Thursday 23 February 2017

LAGI KES KANSER PAYUDARA

salam sejahtera...

baru saja selesai menghadapi satu lagi kes barah payudara (breast cancer).
wanita di pertengahan usia, tanpa sebarang penyakit kronik sebelum ini.

hadir dengan masalah ketulan di payudara selama beberapa bulan.awalnya mendapatkan rawatan tradisional namun tidak memberi kesan.

pemeriksaan secara fizikal mendapati sudah ada ketulan di kelenjar ketiak. ini menunjukkan bahawa sel-sel kanser telah merebak.
alhamdulillah, walau dalam ketakutan dan kesangsian beliau telah menjalani pemeriksaan terperinci di hospital dan telah selamat menjalani pembedahan membuang payudara serta semua kelenjar di bahagian terbabit.

kini di peringkat memulakan rawatan kimoterapi.moga semua urusan rawatan beliau dipermudahkan dan diberi kesembuhan oleh Allah swt.


sebanyak manapun kita didedahkan dengan makanan tambahan atau ubatan alternatif yang mampu membunuh sel-sel kanser, seandainya kanser tersebut boleh dikeluarkan dari badan adalah lebih penting untuk kita mengeluarkan dahulu bahagian yang terkena kanser itu.

membiarkan ia terus berada di dalam badan dan mengharapkan keajaiban ubatan/suplemen untuk menghilangkannya secara total adalah tindakan yang kurang bijak.

selepas bahagian yang terkena kanser dikeluarkan, bolehlah berikhtiar dengan cara-cara tambahan tanpa meninggalkan secara total rawatan kimoterapi dan radioterapi.

berikhtiarlah dan berusahalah dengan rasional dan bijak.moga kita semua terlindung daripada musibah penyakit yang memudaratkan.







No comments: