Friday 24 April 2015

KAROT UNGU.....BAIKKAH UNTUK KESIHATAN?

salam sejahtera...

siapa suka karot?
mesti ramai yang suka kan?budak-budak pun kalau yang jenis tak suka sayur, bila bagi karot masih boleh makan.
makan mentah sedap....dimasak pun sedap juga.
malah kalau dibuat jus dan dicampur dengan ais kiub....hmmm....sedap sekali....

karot biasanya berwarna oren/jingga.....kaya dengan beta karotin iaitu sumber vitamin A yang baik untuk mata.



pernah makan karot berwarna ungu?
saya belum pernah jumpa lagi tapi ianya ada.
karot ungu wujud jauh lebih dari awal daripada karot yang biasa kita lihat sekarang.Namun evolusi pertanian menenggelamkannya buat seketika.menyedari kebaikan karot ungu terhadap kesihatan yang jauh lebih baik daripada karot biasa hari ini, ia menjadi semakin popular.



KELEBIHAN KAROT UNGU


dibandingkan dengan karot biasa berwarna oren, karot ungu:

* mengandungi bahan anthocyanin yang jauh lebih tinggi (28 kali ganda)

* mengandungi bahan antioksida yang tinggi

bahan-bahan ini melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat pendedahan kepada radikal bebas.
Ia mampu membantu melindungi daripada berlakunya penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, serangan jantung dan strok.

bahan-bahan phytochemical yang terdapat di dalam karot juga mempunyai sifat anti bakteria dan anti keradangan.ianya sangat bermanfaat dalam menjaga kesihatan.

bahan yang terdapat dalam pigmen ungu ini juga mampu memperbaiki fungsi ingatan (memori), meningkatkan daya penglihatan serta membantu mengawal berat badan.


Ia tidak perlu diambil secara berlebihan kerana badan menyerap pada jumlah tertentu sahaja.

Saya mendapatkan manfaat karot ungu itu dari SINI...
anda juga boleh sama-sama menikmatinya.





No comments: