Friday 29 August 2014

KENAPA RAHIM JATUH?

salam sejahtera...
moga anda sihat dan bahagia sepanjang masa.

pernah dengar istilah 'rahim jatuh'? (prolaps uterus @ uterine prolapsed @ UV prolapsed).
pasti ramai yang pernah mendengarnya terutamanya kaum wanita.

APAKAH MAKSUD RAHIM JATUH?
Rahim adalah salah satu organ dalam sistem peranakan dan ia terletak di dalam bahagian/ruang pelvis.kedudukan rahim distabilkan oleh otot-otot serta ligamen-ligamen di sekelilingnya. seseorang itu dikatakan mengalami situasi rahim jatuh apabila rahim tidak lagi berada di dalam pelvis sebaliknya menggelungsur ke dalam saluran peranakan/vagina.


Ia boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
1.  pangkal rahim berada di dalam vagina
2.  pangkal rahim berada di bukaan luar vagina
3.  pangkal rahim berada di luar vagina
4.  keseluruhan rahim berada di luar vagina




PUNCA BERLAKUNYA RAHIM JATUH
1.  banyak kali bersalin
2.  mengalami proses kelahiran yang sukar/panjang
3.  peningkatan usia
4.  menopos
5.  meningkatnya tekanan di dalam abdomen seperti sering mengangkat benda berat,batuk berpanjangan,sembelit yang kronik (sering meneran) atau ketumbuhan dalam abdomen
6.  obesiti
7.  pembedahan pada bahagian pelvis yang mencederakan otot atau ligamen

(**peningkatan usia dan menopos akan menyebabkan otot menjadi lemah dan tidak mampu menampung rahim pada kedudukan yang sepatutnya)


TANDA-TANDA RAHIM JATUH
1.  terasa seperti ada sesuatu di dalam faraj/vagina
2.  terasa seperti sengkak[adat di dalam pelvis semasa duduk
3.  sakit belakang di bahagian bawah
4.  sakit semasa hubungan intim
5.  kesukaran membuang air kecil dan besar
6.  sukar untuk berjalan kerana ada sesuatu/ketulan dalam saluran peranakan
7.  pengeluaran cecair atau darah melalui faraj/vagina


RAWATAN UNTUK RAHIM JATUH
1. tanpa pembedahan
    a.  mengurangkan berat badan
    b.  senaman KEGEL (pelvic floor exercise) untuk menguatkan otot saluran peranakan
    c.  rawatan gantian hormon estrogen
    d.  menggunakan gelung yang disebut ring pessary yang diletakkan pada pangkal rahim untuk mengelakkan rahim daripada menggelungsur ke bawah.

penggunaan pessary

2.  pembedahan
   a.  membuang rahim
   b.  menguatkan semula otot dan ligamen yang kendur/lemah

pembuangan rahim adalah cara yang paling berkesan namun jika seseorang itu masih mahukan anak maka cara lain seperti pembedahan menguatkan otot berkenaan akan dibuat.pembedahan untuk membuang rahim biasanya dilakukan melalui faraj sahaja tanpa memerlukan pembedahan di abdomen (perut).

untuk golongan warga emas dan tidak sesuai untuk menjalani pembedahan,biasanya doktor akan menggunakan kaedah ring pessary/gelung.

Jika dibiarkan tanpa rawatan rahim yang berada di luar saluran peranakan (prolaps peringkat ke 4) akan lama kelamaan mengalami ulser dan menyebabkan jangkitan kuman.




ESP mengandungi phytoestrogen yang boleh membantu wanita yang telah menopos mendapatkan kembali sumber estrogen untuk keperluan badan mereka.

Vivix yang tinggi kandungan antioksida bertindak pada peringkat DNA untuk mengembalikan keremajaan sel dan melambatkan proses penuaan.

KLIK GAMBAR DI BAWAH 
UNTUK MEMBELI 
ESP DAN VIVIX 
MELALUI ESELL


dapatkan suplemen yang sesuai untuk kesejahteraan kesihatan anda.
suplemen ini bukan untuk merawat tetapi lebih kepada usaha untuk pencegahan.


UNTUK KONSULTASI BOLEH HUBUNGI SAYA DI:
0107796751 (SMS/WA/TGM)
FB: ieda abdullah


Sunday 17 August 2014

SUPLEMEN UNTUK REKAHAN TUMIT

salam seajahtera buat semua...


pernah tak alami masalah macam ni?
mesti ramai yang pernah kan?
sangat tak selesa.saya juga pernah alaminya satu ketika dulu.rasa kesat saja kat tapak kaki terutamanya bahagian tumit.tarik kain selimut pun tak best sebab boleh tersangkut-sangkut kat bahagian rekahan tu.

apakah punca cracked heel (rekahan tumit)?
1. berat badan berlebihan
2. peningkatan usia
3. tekanan berlebihan pada kaki akibat berdiri terlalu lama
4. menggunakan kasut yang mempunyai alas tapak yang keras
5. kaki yang sering terdedah kepada air (terendam)....kehilangan lembapan pada kulit
6. pesakit kencing manis
7. kurang pengambilan air
8. suka berjalan tanpa memakai kasut

rekahan pada kaki boleh menjadi dalam dan memberikan rasa sakit serta berlaku pendarahan.jangkitan kuman juga mudah berlaku terutama sekali pada pengidap kencing manis.


bagaimana mengatasi rekahan tumit?
1. jaga kesihatan dengan baik dan pastikan pengambilan air yang mencukupi setiap hari.
2. gunakan seliper atau kasut yang sesuai
3. turunkan berat badan kepada berat ideal
4. sentiasa menggunakan alas kaki walaupun di dalam rumah
5. jangan mengamalkan rendaman kaki terlalu lama dan terlalu kerap
6. ambil makanan yang seimbang dan suplemen jika perlu

suplemen unuk rekahan tumit
1. zink
bahan yang penting untuk kesihatan kulit,rambut,kuku,tulang dan juga penting untuk memperkuatkan sistem imuniti badan.

2. omega 3
membantu mengurangkan paras kolesterol di dalam badan serta memperkuatkan fungsi jantung.ia juga memelihara kesihatan saluran darah.dengan itu pengaliran darah serta penghantaran vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tisu-tisu badan dapat berjalan dengan sempurna.
ia juga adalah bersifat anti keradangan maka ia boleh mengurangkan jerawat,ekzema serta masalah rekahan tumit kaki.


ke dua-dua suplemen ini boleh didapati dari Shaklee iaitu Zinc Complex dan Omega Guard
sama-sama menjaga kesihatan kaki kita.


BOLEH BELI SENDIRI SET INI 



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA:
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751
FB (PM) iedaabdullah

Tuesday 12 August 2014

TESTIMONI HAMIL DENGAN SHAKLEE

salam sejahtera buat semua...
moga anda semua cemerlang dan bahagia selalu...
yang pastinya leader2 saya sedang bergembira & excited untuk memulakan perjalanan percutian percuma mereka ke US esok....perjalanan selama 10 hari yang 100% ditaja oleh Shaklee.bukan setakat leader tetapi ahli keluarga mereka juga ditaja sepenuhnya.....hasil kesetiaan mereka bersama syarikat dalam membantu memberikan kesihatan yang baik kepada pengguna Shaklee.
saya?...insyaAllah...berusaha untuk menjejaki mereka.
tiada yang palsu dari Shaklee...andai kuat berusaha adalah hadiahnya.kebaikan vitaminnya tidak palsu seperti juga ganjaran kepada ahli2nya....
moga mereka semua selamat pergi & selamat kembali...

pagi tadi saya bersembang dengan seorang seorang wanita yang cekal & tenang.telah beberapa kali mengalami keguguran di awal kehamilan.
alhamdulillah bayi dalam kandungan kali ini membesar dengan baik...masih di trimester pertama namun gerakan jantung bayi dan pergerakan badan bayi memberikan harapan yang tinggi untuk kejayaan kehamilan kali ini.saya tumpang gembira dan mendoakan kehamilan kali ke 5 ini membawa kejayaan seperti yang diharapkan.

bila buka cerita tentang Shaklee,rupa-rupanya dia juga mengambil suplemen  kesuburan Shaklee sejak awal tahun ini yang dibeli melalui internet.dia mengambil GLA dan B complex manakala zink untk suaminya.sekarang akan menambah vitalea untuk meningkatkan paras haemoglobin.

sama-sama kita doakan agar kehamilan kali ini berjalan dengan lancar.moga dia dan suaminya dikurniakan dengan cahayamata yang comel dan sihat.

di bawah ini adalah testimoni dari pengguna shaklee yang berpuas hati dengan kesan positif yang mereka perolehi setelah mengamalkan suplemen shaklee dengan teratur.




TESTIMONI GLA SHAKLEE









These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Monday 11 August 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE

salam sejahtera...
moga anda semua sihat dan bahagia selalu.
kepada yang baru menimang cahayamata...tahniah diucapkan.moga kehadiran ahli keluarga yang baru membawa rahmat kepada anda sekeluarga.
kepada yang masih menanti orang baru....teruskan berusaha dan berdoa namun jangan sampai menjadi tekanan atau stress kepada anda.tekanan atau stress akan lebih menyukarkan anda untuk hamil.amalkan pemakanan dan cara hidup yang sihat.yang paling utama,dapatkan pemeriksaan pakar untuk mengetahui masalah kesihatan anda dan juga pasangan.andai tiada sebarang masalah ditemui maka bertenang dan berusahalah.hanya masa yang menentukan.jangan lupa untuk berdoa kerana Allah sukakan hambanya yang sentiasa berdoa dan ingat padaNya.

jika anda bercadang untuk mendapatkan suplemen untuk meningkatkan tahap kesuburan anda dan pasangan maka Shaklee adalah pilihan terbaik.dengan rangkaian produk yang selamat dan telah diuji secara klinikal serta terbukti berkesan,anda membuat pilihan yang tepat dengan menggunakan suplemen Shaklee.

apakah produk untuk meningkatkan tahap kesuburan?
wanita:
1.  GLA Complex
     - menseimbangkan hormon dan membetulkan kitaran haid
     - meningkatkan kesuburan
     - membantu menghasilkan mukus serviks yang berkualiti yang membolehkan sperma bergerak dengan        sempurna dan hidup lebih lama
2.  B Complex
     - mengawal/mengurangkan tekanan/stress
3.  Alfalfa
     - menghilangkan jangkitan kulat pada sistem peranakan (jika mengalami keputihan atau kegatalan)
     - bertindak seperti kacip fatimah iaitu meningkatkan keintiman suami isteri

lelaki:
1.  Zink
     - meningkatkan kualiti sperma
2.  Vita-E
     - mengandungi selenium
     - baik untuk kesihatan sistem reproduksi lelaki
     - menambah tenaga


ini adalah antara gabungan set kesuburan asas yang baik untuk pasangan yang masih menantikan kehadiran cahayamata.terbukti berkesan berdasarkan banyak testimoni yang diberi oleh pengguna.
berusaha,berdoa dan yakin dengan Allah...
tidak salah mengamalkan suplemen kerana tidak perlu gusar tentang kesan sampingan (tiada kesan sampingan yang buruk).





These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

Friday 8 August 2014

GLA COMPLEX SHAKLEE

salam sejahtera buat semua.

promosi dari Shaklee untuk bulan Ogos 2014 adalah GLA complex.
beli 6 percuma satu,,,,jimaaaatttt....

apakah GLA?
GLA adalah singkatan kepada Gamma Linolenic Acid
sejenis asid lemak Omega 6 yang digunakan oleh tubuh kita untuk membentuk hormon seumpama prostaglandin yang berfungsi dalam mengawal selia fungsi tubuh kita.

kenapa ia GLA Complex?
kerana dalam satu kapsul GLA ini mengandungi gabungan berikut:
i.   GLA dari ekstrak BORAGE OIL yang sangat berkualiti dan mudah diserap
ii.  minyak bunga matahari yang juga mengandungi asid lemak Omega 6
iii. vitamin E yang membantu menjaga dinding saluran darah dan meningkatkan tahap imuniti tubuh

kebaikan GLA Complex:

i.   membantu menstabilkan hormon di dalam badan
-   membetulkan kitaran haid
-   mengurangkan simtom/tanda-tanda menopos
-   mengurangkan kesakitan semasa haid
-   meningkatkan kesuburan wanita

ii.  menjaga kesihatan kulit
-   membantu melembapkan kulit
-   megurangkan keradangan kulit dan ekzema
-   mengurangkan jerawat dan jeragat

iii. membantu mengurangkan paras kolesterol di dalam badan (LDL)
iv. mengurangkan tanda-tanda prostatism (bengkak kelenjar prostat)
v. membantu melembapkan rambut dan menguranagkan keguguran rambut


golongan yang sesuai mengambil GLA Complex
-  wanita yang mengalami haid yang tidak teratur
-  wanita yang sukar hamil
-  masalah jerawat dan jeragat
-  masalah kulit kering
-  pengidap kencing manis dan darah tinggi
-  masalah pembengkakan kelenjar prostat
-  masalah rambut gugur dan tidak bermaya
-  masalah kulit kering


satu produk dengan pelbagai manfaat kesihatan..
dapatkan GLA Complex dengan belian bijak di bulan promosi ini.

DAPATKAN GLA ANDA SEKARANG





These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751
 FB (PM) iedaabdullah

RAMADHAN BERSAMA SHAKLEE

Salam Aidil Fitri buat semua...
lama betul tertinggal blog ni..
menjelang Syawal sibuk dengan rumah dan segala persiapan...semua buat sendiri.anak2 dan suami tolong sana sini serba sedikit...memang sikit pun yang dapat mereka tolong sebab anak2 bersekolah.yang sulung pula balik sekolah buat part time tolong berniaga kat bazar ramadhan.abahnya sibuk dengan kerja2 NGO sepanjang ramadhan hingga sehari sebelum raya baru betl-betul ada di rumah.maka Ahad tu macam nak pitam buat kerja memasak bagai.Aidilfitrinya sederhana saja.namun beraya seperti tahun-tahun sebelumnya,siang sampai ke malam.Isnin baru berhenti beraya...Sabtu nanti insyaAllah sambung semula.ziarah rakan-rakan yang di utara sana pula.

Sepanjang Ramadhan...alhamdulillah berjaya kurangkan berat sebanyak 3 kg...tak banyak manapun tapi memadailah berbanding tahun lepas yang langsung tak berkurangan.setakat hari ini masih maintain...tiada penambahan walau sakan menjamu selera.
Caranya...sepanjang ramadhan saya teruskan pengambilan alfalfa dan lecithin pada waktu malam.kemudian bersahur dengan ESP dan kurma.adakalanya turut mengambil Cinch Energy Tea pada masa sahur.rasa segar sepanjang hari berpuasa (kecuali hari last puasa sebab tak bangun sahur) maka lepas kerja sempat lagi berkebun pada waktu petang untuk keluarkan peluh.
selepas raya ni masih sambung ambil semua suplemen tu...alhamdulillah diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt walau setiap hari berdepan dengan pelbagai virus dan bakteria.selain itu saya juga ambil vitalea untuk top up mana yang terkurang dalam pemakanan harian.sekali sekala ambil herblax untuk membersihkan sistem penghadaman.macam banyak saja bunyinya tapi sebenarnya taklah sebanyak mana pun.bila disusun atur pengambilannya taklah jadi keterlaluan.semuanya demi memastikan kesihatan sentiasa di tahap terbaik demi ahli keluarga yang memerlukan diri kita ini.

tahniah kepada anda semua yang sentiasa prihatin dengan kesihatan masing-masing.bagi yang telah dihinggapi penyakit,ia juga adalah anugerah Allah dengan hikmah-hikmah yang tersembunyi yang tidak kita ketahui.menjadi tugas kita untuk berusaha mengembalikan kesihatan agar berada dalam keadaan sesempurna mungkin.




 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT TENTANG PRODUK SHAKLEE:
 HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-779 6751
 FB (PM) iedaabdullah