pengambilan Senna.

Selain melawaskan pembuangan najis,herblax juga mampu membantu mengempiskan perut dan mengurangkan rasa ketegangan pada bahagian perut.Ini kerana Anise seed yang terdapat di dalam herblax mampu membantu melancarkan penghadaman dan membuang gas/angin berlebihan di dalam usus.


pengambilan herblax secara konsisten juga mampu membantu kesihatan hati & ginjal yang mana ke dua-dua organ ini juga adalah organ perkumuhan tubuh manusia.

Usus yang sihat boleh mengurangkan masalah bau badan serta nafas berbau.

"BANYAK PENYAKIT BERPUNCA DARI PERUT.....
MAKA PASTIKAN IA SENTIASA BERSIH & SIHAT"







ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN YANG TERBAIK DARI SHAKLEE
IEDA
0107796751 (SMS/WA)





Tuesday 15 April 2014

CARA MENGURANGKAN SENGGUGUT

salam sejahtera...

setiap wanita dikurniakan dengan keistimewaan mengalami kitaran pendarahan setiap bulan.ada yang mengaalami secara tetap dan ada juga yang tidak menentu.semuanya berpunca daripada tindakbalas hormon di dalam badan masing-masing.

begitu juga dengan tahap kesakitan (menstrual cramp) yang dialami.ada yang langsung tidak merasa sakit dan ada yang mengalami kesakitan yang kuat sehingga mengganggu aktiviti harian.
pemakanan sedikit sebanyak memainkan peranan dalam membantu mengurangkan tahap kesakitan.secara umumnya kita perlu pastikan pembuangan air besar adalah baik (melebihkan pengambilan serat & air) dan perut sentiasa berada dalam keadaan selesa.sembelit dan perut berangin/sebu/kembung akan menambahkan lagi ketidakselesaan semasa kedatangan haid.

antara makanan yang boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa haid ialah:




HALBA
mempunyai ciri-ciri anti keradangan & mengurangkan kesakitan.
digunakan secara tradisi untuk mengurangkan kesakitan semasa haid.

OAT
kaya dengan magnesium & zink yang mengurangkan kesakitan (cramping pain)

NENAS
kaya dengan enzim bromelain yang membantu melegakan ketegangan otot 

BIJAN
kaya dengan nutrien dan vitamin B6 yang membantu melegakan otot dan mengurangkan cramp.

WALNUT
kaya dengan asid lemak Omega 3 yang bersifat penahan sakit serta anti keradangan.

BAYAM
tinggi kandungan vitamin E, B6 dan magnesium yang berfungsi melegakan ketegangan otot.

HALIA
sangat berkesan mengurangkan kesakitan semasa haid.
bertindak dengan cara menghalang pembentukan prostaglandin yang menyebabkan rasa sakit/cramp.
elok diambil diawal kedatangan haid.

PISANG
tinggi kandungan vitamin B6 yang mengurangkan rasa sakit
juga tinggi potasium yang mengurangkan rasa kembung (bloated).



oleh itu:
jaga pemakanan sepanjang masa agar dapat menghindari atau mengurangkan kesakitan semasa haid.
namun andai mengalami sakit yang kuat dan berlarutan sila dapatkan rawatan daripada doktor untuk mengesan sebarang masalah atau punca-punca lain.


suplemen SHAKLEE yang boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa haid:





SMS/WHATSAPP/PM UNTUK MAKLUMAT LANJUT
0107796751


Friday 11 April 2014

CORAT CORET

salam buat semua...

malam tadi menggigihkan diri untuk meng'update' blog ini....
semua dah ada dalam draf entry...
edit2....tekan2...baca balik...tak puas hati...
back semula...
last2 terdelete terus...
huwaaaaa!!!!!!
nak menyusun ayat semula....
tidurlah dulu....

malam nanti kita buat lagi yer....

dalam seminggu ni kesihatan tergugat sedikit...almaklum...dah masuk bulan ke 4 badan menahan serangan virus2 & bakteria2...pendedahan 6 hari seminggu...
alhamdulillah...tergugat sedikit saja....sakit tekak & batuk2 ringan.

tak seperti sebelum2 ni yang biasanya cukup pakej kalau sekali kena serang.tapi kita tetap datang kerja...nampak macam tak pernah sakit demam walhal balik rumah collapsed.

kali ni tak ada demam & selsema....syukur sangat.selsema sangat tak best bila kita perlu berhadapan dgn orang ramai dan juga bila nak ke dapur.

rahsianya...
*sepanjang musim kemarau....minum banyak air & elakkan pendedahan kepada panas terik yang terlalu lama.
*mandi lebih kerap (yang kena catuan air tak bolehlah nak amalkan yg ni)
*ambil suplemen untuk melengkapi diet harian supaya badan lebih berupaya menahan serangan jangkitan bakteria & virus terutamanya.

MOGA ANDA SEMUA JUGA BERADA DALAM SITUASI KESIHATAN TERBAIK...