Monday 20 April 2015

DIET TAPI TAK KURUS...KENAPA?

salam sejahtera..

salah satu punca kepada berlakunya masalah sakit belakang ialah obesiti.
obesiti atau berat badan berlebihan adalah masalah sejagat.ramai yang mengalaminya akibat daripada cara hidup dan amalan pemakanan yang tidak seimbang.


obesiti terutama yang bertumpu ke bahagian perut/abdomen menjadikan tulang belakang berubah lengkungannya daripada keadaan normal.hampir menyerupai situasi wanita yang sarat hamil, lengkungan berlebihan pada tulang belakang menyebabkan ketegangan pada otot sekitar.ini menjadikan empunya badan merasa sakit dan tidak selesa.


Selain daripada sakit belakang, obesiti juga berkait rapat dengan kadar kejadian penyakit-penyakit kronik yang lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, strok serta sakit sendi.


Oleh itu adalah amat wajar untuk kita menjaga berat badan agar tidak meningkat secara berlebihan.
senaman semata-mata tidak mampu menurunkan berat badan dengan berkesan. hakikatnya, berapa ramai antara kita yang makan makanan tinggi kalori sebaik sahaja selepas bersenam? sebab itulah ia perlu disertai dengan perubahan tabiat makan.



Tidak perlu untuk kita menahan lapar kerana ia akan menurunkan paras metabolisma tubuh dan pembakaran lemak menjadi semakin perlahan.
Apa yang perlu dilakukan adalah memilih makanan yan sesuai (kurang karbohidrat) serta makan secara sederhana.


Elakkan makanan yang mengandungi gula yang tinggi kerana ia akan meningkatkan paras insulin dalam darah.
Insulin menggalakan pembentukan tisu lemak.Ini akan menambahkan berat badan seseorang itu.Gula yang tinggi juga akan menyebabkan kita seperti ketagihan terhadap makanan tersebut (sugar craving).



Ramai yang berkata,
"saya makan sikit saja tapi berat tak turun pun"
"saya jaga makan, tak makan nasi tapi masih gemuk"
"saya buat semua dah...diet, malam tak makan, senaman pun kerap tapi kenapa tak ada perubahan pun pada berat badan saya?"


Memang susah nak turunkan berat badan...ia adalah kenyataan.setiap orang mesti ada disiplin yang tinggi, tidak mengalah dan mampu menahan nafsu makan.perlu mampu menolak makanan yang tinggi kalori yang sentiasa kelihatan sedap seperti roti canai, kerepek, makanan segera, kek, biskut berkrim dan seumpamanya.makanan seperti ini kelihatan jumlahnya seperti sedikit tapi mampu menggagalkan proses menurunkan berat badan secara sihat.


Usah terpedaya dengan signal 'rasa lapar' yang dihantar ke otak kita andai kita baru saja mengambil makanan. Ia biasanya merupakan 'signal dahaga' yang sering disalah tafsir.oleh itu jika terasa lapar, minum air kosong dahulu.pastikan air yang diminum adalah mencukupi.
Bagi setiap 25kg berat badan anggaran air yang diperlukan adalah 1 liter sehari.
Biasanya bila kita minum, perut akan terasa kenyang dan selera untuk makan menurun.


Mulakan amalan memilih makanan sihat berbanding makanan sedap.Hargai kesihatan sementara kita masih memilikinya.




Untuk berjaya dalam misi menurunkan berat badan, pastikan sarapan pagi diambil setiap hari.sarapan umpama kunci kepada proses metabolisma tubuh.bila metabolisma meningkat, mudah bagi badan kita membakar lemak berlebihan.


Sekiranya merasakan begitu sukar untuk menahan selera dan melawan nafsu yang sentiasa kelaparan, boleh saja memilih makanan tambahan untuk membantu menurunkan berat badan. Namun pastikan apa yang kita pilih itu selamat untuk kesihatan.baca label dan kenali bahan-bahan yang digunakan.

Ramai yang mengalami kesan sampingan yang memudaratkan sakit kepala yang teruk, hilang kesimbangan badan,degupan jantung terlalu laju, kerosakan hati dan sebagainya akibat daripada penggunaan produk yang tidak selamat.Hati-hati dan jangan terpedaya dengan iklan semata-mata.




No comments: