Wednesday 13 January 2016

"APPLE SHAPE"....BAGAIMANA MENGATASINYA?

Salam sejahtera:

tak kira lelaki atau perempuan, kawasan yang menjadi tumpuan utama lemak berlebihan berkumpul adalah di bahagian abdomen.
tanpa kawalan, ia akan menjadikan badan kita berbentuk seperti buah epal.....(apple shaped).

kegemukan di bahagian abdomen meninggikan risiko untuk serangan jantung dan berlakunya penyakit-penyakit kronik seperti darh tinggi dan kencing manis.

lihat video di bawah yang diambil dari you tube untuk mengetahui antara cara yang mudah untuk mengurangkan saiz di bahagian abdomen seterusnya menghilangkan "apple shape".








Antara caranya adalah dengan mengawal pemakanan.
elakkan pengambilan karbohirat dan gantikan dengan pengambilan lemak sebagai sumber tenaga.

Karbohidrat yang tinggi akan menaikkan paras insulin seterusnya menggalakkan penambahan lemak di kawasan abdomen.
Berbeza dengan lemak di mana lemak tidak akan meninggikan paras insulin.

Lemak berasaskan haiwan seperti daging lembu dan ayam (terutamanya yang tidak diberi dedak) adalah antara lemak yang baik. Begitu juga dengan lemak daripada santan kelapa.Tidak perlu risau dengan paras kolesterol kerana kolesterol sebenarnya turut mempunyai peranan yang penting dalam menjaga kesihatan sel tubuh badan kita.

Senaman juga perlu digabungkan untuk mendapat hasil yang sempurna...namun jika hanya mengharapkan senaman tanpa melakukan perubahan pada amalan pemakanan, ia akan menjadi sia-sia kerana hasilnya lambat dan tidak seberapa.

Di dalam video ini juga dinyatakan keperluan mengawal tekanan kerana tekanan yang berlebihan akan menghasilkan hormon kortisol yang menggalakkan pengumpulan lemak di bahagian abdomen.


Bersama kita berusaha melakukan perubahan untuk kesihatan yang lebih baik.