Sunday 26 February 2017

RESVERATROL....KHASIAT DARI ALAM

salam sejahtera...

RESVERATROL...

apakah ia?

Resveratrol adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam kulit buah anggur merah (Japanese knotweed). Ia dihasilkan oleh tumbuhan tersebut sebagai agen untuk membunuh kulat/fungus yang biasanya menjangkiti buah dan juga melindungi dari kerosakan akibat pancaran matahari. Ini kerana resveratrol bersifat antioksida yang kuat/baik.


Kehadiran resveratrol di dalam wain merah dipercayai membantu menurunkan kadar serangan jantung di kalangan masyarakat yang meminumnya.


Selain daripada wain, resveratrol juga boleh diperolehi dengan mencukupi melalui pengambilan suplemen.

Suplemen seperti VIVIX mengandungi resveratrol dalam kepekatan yang tinggi.Dihasilkan dengan sempurna untuk dimanfaatkan oleh pengguna dengan selamat.

Oleh kerana ia adalah sejenis antioksida, resveratrol melindungi kerosakan sel akibat tindakbalas radikal bebas di dalam badan kita seterusnya mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, serangan jantung, strok serta menjadi agen anti penuaan.

Harus diingat bahawa resveratrol adalah suplemen, maka ia tidak boleh digunakan sebagai pengganti ubat-ubatan dalam rawatan sesuatu penyakit.
Pengambilan resveratrol adalah sebagai ikhtiar dari segi pemakanan untuk menambahbaik status kesihatan seseorang.


Bagi yang mengalami masalah berkaitan darah (darah cair) atau mengambil ubatan untuk mencairkan darah seperti Aspirin dan sebagainya, sila berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan resveratrol.


Di mana nak dapatkan resveratrol?


anda boleh beli di sini



atau hubungi saya melalui wassap di:
0107796751 (ieda)


VIVIX adalah sumber resveratrol terbaik untuk anda. Amalkan secara berterusan untuk mendapatkan kesan yang positif. Ramai yang sudah menggunakannya dan berpuas hati.





Saturday 25 February 2017

APA FUNGSI ANTIOKSIDA?

salam sejahtera..

kita selalu dengar tentang antioksida dan radikal bebas. tapi tahukah kita apa itu radikal bebas? apa itu antioksida?


jom fahamkan tentang perkara ini secara ringkas/simple.


badan kita terdiri daripada sel (pelbagai jenis sel).
secara strukturnya, setiap sel dibentuk oleh gabungan molekul.
molekul pula terdiri daripada gabungan atom.

atom+atom= molekul
molekul+molekul=sel


atom mengandungi nukleus dan lapisan luar.
nukleusnya terdiri daripada unsur proton yang bercas positif manakala lapisan luar mengandungi elektron yang bercas negatif.
sesuatu atom itu berada dalam keadaan stabil apabila bilangan elektron di lapisan luar menyamai bilangan proton.
oleh itu setiap atom akan berusaha untuk mencapai tahap kestabilan tersebut dengan cara:
1. mengambil elektron daripada molekul berhampiran
2.      bergabung membentul molekul baru


apabila atom-atom bergabung, ia membentuk molekul yang stabil.ikatan antara atom ini jarang terpisah kecuali bagi ikatan-ikatan yang lemah.
bila ikatan terpisah, ia menyebabkan terhasilnya molekul dengan bilangan elektron yang ganjil dan bebas yang disebut radikal bebas.


radikal bebas ini tidak stabil dan mula mencari elektron lain untuk bergabung dan mencapai kestabilan. biasanya ia mencuri elektron dari molekul yang paling hampir dan menjadikan molekul itu pula sebagai radikal bebas. proses ini berlaku secara berterusan dan akhirnya merosakkan/mengganggu fungsi sel yang normal.


radikal bebas terbentuk akibat pencemaran udara, asap rokok,radiasi dan racun perosak.
ia juga terbentuk secara semulajadi semasa proses metabolisma dalamtubuh.
ada kalanya badan menghasilkan radikal bebas untuk membunuh virus yang memasuki badan.



BAGAIMANA ANTIOKSIDA MEMBANTU?

antioksida berfungsi sebagai penderma eletron kepada radikal bebas ini dan menghentikan proses penghasilan radikal bebas secara keterlaluan.

vitamin C dan vitamin E contohnya, merupakan antioksida yang baik.

mereka mendermakan elektron tetapi tetap berada dalam keadaan stabil selepas mendermakannya kerana bersifat sebagai antioksida.


untuk itu, pastikan kita mengambil sayur dan buah-buahan yang mencukupi untuk memastikan sel badan kita berada dalam keadaan yang stabil dan dapat berfungsi dengan sempurna.


boleh juga mengambil suplemen untuk menangani masalah ini tetapi pastikan ambil suplemen yang selamat dan dalam jumlah yang selamat ((tidak berlebihan).



hubungi saya untuk dapatkan suplemen yang selamat dan berkesan dengan harga yang sepadan.



wassap ke 0107796751









Thursday 23 February 2017

LAGI KES KANSER PAYUDARA

salam sejahtera...

baru saja selesai menghadapi satu lagi kes barah payudara (breast cancer).
wanita di pertengahan usia, tanpa sebarang penyakit kronik sebelum ini.

hadir dengan masalah ketulan di payudara selama beberapa bulan.awalnya mendapatkan rawatan tradisional namun tidak memberi kesan.

pemeriksaan secara fizikal mendapati sudah ada ketulan di kelenjar ketiak. ini menunjukkan bahawa sel-sel kanser telah merebak.
alhamdulillah, walau dalam ketakutan dan kesangsian beliau telah menjalani pemeriksaan terperinci di hospital dan telah selamat menjalani pembedahan membuang payudara serta semua kelenjar di bahagian terbabit.

kini di peringkat memulakan rawatan kimoterapi.moga semua urusan rawatan beliau dipermudahkan dan diberi kesembuhan oleh Allah swt.


sebanyak manapun kita didedahkan dengan makanan tambahan atau ubatan alternatif yang mampu membunuh sel-sel kanser, seandainya kanser tersebut boleh dikeluarkan dari badan adalah lebih penting untuk kita mengeluarkan dahulu bahagian yang terkena kanser itu.

membiarkan ia terus berada di dalam badan dan mengharapkan keajaiban ubatan/suplemen untuk menghilangkannya secara total adalah tindakan yang kurang bijak.

selepas bahagian yang terkena kanser dikeluarkan, bolehlah berikhtiar dengan cara-cara tambahan tanpa meninggalkan secara total rawatan kimoterapi dan radioterapi.

berikhtiarlah dan berusahalah dengan rasional dan bijak.moga kita semua terlindung daripada musibah penyakit yang memudaratkan.







Friday 3 February 2017

KALSIUM....SEDIKIT TAPI PERLU

salam sejahtera...


yang banyak bergerak di siang hari, dan selalu mengalami tegang otot sehingga sukar untuk tidur bolehlah mula amalkan Ostematrik.


kandungan kalsium, magnesium dan vitamin D di dalamnya membantu melegakan ketegangan otot.sesuai untuk semua termasuk ibu hamil dan yang menyusukan bayi.


untuk ibu hamil, kehadiran vitamin D boleh juga membantu mengurangkan risiko pre eklampsia dan eklampsia (sawan semasa hamil).
selain itu, gabungan vitamin D dan kalsium juga membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan dan memastikan bayi lahir dengan berat yang normal.


NOTA


kalsium diperolehi dengan mudah melalui pengambilan susu. namun bagi golongan dewasa, enzim leptase di dalam usus adalah rendah (berkurangan mengikut usia). enzim leptase diperlukan dalam proses penghadaman susu.maka kebanyakan kita mengalami sebu/kembung atau pedih di kawasan ulu hati selepas meminum susu akibat gangguan penghadaman ini. untuk itu, disarankan pengambilan suplemen yang mengandungi kalsium seperti ostematrik ini untuk bekalan kalsium yang mencukupi di dalam bdan.



sempena bulan promosi Ostematrik sepanjang Februari ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bekalan anda.


promosi beli 6 percuma 1 atau 
beli 2 dan dapatkan pengurangan harga 5%.


anda boleh beli sendiri dengan menggunakan butang di bawah 





atau hubungi saya melalui 
sms/wassap di nombor 0107796751



hargai kesihatan yang dianugerahkan.
mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Wednesday 1 February 2017

PROMOSI FEBRUARI 2017

assalamualaikum....
salam sejahtera...

hilang sejenak di Januari atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.

untuk Februari 2017....
promosi dari pengeluar vitamin anda...



dan juga yg ini....
di bawah ini...promosinya akan berlangsung untuk bulan Februari dan March.
tapi lihat kepada expired date produk-produk ini. agak singkat.
buatlah belian dengan bijak.
untuk anda yang sedang menggunakan ke dua2 suplemen ini atau sedang berusaha menurunkan berat badan, inilah masa yang baik untuk membuat belian.


selamat menjaga kesihatan...
moga 2017 membawa rahmat untuk kita semua...