Friday 27 February 2015

BAGAIMANA CEPATKAN PEMULIHAN PESAKIT DEMAM DENGGI?

salam sejahtera....

demam denggi diakibatkan oleh virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk aedes.

oleh kerana ia adalah jangkitan virus, tiada ubatan khas seperti antibiotik yang boleh digunakan.badan akan bertindakbalas dengan sendiri untuk melawan virus dan melegakan demam ini serta menghasilkan antibodi.

rawatan yang diberikan adalah rawatan sokongan terhadap simptom atau gejala yang timbul pada pesakit.

BAGAIMANA NAK CEPATKAN PEMULIHAN PESAKIT DEMAM DENGGI?


yang paling utama adalah rehat yang mencukupi.dalam keadaan badan yang rehat, ia lebih efisien dalam bertindak melawan serangan virus.

pastikan pengambilan air adalah mencukupi.
mengambil makanan yang lembut dan cair seperti bubur dan sup bukan sahaja menambahkan kandungan air dalam badan malahan juga memberikan sumber tenaga tambahan.


antara yang popular dan sering diperkatakan kebelakangan ini adalah jus daun betik.
pengambilan jus daun betik dipercayai dapat meningkatkan bilangan platelet dengan lebih cepat.bahan kimia yang terdapat di dalam jus ini membantu merencatkan tindakan virus denggi terhadap platelet.

di bawah adalah cara menyediakan jus daun betik.harus diingat,ia bukanlah rawatan khusus untuk demam denggi tetapi hanya sekadar kaedah rawatan sokongan.









bagi produk Shaklee, terdapat suplemen yang sangat elok untuk diamalkan oleh pesakit demam denggi untuk membantu pemulihan dengan lebih cepat.
bukan sahaja denggi, suplemen ini boleh digunakan untuk jangkitan virus yang lain serta juga untuk pemulihan tenaga bagi yang bekerja teruk.


suplemen berbentuk serbuk yang dibancuh lalu diminum...

PERFORMANCE DRINK
sesuai namanya, ia membantuk membekalkan elektrolit untuk menambahkan tahap bendalir tubuh (hidrasi) seterusnya membekalkan tenaga dengan segera.berbeza dengan minuman isotonik lain di pasaran, Performance Drink tidak mengandungi gula berlebihan.

mempunyai rasa oren, enak dan sangat bermanfaat untuk hidrasi tubuh.



VITAMIN C (sustained released/ chewable)

vitamin C membantu tubuh melawan jangkitan virus dengan cara meningkatkan tahap imuniti tubuh kita.walau bagaimanapun, untuk kesan yang lebih baik ia harus diambil secara berterusan, bukan hanya ketika sakit malah di saat tubuh badan sihat sebagai langkah pencegahan.








***HARUS DIINGAT!!
jangan sesekali melewatkan rawatan dari doktor bertauliah sekiranya mengalami demam dengan gejala jangkitan virus denggi.dapatkan pemeriksaan awal dan berkala untuk mencegah komplikasi.
rawatan awal dan notifikasi kes juga mampu mencegah merebaknya jangkitan denggi di kawasan berdekatan.

suplemen hanya untuk rawatan sokongan.





ANDA PERLUKAN 
KONSULTASI TENTANG PENYAKIT INI?

INGIN DAPATKAN PRODUK SHAKLEE UNTUK KESAYANGAN ANDA?

boleh hubungi saya seperti di bawah:

IEDA ABDULLAH: 0107796751 (sms/WA/telegram)

HANYA KERANA SEEKOR NYAMUK

salam sejahtera...

mengharungi musim panas sekarang ini terutama sekali di utara semenanjung. dengan keadaan cuaca seperti sekarang kadar kejadian demam panas adalah lebih tinggi.



kes demam denggi juga meningkat dengan ketara berbanding tahun lepas.tanda-tanda demam denggi pada peringkat awal tidak banyak berbeza dengan demam panas biasa.namun berbanding dengan demam panas biasa yang kebanyakannya sembuh tanpa sebarang komplikasi, demam denggi boleh membawa kepada komplikasi seperti pendarahan dan juga boleh membawa maut.


PUNCA DEMAM DENGGI


demam denggi disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes.nyamuk aedes membiak di dalam takungan air yang bersih.ia didapati aktif menghisap darah pada waktu subuh dan senja.hanya nyamuk yang membawa virus sahaja yang menyebabkan berlakunya demam denggi.



TANDA-TANDA DEMAM DENGGI



pada peringkat awal, pesakit mengalami demam yang tinggi disertai sakit sendi dan anggota badan serta sakit di bahagian kepala dan rongga mata.

komplikasi seperti ruam biasanya muncul setelah demam agak reda iaitu pada hari ke 3 atau ke 4.tanda-tanda yang lebih teruk akan menyusul sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.



RAWATAN DEMAM DENGGI


oleh kerana ia adalah berpunca dari virus,tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
rawatan yang diberikan adalah untuk mengawal demam dan membantu mengatasi simptom-simptom yang dialami pesakit.

secara umumnya pesakit demam denggi memerlukan:

*rehat 
*hidrasi (air dalam badan) yang mencukupi
*makanan yang lembut 
*ubatan untuk melegakan simptom seperti demam,sakit badan,muntah, cirit birit dan sebagainya

bagi pesakit yang mengalami tanda-tanda kesakitan yang teruk, perlu dimasukkan ke wad bagi tujuan penstabilan dan pemantauan agar tidak memasuki ke peringkat komplikasi.

antara komplikasi yang boleh berlaku bagi pesakit demam denggi adalah denggi berdarah.
pada fasa ini pesakit mengalami pendarahan pada anggota tertentu seperti kulit, gusi,organ dalaman seperti hati,buah pinggang,usus dan otak.
pendarahan yang serius disertai penurunan platelet yang berfungsi untuk mengawal pendarahan membawa kepada situasi yang lebih parah seperti kegagalan buah pinggang, shock dan seterusnya kematian.

bagi kes yang serius doktor akan memberikan rawatan air melalui saluran darah (IV drip). ada yang memerlukan penambahan platelet dan plasma untuk mengelakkan berlakunya pendarahan.


BAGAIMANA MENGELAKKAN JANGKITAN VIRUS DENGGI?

hanya pencegahan yang boleh menurunkan kadar kejadian demam denggi.
jaga kebersihan alam sekitar terutamanya di sekeliling rumah sendiri seperti:
*buang bahan-bahan yang boleh menakung air
*pastikan pelapik pasu bunga tidak mengandungi air bertakung
*bersihkan longkang agar air mengalir sempurna
*elakkan menanam pokok hiasan yang boleh menakung air di celah daunnya
*sering membersihkan kolam ikan

oleh kerana kitaran hidupnya yang hanya 7 hari,
maka aktiviti pembersihan perlulah dilakukan dengan kerap iaitu dalam tempoh sela masa kurang dari seminggu.
ini mengelakkan jentik-jentik membesar menjadi nyamuk dewasa.


pada musim panas seperti sekarang,ada kalanya bekalan air terganggu.ada sesetengah dari kita menyimpan air sebagai bekalan untuk kecemasan.pastikan bekas yang digunakan mempunyai penutup yang rapat.





Thursday 5 February 2015

BAGAIMANA NAK HALAU LIPAS DENGAN PENCUCI LANTAI?

salam sejahtera...

tengah malam...
balik kerja tadi plan asalnya nak mop lantai.dah beberapa hari tak mop.lantai taklah kotor, tapi bila dah banyak hari tak mop rasa tak puas memijak.

sambil basuh kain, sapu lantai dulu.memang habit saya dah...sapu...mop kemudian sapu semula.baru puas hati.
tapi malam ni lepas siap sapu macam hilang mood pula nak mop...hahaha....
ditangguhkan kepada esok la jadinya.

dulu mop lantai guna pencuci lantai biasa yang beli kat kedai.kena mop dua round untuk hilangkan kesan sabun.
sekarang guna BASIC H hanya perlu satu round saja..
tak ada kesan sabun di lantai.
yang paling best....LIPAS berkurangan dengan ketara.jarang sangat jumpa lipas merayap di mana-mana bahagian rumah.

saya memang anti lipas.dulu kalau jumpa mesti kalut cari spray dan pulun spray sampai mati lipas tu.


BASIC H dengan kandungan asli tanpa bahan kimia merbahaya memang berbaloi guna.sebotol kecil ja tapi tahan lama sebab sekali mop tak payah letak banyak-banyak.satu sudu kecil untuk setengah baldi air....tak ada sukatan tetap tapi itulah yang saya gunakan.

kalau yang ada anak kecil atau anak-anak yang kulitnya sensitif memang sesuai guna Basic H ni.



nak tau best atau tidak kenalah guna sendiri...
tak mahal pun.
sebotol tak sampai 50 ringgit pun.



NAK TRY??
MEH LERRRR.....
JANGAN RAGU-RAGU
PASTI PUAS HATI


SMS/WASAP/TGM

IEDA ABDULLAH
0107796751

Tuesday 3 February 2015

PROMOSI FEBRUARI 2015

SALAM SEJAHTERA

FEBRUARI 2015 MENDATANGKAN PROMOSI TERINDAH UNTUK PENGGUNA SHAKLEE

PALING BERMANFAAT ADALAH MEREKA YANG MENGIDAP SAKIT SENDI
UNTUNG BERGANDA BILA BELI SET SENDI DALAM BULAN NI.
OSTEMATRIX DAN AJHT DIPROMOSIKAN SERENTAK.












 DAPATKAN SUPLEMEN KEGEMARAN ANDA DARI SID YANG DIPERCAYAI.