Saturday 28 March 2015

TIPS KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI TANPA UBAT

salam sejahtera...

kita relax tengok nota bergambar hari ni...

TIPS MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI TANPA UBATAN



1. kurangkan pengambilan garam (SODIUM)

2. lebihkan pengambilan potasium

3. berhenti merokok

4. berhenti pengambilan alkohol

5. senaman secara tetap

6. atasi stress

7. kurangkan berat badan

8. berhenti pengambilan kafein



SELAMAT MENJALANI HIDUP DENGAN SIHAT DAN CERIA




Wednesday 25 March 2015

MUDAHNYA CUCI KERETA

salam sejahtera...

ni cerita pagi semalam...
lepas hantar anak dara berdua ke sekolah, saya terus balik ke rumah.dah beberapa hari dok pendam hasrat nak bersihkan makcik grey kecik saya ni.dok baca cerita orang guna Basic H untuk bersihkan kereta,saya pun teringin nak cuba.maka pagi semalam oleh kerana ada sikit masa, saya pun ambil peluang mencuba.
dah puas hati dengan cuci lantai, basuh baju, basuh kasut sekolah...kali ni tengok kebolehan cecair ajaib ni dalam bidang cuci kereta pula.

saya guna lebih kurang satu sudu kecil Basic H yang dicampur dengan air paip sebanyak satu gelas.lembapkan tuala dengan campuran air tu dan terus lap.mula-mula lap bahagian dalam dulu....habuk dan kesan air tumpah dah banyak kat dalam kereta ni.lap ja kat dashboard...terus...waaaa....berkilat..


kalau guna air saja ia berkilat sekejap dan bila air kering ia kembali pudar.tapi dengan Basic H ni....dah lama kering pun permukaan yang dilap tu masih berkilat.macam kereta baru.
paling best, tak ada bau macam pencuci yang kat kedai cuci kereta.

siap bahagian dalam, teruskan dengan bahagian luar pula.hajatnya nak buat kat cermin ja tapi naik syok pula.habis satu badan kereta di lap.seronok tengok hasil yang superb....berkilat makcik grey kecik ni..
tayar ja tak buat....masa dah cukup.nak bersiap untuk masuk kerja.


tapi sebelum tu, saya ke tepi rumah kutip bunga melor dan ros kecik yang wangi tu....

letak dalam kereta sebagai pewangi.saya tak suka pewangi yang jual kat kedai tu.bau kuat sangat.makanya bila bunga-bunga ni tak berkembang saya letak daun pandan sebagai pengganti.kalau terlupa....natural smell la jawabnya.


kesimpulannya....
memang puas hati la guna Basic H ni sebagai pencuci kereta...luar dan dalam boleh guna.jimat dan senang kerja.yang paling penting...
1. tak ada bahan kimia merbahaya
2. tak ada bau yang memeritkan hidung

sesiapa yang ada Basic H bolehlah cuba sendiri.
yang belum ada...tunggu sekejap.barang pn kehabisan stok sekarang.tunggu HQ restock...punyalah laris sampai habis stoknya.
dah ada nanti akan diwar-warkan di FB dan juga di sini.





***BACK TO NATURE***




FEEL FREE TO ASK..

IEDA 0107796751 (SMS/WASSAP/TGM)

Monday 23 March 2015

RAHSIA ORANG GOUT BOLEH MAKAN NASI LEMAK SAMBAL BILIS

salam sejahtera...

nasi  lemak adalah menu paling laris di rumah saya. semua suka makan.saya pun suka ja nak sediakan sebab sekali masak boleh cover untuk sarapan, lunch dan ada kalanya dinner...senang kerja.


cumanya, bila kenangkan suami jadi hilang mood nak masak....tapi itu dulu.sekarang tak lagi.

dalam nasi lemak, hidangan tambahan utama adalah ikan bilis..bagi yang mengidap GOUT ikan bilis adalah antara yang perlu dielakkan.suami saya juga begitu.makan ikan bilis, bersedialah untuk tanggung akibatnya.
ikan bilis mengandungi purine yang tinggi.proses pemecahan purine di dalam badan akan menghasilkan asid urik.kandungan asid urik yang tinggi boleh mendap pada sendi dan menyebabkan keradangan serta kesakitan.ia dikenali sebagai serangan gout.





sejak penghujung 2013.....
(antara faktor utama saya terjebak dengna suplemen Shaklee adalah kerana goutnya...)
suami mula mengamalkan ALFALFA dan OMEGAGUARD serta AJHT secara konsisten.saya mula melihat perubahan pada serangan gout....ia berkurang dengan ketara.
sekarang dia hanya teruskan setiap hari dengan Alfalfa dan Omegaguard....


alhamdulillah....saya boleh masak nasi lemak dengan lapang dada...hehe.
Sabtu baru-baru ni sekali lagi beresepi nasi lemak. Ahad hingga Selasa (esok) jadualnya padat dengan kerja luar.jika dulu, sebelum kenal Shaklee memang dia perlu berpantang sepenuhnya jika ada kegiatan/aktiviti padat sebab kalau tak berpantang maka paling lewat sebaik-baik selesai kerja dia akan terbaring dalam bilik selama 2 atau 3 hari...
kali ini...alhamdulillah...hanya rasa sedikit tidak selesa tapi kerja berjalan lancar.



pengambilan alfalfa dan omegaguard tetap diteruskan disamping minum air kosong yang banyak.


Alfalfa sebagai agen detoks turut membantu melancarkan pembuangan air kencing serta mengurangkan paras asid urik dalam darah.
asid urik adalah punca kepada serangan gout.

**KEBAIKAN ALFALFA

Omegaguard bertindak sebagai antikeradangan yang mengurangkan bengkak dan kesakitan.

**LAGI KISAH OMEGAGUARD 



penyakit GOUT ini tak akan sembuh 100% namun ia boleh dikawal agar pengidapnya dapat menjalani kehidupan dan kegiatan harian dengan selesa.

mengawal dengan menggunakan suplemen yang ternyata selamat adalah jauh lebih baik daripada menggunakan ubatan.penggunaan ubat-ubatan secara berpanjangan mampu membawa kesan sampingan yang tidak diingini kepada tubuh kita.
ubat tahan sakit jika diambil secara berterusan boleh menyebabkan luka dan pendarahan pada usus.
begitu juga dengan ubatan lain untuk gout seperti allopurinol yang boleh menyebabkan kemerahan pada kulit (alahan), gangguan kepada jumlah sel darah, muntah, pening, perut tidak selesa dan sebagainya.

gunalah ubat-ubatan pada masa yang sesuai contohnya ketika kesakitan yang kuat tetapi cuba elakkan penggunaan berterusan.

jaga pemakanan, makan secara sederhana dan amalkan suplemen yang sesuai...
jangan lupa....kawal berat badan
(bab ni my suami mmg payah sikit...hihi)

insyaAllah serangan gout pasti jauh berkurangan.



feel free to ask
IEDA: 0107796751 (sms/wassap/tgm)

**pengedar Shaklee Sungai Petani & Merbok





Saturday 7 March 2015

DAH PUAS MENGGARU?...DAPATKAN PENYELESAIANNYA

salam sejahtera..

hives...urticaria...gegata....sopak garam.....kelopak garam...
pelbagai terma untuk penyakit yang serupa.


pada sesiapa yang pernah merasainya pasti tidak ingin ia berulang lagi.


APA ITU KELOPAK GARAM?

ia adalah situasi di mana berlakunya bintik merah yang besar pada kulit.
berpunca daripada tindakbalas badan terhadap alergen atau bahan yang menyebabkn berlakunya alahan kepada seseorang.tindakbalas menghasilkan HISTAMIN yang menyebabkan saluran darah bengkak serta kebocoran cairan dari dalam saluran darah ke kaasan di bawah kulit.

pesakit akan merasa gatal pada kawasan yang terlibat biasanya pada keseluruhan badan.

PUNCA KELOPAK GARAM

1. biasanya berpunca dari alahan seperti
*makanan
*habuk
*ubat-ubatan
*pengawet atau pewarna
*gigitan serangga


2. jangkitan virus
sesetengah orang akan mengalami kelopak garam apabila mendapat jangkitan virus seperti selsema


3. sentuhan dengan bahan tertentu seperti getah, tumbuhan,kosmetik,minyak,bahan kimia dan sebagainya.


RAWATAN KELOPAK GARAM

* pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.
jika dapat mengenalpasti punca alahan, adalah lebih baik bagi seseorang itu untuk mengelakkan penggunaan bahan tersebut.

kelopak garam yang ringan biasanya akan hilang dengan sendiri dalam tempoh 24 jam.
namun bagi kes yang teruk atau yang berlarutan, rawatan yang biasa diberikan adalah ubat anti histamin.ubat ini akan melawan tindakbalas histamin di dalam badan serta meredakan kegatalan.
untuk yang lebih serius terutamanya yang melibatkan penyempitan saluran pernafasan, ubat steroid diberikan secara oral atau suntikan atau ke dua-duanya sekali. steroid hanya dimakan untuk jangka masa pendek kerana pengambilan berterusan mendatangkan pelbagai kesan sampingan.



SUPLEMEN UNTUK KELOPAK GARAM

antara suplemen yang membantu dalam mengawal kelopak garam (terutamanya jenis kronik) adalah ALFALFA.
bersifat sebagai tonik dalam membersihkan darah,alfalfa berupaya mengawal kejadian kelopak garam serta alahan terutamanya terhadap makanan.


untuk kegunaan luaran, krim HERBAL BLEND boleh digunakan untuk memulihkan serangan kelopak garam.
ini kerana terdapat bahan yang bersifat anti keradangan di dalam krim ajaib Shaklee ini.bahan ini adalah YARROW.


ini meyakinkan saya bahawa krim yang tak mahal ini sangat baik untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana.tindakbalas yang cepat dan berkesan.




***KRIM SUPERB
***ISTIMEWANYA ALFALFA


JIKA ADA DI DALAM KELUARGA YANG MENGALAMI MASALAH ALAHAN SEPERTI INI, PASTIKAN ANDA MENYIMPAN KRIM HERBAL BLEND SEBAGAI PERSEDIAAN DI WAKTU KECEMASAN.

ALFALFA HANYA SESUAI DIGUNAKAN OLEH REMAJA DAN DEWASA.UNTUK KESAN LEBIH BAIK IA PERLU DIAMBIL SECARA BERTERUSAN.


HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

IEDA:0107796751 (SMS/WASSAP/TGM)
fb: ieda abdullah




Thursday 5 March 2015

SPM BUKAN SEGALANYA

salam sejahtera....

keputusan SPM telah diumumkan.
ramai yang mencatat kecemerlangan...ramai yang tidak mencapai target dan ramai juga yang kecundang.
walau apa jua keputusan yang diperolehi,semestinya ia berkadaran secara langsung dengan tahap usaha diri pelajar tersebut.
usaha banyak...banyaklah hasilnya
usaha kurang...kurang juga hasilnya

bagi yang tidak cemerlang, tidak perlulah terlalu kecewa dengan apa yang diperolehi.pandang ke hadapan....sangat banyak jalan dan pilihan yang boleh diambil.jadikan apa yang telah dilalui sebagai iktibar.bangun dari kegagalan dan ciptalah kejayaan.

bagi yang mencatat kejayaan dengan deretan A, tahniah atas kejayaan itu.jadikan ia sebagai lonjakan untuk melakukan yang lebih baik.pilihlah haluan atau bidang yang diminati bukannya kerana nak ikut kawan atau kerana nak ikut hajat ibubapa.
melakukan sesuatu yang tidak kita sukai tidak akan membawa kita ke mana-mana melainkan penuh dengan tekanan dan kekecewaan.


bagi pihak ibubapa, terimalah apa saja keputusan yang diperolehi anak-anak dengan hati terbuka.berikan sokongan dan panduan untuk mereka terus memajukan diri.kejayaan dalam hidup tidak bergantung 100% kepada keputusan SPM....banyak lagi perkara yang perlu mereka lalui dan hadapi.
paling utama, marilah kita bersama-sama melengkapi diri anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat.kejayaan hidup bukan sekadar berjaya dalam akademik dan kerjaya tetapi juga berjaya menjadi hambaNya yang hidup berlandaskan agama.


semoga kita semua berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

MULAKAN LANGKAH BARU YANG LEBIH BAIK SETIAP HARI.