Saturday 11 April 2015

BAU BADAN MELOYAKAN...BAGAIMANA MENGATASINYA?

salam sejahtera...

pernah tak anda rasa tidak selesa berada bersebelahan dengan orang lain hanya kerana bau badannya yang tidak menyenangkan?

pernah tak anda rasa seolah-olah bau badan anda mengganggu orang di sekeliling?

mesti pernah kan?
sebab tu ramai yang menggunakan minyak wangi dan deodoran....budak sekolah pun dah guna dua benda ni.lelaki dan perempuan sama sahaja.
saya pun guna minyak wangi juga....deodoran hanya zaman sekolah dulu.sekarang tak guna dah....
sebab dot...dot...dot....

setiap dari kita ini ada bau badan yang tersendiri.cuma bila bau yang bercampur dengan yang tidak enak itu...ia amatlah tidak disenangi.




KENAPA BADAN BERBAU



badan kita sentiasa menghasilkan peluh.jumlah peluh berbeza antara individu.peluh secara asalnya tidak akan memberikan sebarang bau yang tidak enak tetapi apabila ia bertindakbalas dengan bakteria pada kulit, barulah bau badan yang tidak enak itu muncul.



PUNCA BAU BADAN

1.kurang penjagaan kebersihan
2.makanan yang mengeluarkan bau yang kuat seperti bawang, rempah ratus dan minuman berkafein
3.pekerjaan yang menyebabkan banyak kekotoran melekat pada badan atau pakaian
4.penyakit kulit seperti jangkitan kulat pada kaki atau celah paha
5.obesiti


BAGAIMANA MENGATASI BAU BADAN?


perkara yang paling utama adalah memastikan kita tidak mengalami penyakit-penyakit yang merbahaya.
contohnya:
penyakit kencing manis serta hati yang rosak boleh menyebabkan badan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

jika was-was, sila dapatkan pemeriksaan daripada doktor bertauliah (ada yang palsu juga sekarang ni).

tanpa penyakit merbahaya, bau badan boleh diatasi dengan kaedah-kaedah berikut:

1. penjagaan kebersihan.
mandi atau bersihkan badan dengan sewajarnya.pada musim panas seperti sekarang,mandi sebanyak 3 atau 4 kali sehari adalah munasabah.

2. pastikan tiada jangkitan kulat terutamanya pada celah jari kaki.jangkitan kulat mengeluarkan bau yang sangat tidak menyenangkan apabila seseorang itu memakai stokin dan berpeluh.sila dapatkan rawatan untuk jangkitan tersebut.

3. minum banyak air kosong
air membantu proses perkumuhan iaitu mengeluarkan sisa yang tidak dikehendaki oleh tubuh melalui air kencing, najis dan peluh.

4. jaga pemakanan
elakkan makanan yang menghasilkan peluh yang berbau seperti bawang,rempah ratus serta minuman berkafein.

5. tambahkan pengambilan makanan yang boleh mengurangkan pembentukan bakteria pada kulit.
antara makanan yang membantu membunuh bakteria ialah yang berasaskan ALFALFA dan rosemary.alfalfa juga bertindak sebagai agen pembersihan dalaman (detoks)

6. pembersihan usus
amalkan pengambilan probiotik secara berkala untuk menghapuskan kuman yang tidak elok di dalam usus.



BAU BADAN boleh menjadikan seseorang itu hilang keyakinan diri.

jaga kebersihan dan pemakanan untuk mendapatkan bau badan yang segar.


Antara suplemen yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan adalah Alfalfa dan Zink (kajian menunjukkan orang yang mengeluarkan bau badan yang tidak enak mengalami kekurangan zink di dalam badan mereka).









No comments: