Thursday 12 May 2016

DUA PERKARA PENTING UNTUK BERAT BADAN IDEAL

salam sejahtera...
selamat pagi.

dah sarapan? selamat berpuasa kepada yang berpuasa.sesungguhnya berpuasa adalah satu cara untuk mengawal berat badan dan langkah detoks yang sangat berkesan.untuk anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan boleh amalkan berpuasa 2 kali seminggu secara konsisten.


TIPS DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL



dalam usaha mengawal berat badan serta mencapai berat yang ideal, ada dua perkara penting yang perlu kita lakukan.









1. KAWAL PEMAKANAN

* minimakan atau hentikan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat (nasi, roti, kuh muih, pasta, biskut serta semua makanan berasaskan tepung).
gantikan dengan protein dan makanan yang mengandungi lemak yang sihat.
di dalam badan, karbohidrat akan ditukarkan mnjadi gula.

*minimakan pengambilan gula ringkas dalam makanan dan minuman.

*kehadiran gula yang tinggi dalam darah akan meningkatkan paras insulin.
Insulin itu sendiri adalah penggalak kepada penyimpanan lemak di dalam badan kita.semakin banyak insulin dikeluarkan semakin banyak lemak tersimpan. maka semakin bertambahlah berat badan kita.





*pengambilan serat yang tinggi membantu usus kita bekerja dengan sempurna dalam menyingkirkan sisa kumuhan.









2.KAWAL STRESS

                                   

* stress atau tekanan meningkatkan paras hormon CORTISOL dalam darah.
bila paras hormon ini berada dalam keadaan yg tinggi ia meningkatkan penyimpanan lemak (visceral fat). 
kebanyakan visceral fat tersimpan di bahagian perut (abdomen).
* lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stress mengikut kesesuaian masing-masing.
senaman, yoga, berkebun adalah antara aktiviti sihat yang boleh mengurangkan tekanan.










KESIMPULANNYA:

MAKANAN RENDAH KARBOHIDRAT DAN GULA + BEBAS TEKANAN (STRESS) = BERAT BADAN IDEAL.


jom sama-sama usahakan...
moga berjaya.





No comments: