salam sejahtera....
namun ada ketikanya kita diuji dengan perkara-perkara yang tidak dijangkakan.
antara masalah yang mungkin berlaku kepada janin di dalam kandungan adalah masalah ANENCEPHALY
Apa itu Anencephaly
Situasi di mana pembentukan tempurung kepala tidak
berlaku dengan sempurna
Termasuk dalam kategori NTD (neural tube defect)
Ia berlaku di peringkat pembentukan embrio
(embryonic phase) di mana neural tube
tidak tertutup dengan sempurna (neural tube adalah lapisan sel yang
membentuk otak dan saraf tunjang/spinal
cord).
Di dalam rahim, bila tempurung kepala tidak terbentuk
dengan lengkap, tisu2 otak akan terdedah kepada cecair amnion (air ketuban) dan
menyebabkan ianya rosak.
maka sebahagian besar tisu otak akan hilang dan
mengakibatkan gangguan pelbagai fungsi utama bayi tersebut.
Punca Anencephaly
Tidak diketahui punca sebenar namun dipercayai daripada gabungan tindakbalas genetik dan
faktor luaran.
Ia berlaku secara random.
Bukan penyakit keturunan namun risiko berulang pada
kandungan seterusnya adalah lebih tinggi.
Didapati ada kaitan dengan kekurangan folate (salah satu
komponen vitamin B).
Factor lain adalah seperti kencing manis, obesity,
pendedahan kepada suhu yang tinggi di awal kehamilan (demam atau sauna) dan
interaksi ubat seperti ubat sawan.
Tidak dapat dipastikan dengan jelas bagaimana
perkara-perkara ini boleh menyebabkan berlakunya anencephaly.
Ia agak kerap berlaku namun kebanyakan berakhir dengan
keguguran menjadikan kadar kelahiran dengan masalah anencephaly adalah rendah.
Bila ia dikesan?
Boleh dikesan semasa dalam kandungan melalui pemeriksaan
ultrasound pada usia kandungan sekitar 10 ke 11 minggu. Namun ujian ultrasound
perlu diulang untuk memastikan ianya benar-benar anencephaly.
Pencegahan Anencephaly
Salah satu cara yang dikenalpasti adalah dengan
memastikan wanita yang merancang untuk hamil mengambil asid folik yang
mencukupi. Suplemen multivitamin yang mengandungi asid folik adalah digalakkan.
Kajian mendapati pengambilan asid folik membantu
menurunkan kadar kejadian anencephaly dengan agak signifikan.
Kelahiran
Biasanya apabila pakar mengesahkan ia adalah kes
anencephaly, nasihat diberikan untuk menggugurkan kandungan. Ini kerana bayi
tidak mempunyai jangkahayat yang panjang selepas dilahirkan. Tambahan pula
risiko-risiko kehamilan dan kelahiran lain lebih mudah berlaku.
Air ketuban biasanya melebihi paras normal
(polyhydramnions) bila usia kandungan meningkat kerana bayi mempunyai masalah
untuk menelan.
Risiko bahu tersangkut semasa kelahiran juga lebih
tinggi.
Namun begitu proses menghentikan kehamilan
(pengguguran) tidak akan dilakukan jika
tidak mendapat persetujuan ibubapa.
Keperluan asid folik untuk wanita
Untuk wanita yang merancang untuk hamil disarankan
mengambil sekurang-kurangnya 400microgram sehari.
Semasa hamil sekitar 600 micrograms sehari.
Bagi yg pernah mengalami kehamilan bermasalah NTD
disarankan sekitar 800 micrograms sehari.
Sumber dari makanan
Sayuran berdaun hijau, asparagus, brokoli, bunga kobis,
buah-buahan sitrus,bendi, bijirin/kekacang,jagung, karot dan seleri.
Pelbagai makanan mengandungi sumber folate namun ianya
mudah hilang jika dimasak kerana ia adalah larut air.
asid folik boleh diperolehi daripada suplemen untuk memastikan
pengambilan yang mencukupi.
DI DALAM SETIAP TABLET VITALEA DAN B COMPLEX
MENGANDUNGI ASID FOLIK SEBANYAK 200mcg
AMALKAN UNTUK KESIHATAN YANG OPTIMA
hubungi saya
untuk sebarang pertanyaan atau belian
wassap/sms ke 0107796751
No comments:
Post a Comment