Saturday 30 April 2016

SARAPAN BERAT ITU PERLU.....BENARKAH?

salam sejahtera

semoga hari ini kita adalah insan yang lebih baik dari semalam...


selamat bercuti kepada semua...panjang weekend kali ini.dah sarapan?
agaknya apa sarapan pada pagi ni?
jika ingin menjaga kesihatan, ambillah sarapan yang ringan dan kurang kandungan karbohidrat serta gula.

jangan ledakkan kandungan gula dalam darah kita terutama sekali selepas semalaman tubuh berehat.pengambilan sarapan yang berat akan membuatkan insulin terpaksa bekerja keras.mengulangi perkara yang sama pada setiap waktu makan dan pada setiap hari akan menyebabkan kita mengalami situasi yg disebut "insulin resistance".
bila keadaan ini berlaku kita akan mengalami kandungan gula yang tinggi dalam darah (kencing manis).inilah permulaan kepada semua penyakit kronik.

antara pilihan yang baik untuk sarapan adalah telur rebus, buah-buahan, salad atau sekadar jus sayuran bagi yang berusaha menurunkan berat badan.

kepercayaa bahawa mengambil sarapan yang berat untuk keperluan tenaga semasa bekerja adalah tidak benar.ia sebenarnya membebankan organ tubuh kita. adalah lebih baik mengambil makanan dalam kadar yang sederhana serta seimbang untuk sepanjang hari.




marilah kita sama-sama menjaga kesihatan. kurangkan pengambilan karbohidrat dan gula.lebihkan serat, lemak dan protein supaya badan kita dapat berfungsi dengan sempurna.


**saya sarapan jagung rebus dan air kosong hari ni.






Tuesday 26 April 2016

STRESS DENGAN SEMBELIT?

salam sejahtera....

sembelit.....
dah letih telan ubat..
dah jemu makan pil..
masalah tak juga selesai.


*tak suka sayur
*tak minat buah-buahan
*kurang minum air

inilah antara punca utama berlakunya sembelit.




jadikan waktu ke tandas itu satu kebiasaan yang selesa tanpa rasa rungsing dan tanpa rasa takut.


jika masih tercari-cari produk untuk membantu mengatasi sembelit, ini adalah antara produk yang baik serta boleh diambil secara berterusan tanpa risau akan kesan sampingan.

tidak ada cirit-birit..
tidak ada rasa cramp pada usus.

SUPLEMEN UNTUK MASALAH SEMBELIT



1. OSTEMATRIK

mengandungi kalsium dan magnesium yang memastikan otot pada usus berfungsi dengan sempurna.
tindakbalas peristalsis pada otot di usus kita membantu pergerakan najis untuk proses pembuangan yang lancar.
magnesium membantu mengekalkan kandungan air di dalam usus untuk melembutkan najis.





 2. HERBLAX
mengandungi daun Senna serta Buckthorn Bark yang membantu melembutkan najis dan memudahkan proses pembersihan usus.




3. MEAL SHAKES
sesuai untuk kanak-kanak.
mengandungi serat yang tinggi serta magnesium untuk melawaskan pembuangan najis.
juga membantu meningkatkan selera makan anak.




Untuk anda yang masih mencari produk yang selamat, jangan ragu-ragu untuk memulakan langkah mengamalkan suplemen ini.

boleh wassap akak untuk belian/konsultasi.

@0107796751





Monday 25 April 2016

TELUR OH TELUR......

salam sejahtera...


antara menu yang sesuai untuk berdiet ialah telur.
selain daripada pelbagai khasiat yg terdapat di dalamnya, telur juga membuatkan seseorang itu berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

tetapi ramai yg takut nak makan telur sebab percaya ia akan meningkatkan kolesterol dalam darah.hakikatnya, kandungan kolesterol dalam sebiji telur adalah rendah sahaja.
yang paling penting, kolesterol bukanlah penyebab penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, darah tinggi dan seumpamanya.
malah kolesterol sangat penting dalam pembentukan hormon-hormon yang berperanan dalam menjaga kesihatan kita.


telur yang baik adalah yang mempunyai kuning telur berwarna terang (bright) kerana ia mengandungi omega 3 yang tinggi.omega 3 bersifat anti keradangan yang berupaya melindungi kerosakan saluran darah.


kebaikan dalam sebiji telur:


1. mengandungi banyak nutrien penting seperti vitamin A, D, E, B12, zat besi, folate, kalsium dan omega 3.vitamin-vitamin ini penting untuk kesihatan tulang, gigi dan rambut serta sel-sel tubuh yang lain.

2. kandungan protein yang tinggi berbanding daging merah.

3. mengandungi kolina (choline) yang sangat penting untuk sel-sel otak. ia penting dalam perkembangan memori kita.untuk ibu hamil, bekalan kolina sangat diperlukan untuk pembentukan sel otak bayi yg sempurna.

4. mengandungi antioksidan yg baik iaitu lutein dan zeaxanthin. dua bahan ini penting untuk menjaga kesihatan mata. memastikan penglihatan yang baik, mencegah katarak dan degenerasi makula.


ubahlah persepsi kita. amalkan pengambilan telur dengan sederhana dan konsisten.bagi yang tinggal di kampung atau mempunyai akses yang mudah, amalkan telur ayam kampung yang dipelihara secara lepas bebas. telur ini mengandungi khasiat yang lebih baik.


kegemaran saya:
1. telur rebus....taburkan lada sulah dan renjis sedikit kicap...mmmm.....

2. telur separuh masak....pecahkan atas sekeping roti bakar kemudian taburkan serbuk lada hitam...


****AWAS YA!!!
bila kita mengendalikan telur, pastikan ia dicuci dengan sempurna sebelum digunakan.
jangkitan kuman SALMONELLA mudah berlaku akibat dari pencemaran yang terdapat di kulit telur.jangkitan ini menyebabkan cirit-birit yang teruk dan boleh membawa kepada kematian.





  

BERDIET DENGAN PROTEIN.....AWAS PENGIDAP GOUT!

salam sejahtera:

pengidap GOUT....
salah satu cara nak kurangkan serangan gout adalah dengan menurunkan berat badan kepada berat yang ideal.


bagaimana nak kurus?
paling penting ialah elakkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, bihun, laksa, roti, kuih muih dan yang seangkatan dengannya.

apa yang tinggal untuk dimakan?
boleh ambil protein sebagai sumber tenaga.
makan sayur dan buah-buahan sebagai punca serat.walaupun buah-buahan mengandungi gula namun ia tidaklah sebanyak yang ada di dalam karbohidrat atau gula asas.
jangan lupa ambil juga makanan yang mengandungi lemak.


tapi AWAS....
bagi pengidap gout, jangan terleka.
pengambilan protein yang tinggi akan menyebabkan paras asid urik anda meningkat dengan mendadak.ini membolehkan anda mendapat serangan gout yang teruk secara tiba-tiba.
ini yang berlaku pada suami saya.



maka, 
1.bersederhanalah dalam pengambilan protein
2.banyakkan pengambilan serat
3.banyakkan minum air kosong
4.ambil makanan-makanan yang membantu menyingkirkan paras asid urik di dalam darah.





dinasihatkan juga mengambil suplemen yang membantu mengeluarkan asid urik seperti ALFALFA serta suplemen yang mengurangkan keradangan seperti minyak ikan OMEGAGUARD secara konsisten.